Outdoor & Indoor Games Ram Reza Muhammad's Company Trip

Sunday 15 March 2020

Previous post dah sembang pasal perjalanan ke Desaru dan tunjuk sekitar Hard Rock Hotel so kali ni nak sembang aktiviti dekat sana pulak. Since our committee members perah otak cari games apa yang best untuk outdoor dengan indoor games supaya kitorang enjoy dekat trip ni. 


Jadual hari pertama agak padat lah dekat Desaru ni sebab lepas check in, rehat dalam sejam dua untuk solat dan rest kejap, jam 4.45 dah kena berkumpul dekat lobby untuk naik bas pergi ke pantai. Ada sesi pembahagian kumpulan dan outdoor games.Sepatutnya distribute group masa lunch dekat D'Laksamana tapi geng RRM dari Penang dan Jakarta tak sampai lagi. 

Ada 3 group untuk games sepanjang company trip ni - Merah, Gold dan Biru and I was in Gold team. 'Gold, Gold, Gold, Sapu Semua!' chant kitorang kalau tak silap lah. Setiap ahli akan dapat reben warna group masing-masing supaya ahli lain cam. 

Game Outdoor #1 - Pijak Belon

team Gold

team Biru

team Merah tapi belon diorang purple

sebelum juri tiup wisel 
Of course the rule was damn simple. Kena pijak belon team lain untuk menang. Luck was on our side bila kitorang menang game pertama ni. I prefer letak luck lah sebab kitorang banyak defend belon je daripada attack belon team lain hshshs


I was attacked since dah ramai yang terkeluar


Muka happy memasing kemain terserlah bila juri announced team Gold menang padahal main sukaneka pijak belon je. Masalahnya muka yang beria tu muka yang taknak main. 




Game Outdoor #2 - Lari Berpasangan


Macam biasalah rules lari berpasangan ni kena ikat kaki then lari sama-sama sampai ke hujung garisan. Setiap kumpulan kena hantar 3 wakil berpasangan. Malas nak join sebab lari tak laju mana pun haha


Bad luck bila tali pasangan terakhir terputus sampai tak sempat nak resume bila semua pasangan dah sampai garisan penamat dah. Hilang markah haha

Team Biru dengan tenang dan cantik habiskan game. 

 Game Outdoor #3 - Bola Sepak Pantai



Game yang ni tak best sikit lah sebab geng lelaki je yang have fun. Yang perempuan either jadi tukang sorak ataupun main dengan budak-budak comel.


Appreciation token to AJ yang rajin kutip bola & Farid tukang ambil gambar


Apparently team Gold kalah dengan team Merah. So satu game outdoor je yang kitorang menang petang tu. Dah settle outdoor games, ambil group photo tapi tak tahu mana official photo sebab banyak kitorang ambik petang tu. Yang ada ni gambar tak ready memasing haha


Around 7pm kot settle semua lepastu heading back to hotel untuk makan, mandi then bersiap pula untuk indoor games dekat Avalon 2. 


Indoor games starts jam 8.30 malam so by 8.15pm pun dah ramai yang mula berkumpul. Since we are travelling, kebanyakan games tak heavy sangat lah sebab tak boleh nak bawa barang banyak dan terhad bila naik flight. Kalau naik bas, mungkin meriah la kot games dekat sini. 


Sementara tunggu yang lain datang, our big boss bagi berita gembira untuk RRM where we will expand our branch di Ipoh, Johor dan juga Borneo since client dah makin bertambah, case makin banyak dan rezeki makin mencurah. Can't wait to involved in this project as well. So the game starts...

Game Indoor #1 - Teka Objek


Tengok muka kitorang pun dah tahu game tu susah macam mana kan? Sebab committee members bagi hint memang sikit sangat. Kalau gambar kerusi, diorang crop bahagian tepi je sampai hilang bayang kerusi tu. Sebab tu yang betul-betul teliti je akan cam apa objek tersebut. 

Our photographer in charge in this game. 

Our trump card for this game - Kak Long RRM Penang ;)
Since committee members dari RRM Oasis, banyak ambil gambar dari bilik big boss, mostly menang banyak dekat team Biru lah. Hshshs geram kita dibuatnya sebab kitorang kalah beberapa mata je dengan team Biru.

Game Indoor #2 - Soalan Atau Penyata


Well this one setiap group kena hantar wakil untuk lawan tukar statement atau soalan berdasarkan situasi yang diberikan committee members. Kalau dah melencong dari topik, kira terbatal lah soalan atau statement tu. Game ni inspired dari radio ERA dalam segmen JOHARA. Mostly yang kalah pun sebab blur tak tahu nak cakap apa dekat depan.

Game Indoor #3 - Telefon Buruk


Semua pun tahu rules game ni macam mana. Yang depan sekali hafal satu perenggan then pass sampai belakang so yang paling hujung tu tulis dekat depan apa ayat dia dapat.

Our team dapat ayat 'Kaka pergi ke cafe untuk membeli kek koko kukus untuk hadiah kepada kakak tirinya Kaka' [I letak apa yang ingat je haha]


Try dengar supaya boleh hafal hahaha



Sementara kitorang baru orang ke4 dapat mesej, team sebelah dah nak sampai hujung dah. Lambat jugak kitorang bergerak. Well since tak ada time limit, ambil masa supaya mesej sampai dengan selamat. Tertinggal satu perkataan, boleh hilang satu mata kot. 



Ahhaaa kitorang baru orang ke-5, team Merah dengan Biru dah pergi ke depan dah tulis ayat final diorang. Kitorang steady je pass ayat haha


And the message finally reached our last person...


Mencicit jugak lah lari ke depan untuk tulis sebab juri dah main hadkan masa.


 And it's time the committee members disclosed the actual words given and compare dengan ayat yang kitorang tulis.


Anddddd the wineer is team Gold dengan Biru sebab kitorang tertinggal dua perkataan je. Team Merah paling kelakar lah sebab tertinggal banyak.


Game Indoor #4 - Shrets [entah betul entah tidak nama game ni]


Tengok gambar pun dah boleh agak kot rules dia macam mana kan? Macam game dalam Insta tu, orang yang pegang kad kena teka sambil ahli lain bagi klu. Game ni kelakar sebab ahli team Biru pergi bagi hint perkataan yang ada dalam kad tu haha

Sakan bersorak sebab dapat teka


Second card ni ambil masa lama jugak lah sebab tema movie melayu tapi yang pegang kad tak tengok movie melayu. Puas bagi hint baru dapat teka haha


Kad ketiga dapat peribahasa tapi tak ambil masa lama pun lah nak teka cuma clueless nak bagi hint sebab takut tersebut perkataan dalam ayat 'Bagai Anjing Dengan Kucing'.



Since tiga-tiga kad kitorang dapat jawab betul so markah lebih kurang sama dengan team Merah. Team Biru awal-awal lagi dah kalah haha

Game Indoor #5 - Unity


Dalam game ni tak ada pembahagian ikut kumpulan sebab semua terlibat cuma perlukan seorang volunteer ke depan. Semua ahli kena pakai penutup mata given by committee members then kena pegang tali.


Volunteer yang awal tadi tu akan conduct semua ahli yang bertutup mata ni untuk buat bentuk seperti yang diarahkan oleh committee members. Since we're tired already, committee members tukar dari bentuk segi tiga kepada bentuk segi empat sama.

our conductor - Asis
 Arahan mudah je so sekejap je lah siapnya since 90% memang dah ada dalam position segi empat dah. Tinggal nak arrang untuk garisan terakhir dan biar semua garisan sama rata je.


Lepas buka mata baru dapat tengok hasil mendengar arahan conductor macam mana. Tapi tak berapa nak tegang lah sebab tali yang committe members bagi pun dah memang ada banyak lebih.



Thanks to our committee members, we had fun for Day 1 and big boss pun puas hati dengan aturcara program so the next committee members untuk company trip kena lebih bagus and creative supaya semua boleh enjoy. 



Dah habis main games, semua boleh ambil brownies dengan creampuff and have drinks dekat luar dewan. Pihak hotel dah sediakan beverages dekat machine coffee and tea. Well Hilmi refused to drink sebab dia kata dah nak tidur tapi minum secawan pun kalau dah mengantuk tu mengantuk jugak lah. Sleep like a baby lah lepas penat main game hari tu. 

10 comments

  1. meriahnya company trip punya games.. spent time dgn teman2..

    ReplyDelete
  2. Bestnya aktivit² indoor tu... telefon buruk, part lasr ti mesti lucu kan.. hehehe..
    ~BTW dah tekan follow... 😊

    ReplyDelete
  3. Outdoor games are very useful for our health. In our modern world, it is very important to stay active. More and more people are becoming addicted on smartphones.

    ReplyDelete
  4. waa seronoknye main bersama2.. boleh menguatkan lagi teamwork

    ReplyDelete
  5. seronok company trip outdoor camni..nk2 aktivities tepi pantai

    ReplyDelete
  6. kitorang punya team building kat perhentian last year, pun ada game pijak belon sampai pecah tu hahaha..tapi sebab perempuan dua orang je, yang lain lelaki, jadi perempuan dikecualikan...kusss semangat, dah la takut belon...hahahahha

    ReplyDelete
  7. enjoyable gamenya.. seronok bila semua terlibat dan have fun..

    ReplyDelete
  8. Unfortunately, you won’t play much during quarantine on the street, but nevertheless, even at home you can spend your free time without problems, for example, take note of the board games here. I ordered a couple of options from the list on Amazon and have a really cool time and enjoy the time spent playing games. And we play as a family.

    ReplyDelete
  9. Ball is one of the most charming exercises that you can do indoor. You can upgrade your wellbeing since it can improve the muscle develop in your body. It additionally makes you more vigorous and dynamic since it upgrades your spryness. You simply need to keep the standards in the court so as to play this game well. diamond kits

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.