Mee Gila, Subang Bestari

Wednesday 19 June 2019

Dah banyak kali dah dengar officemate dok menyebut pasal Mee Gila ni bila sembang pasal nak makan dekat mana. Bukan sorang tapi dua orang dok pot pet pasal best makan dekat Mee Gila. 


Since hari ni tak tahu nak makan apa, my sister Waze la Mee Gila ni dekat mana. Dekat je rupanya, tepi jalan dekat dengan Caltex. 

Kitorang pergi lepas Maghrib so kedai kosong, boleh la nak mengada sembang itu ini dengan staff restoran tu. Sebab nama menu dia unik jugak lah. 



Tengok dekat FB ramai yang recommend Mee Gila ni so kitorang order la 2 pax Mee Gila, Teh Madu Buih dengan Green Tea. 

Well the decoration quite nice tapi bab nak bergambar tu kena pandai lah cari port ada lighting cantik. Kalau siang mungkin ngam nak bergambar. 



Tak payah tunggu lama pun la sebab tak ada customer lain plus kitorang order pun satu menu je. Takut nak order banyak sebab officemates dah cakap portion dia banyak. 


Mee gila dia sebesen dia bagi dengan senduk sekali. Mee dia biasa je, nothing special pun. Kalau nak sedap, letak sambal berlada tu tapi hujung sudu je la sebab pedas kemain. 



Kuah kicap dia just nice, tak la pekat sangat kicapnya. Bahan lain ada ayam, meatball, kacang tumbuk, taugeh dengan sawi. Okay lah not bad lah cuma tak tahu apa yang gila. Mungkin sebab dia serve dalam bekas besar.

Paling best, Teh Madu Buih dia sebab pekat sedap cumaaaa I bukan peminat aiskrim vanilla. Nasib aiskrim tak sempat nak cair sebelum habiskan teh tu.


 Overall not bad lah nak lepak santai makan dekat sini sebab kawasan dia bersih, parking lot banyak, staff service pun terbaik cuma menu je lah kena banyakkan lagi sebab mee gila tak la ummph mana sampai orang nak tergilakan untuk datang balik.

3 comments

  1. Wah teh madu buih tu nampak menyelerakan. sedapnya!

    ReplyDelete
  2. Kalau kat Melaka ada juga orang jual mee dalam dalam bekas besar macam ni. Tapi dipanggil mee besen.

    ReplyDelete
  3. Kalau org tua2 marah makan dalam besen ni. Hahahha anyway menarik jugak bila makan dalam besen ni kan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.