Farm Fresh Yogurt

Friday 20 March 2020

Bila dah nak masuk 3 series ni makin banyak pulak masalah tambah kalau tak suka minum susu apatah lagi yogurt. Cheese pun baru belajar je nasib baik tekak dah boleh terima tapi tak boleh dalam kuantiti banyak lah sebab nanti muak. 

Lepas dah berjaya minum susu putih, sekarang nak belajar minum yogurt pulak sebab nampak seruan minum yogurt untuk kesihatan orang perempuan. Since susu Farm Fresh sedap, try lah minum yogurt yang berperisa supaya tak muntah sebab tak lalu nak telan. 

My first yogurt experience was with Farm Fresh Mango Yogurt. 


Beli yang saiz kecik je sebab nak cuba kan memang tak lah nak bazir duit beli yang besar terus. Gamble betul beli yogurt ni di awal pagi. Apa nak jadi, jadi lah. Kalau teruk sangat rasa dia, cover je lah dengan Pepsi Black. 

Lepas buka penutup tu dia punya bau ya ampunnnn tak mampu nak go tapi redah je lah sebab dah beli. Plus I don't really have a choice. Nak sihat kan, kena lah minum. Bila minum dangggg it was tasty. Cuma bau lah nak kena block hidung dari hidu banyak sangat. 


Second time I try beli yang besar pulak. Tukar flavor sebab terdengar sis tu bagitau pakwe dia yang flavor mixed berries ni sedap lol thanks sissss! This one is my fav now. Minum yogurt ni buat I kenyang so tak payah makan banyak sangat. 

Kelebihan kalau minum yogurt : 

  • Menyihatkan tulang sebab kaya dengan vitamin D dan kalsium
  • Mudah dicerna sama seperti susu
  • Memutihkan gigi sebab kalsium dan forforus
  • Menurunkan tekanan darah sebab kaya dengan kalium
  • Meningkatkan sistem imun badan sebab mengandungi bakteria baik atau dikenali probiotik
  • Bagus untuk kulit sebab mengandungi asid laktik
  • Menjaga prestasi sel darah merah sebab kaya dengan vitamin B12 selain B5, zink, iodin dan riboflavin
  • Mencegah jangkitan kulat di Miss V
  • Menurunkan berat badan
  • Mengelakkan nafas berbau
See, banyak kan khasiat bila minum yogurt so setiap minggu I akan minum yogurt dari farm fresh sebab sedap. Harapnya boleh cepat turun berat haha tu je point dia sebenarnya. 

4 comments

  1. sedap farm fresh milk ni . CCL selalu amek flavour latte or coklat

    ReplyDelete
  2. sedap susu farm fresh tapi tak pernah try lagi yg yogurt ni. next time boleh try :)

    ReplyDelete
  3. samalah suka farm fresh yang mix berries

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.