Movie Review | Intimate Enemies (2015)

Monday 14 September 2020


Director : Im Sang-soo
Writer : Im Sang-soo
Cast : Ryoo Seung-bum, Go Joon-hee, Sam Okyere, Kim Joo-hyuk, Kim Eung-soo, Jung Won-joong, Yang Ik-june, Kim Hyung-gyu, Youn Yuh-jung
Production Company : 20th Century Fox International Productions, Ivanhoe Pictures
Distributor : 20th Century Fox Korea
Genre : Crime / Action / Comedy
Running Time : 109 minutes
Release Date : 25 June, 2015
Trailer :


Dalam misi menyiasat pergerakan duit haram, target mereka accident dengan trak selepas langgar traffic light. Na Mi (Go Joon-hee) dipanggil ke tempat kejadian untuk angkut kereta ke bengkel. Masa check keadaan kereta, Na Mi nampak 3 luggage besar berisi duit. 


Dia berlagak seperti biasa dan hantar kereta tersebut ke bengkel dan pulang ke rumah untuk kaburi mata semua. Dia buat u-turn dan masuk semula ikut pagar belakang. Sebelum dia sempat keluarkan duit tersebut, Yakubu (Sam Okyere) dah busy keluarkan duit tersebut. Tanpa banyak soal, Na Mi pun tolong Yakubu. Kemudian datang Ji-noo (Ryoo Seung-bum) yang mengekori target dan Na Mi sejak siang tadi dan join mereka berdua. 


Mereka bertiga buat keputusan untuk ambil seorang satu luggage yang berisi duit haram dan sembunyikan di tempat rahsia masing-masing. Bila duit haram kepunyaan presiden (Kim Joo-hyuk) hilang, dia kerahkan anak buah dia diketuai Sang-ho (Jung Won-joong) supaya cari balik duit bernilai 20 juta tapi di bawah radar polis dan pastikan tiada pembunuhan berlaku. 


Perkara ni bagi kelebihan kepada Na Mi, Yukubu dan Ji-Noo untuk larikan diri dan gunakan duit tersebut. Tapi tak lama pun sebab masing-masing buat kerja jenis tak clean. Awal-awal lagi dah kantoi dekat CCTV dekat bengkel diorang. 

Jalan cerita Intimate Enemies agak bercelaru bila director tak dedahkan pun siapa sebenarnya team Ji-Noo ni. Cuma nampak boss dia, In-soo (Kim Eung-soo) minta maaf dengan perempuan tua (Youn Yuh-jung) kemudian bantu orang suruhan presiden cari Yukubu dan Na Mi. Apa motif diorang menyiasat target pun tak didedahkan. 


Dari enjoy guna wang haram tiba-tiba bertukar plot untuk balas dendam sebab presiden amalkan rasuah dan rosakkan negara. Dalam percubaan Im Sang-soo untuk keluar dari template cliché, dia sendiri hasilkan karya yang mengelirukan dan mengarut. Movie ni pun banyak tunjuk middle finger, intimate scene dan scene tak senonoh bila president u seorang yang pervert. Ataupun director sendiri yang pervert…..hmm tak tahu lah apa motif dan mesej disebalik semua scene tu. 

Good thing is, movie ni polish watak perempuan supaya jadi badass seperti yang dia promote dalam poster dan trailer. Selalunya kita nampak hero selamatkan heroin tapi kali ni female character yang selamatkan pasangan masing-masing dengan cara tersendiri. 


Suka tengok lakonan Go Joon-hee dalam movie ni dan muka dia ada iras Yoo-na cuma dia lagi bagus lah sebab pandai berlakon. Emotion range dia, bahasa tubuh dan facial expression semuanya cukup rasa lah. Brownie points untuk prop team sebab create rumah yang berseni untuk watak Na Mi. Even wardrobe dia fashionable untuk pemandu trak macam dia. 


Rasanya ni pertama kali tengok movie Korea paparkan pendatang asing dari Ghana yang mencari kerja di Korea. Sam Okyere memang fasih berbahasa Korea dan dia adalah duta Seaweed di Korea around the year movie ni released lah. 

Anyway visual and music background not bad untuk movie ni walaupun ada beberapa visual technique yang entah tiba-tiba director guna walaupun tak tambah impak pada penceritaan but okayyyyy. I tengok movie ni dengan speed 2.0x supaya cepat habis je sebab movie ni tak lah kelakar mana walaupun genre dia comedy. Not really recommend this at all. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.9/10

7 comments

  1. suka tgk klu perempuan yg jadi villain !

    ReplyDelete
  2. lamanya la hai tak tengok movie. sejak beranak 2 ni lagilah takde masa. huhu. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  3. Rasa macam dah pernah tengok filem ni.Best jugak..

    ReplyDelete
  4. belom pernah tengok rasanya. kejap masuk dlm list dulu. Haha

    ReplyDelete
  5. Ok.. Nasib baik tak rekemen tengok.. Akak tgh boring ni.. Duk mncari la cerita2 best nk tgk.. Tpi skrg ni asyik la melayan vlogger korran... Best gak

    ReplyDelete
  6. Susah nak jumpa movie nie.. tapi sebab Farhana tak rekemen, malas r nak cari.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.