Berhenti Makan Lemang Periuk Kera!

Tuesday 28 May 2019

Sebelum ni selalu nampak ada sesetengah dari kita yang masak lemang menggunakan periuk kera dan Pana sendiri dah pernah makan lemang periuk kera di open house. Mungkin sedap bagi sesetengah orang dan budaya setempat. 


Tapi tahu tak yang sebenarnya periuk kera atau 'pokok tandas haiwan' ni dah tergolong dalam spesies tumbuhan yang terancam. Lagi pedih bila periuk kera di negeri Pahang dah hampir pupus disebabkan aktiviti memburu secara berleluasa untuk dijadikan makanan pada hari raya atau hari-hari biasa especially majlis kahwin. 

Kalau beberapa tahun sebelum ni, orang Pahang yang memburu tapi tahun ni bertambah pula bila Kumpulan Pencari Periuk Kera masuk ke hutan untuk mencari spesies periuk kera untuk raya kali ni. Dianggarkan sebanyak 140,000 periuk kera diburu untuk penuhi demand dari beberapa negeri. 


Spesies periuk kera ni antara spesies yang sukar membiak jadi bila ada yang 'menuai' secara besar-besaran tapi tak menyemai kembali benih periuk kera dengan kadar yang sama buatkan periuk kera berada dalam status terancam terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Ada peniaga yang menjual lemang periuk kera menanam sendiri periuk kera which is good tapi berapa ramai yang fikir keuntungan semata dan akibat dari perbuatan ni generasi akan datang hanya mampu tengok gambar periuk kera je? 


Langkah kita untuk pilih tidak makan lemang periuk kera mungkin nampak kecil tapi besar impaknya kepada alam sekitar dan hutan rimba kita. Selamat menyambut Hari Lebaran. 

17 comments

  1. tak pernah lagi makan lemang periuk kera ni..pernah nampak kawan jual, tapi tak berkesempatan nak rasa..makin banyak rupanya demand lemang periuk kera ni ya..

    kita ada daun pisang, pokok buluh..kenapa la tak guna apa yang ada je...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Pernah rasa sekali je lemang periuk kera ni. Sekarang ni macam trend orang buat lemang guna periuk kera. Betul tu, walaupun usaha kita nampak kecil tapi sebenarnya boleh memberikan impak yang besar.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi lemang periuk kera ni. Betul juga tu, dah jadi trend pulak sekarang ni orang buat lemang periuk kera. Nak untung punya pasal sampai

    ReplyDelete
  4. pernah makan lemang periuk kera. lepas baca ne rasa bersalah pulak.

    ReplyDelete
  5. i feel bad for eating this but no doubt mmg sedap. semoga raya kali ni x jmpe dah.

    ReplyDelete
  6. mcm xde benda lain nak buat lemang..huhu

    ReplyDelete
  7. pernah mkn, mmg sedap tp bg akak susah nk mkn nye sbb time nk kopek periuk kere tu melekit2...
    akak mungkin lbh pilih mkn juadah lain dr leman periuk kera kalau jumpa... sbb dh pernah rasa... ckp lah sekali

    nampaknya klu yg nk menjual lemang periuk kera kene belajar biakkn dulu tanaman nih... dh tanam banyak2 baru la boleh nk jadikan apa2

    ReplyDelete
  8. Ialah itu tumbuhan hutan kalau dah dituai jer... tak disemai pupuslah ianya.
    Kat office Mrs. A pun ada yang jual lemang periuk kera ni.
    Tapi Mrs. A tak pernah makan pun, lebih suka lemang biasa yang kat dalam buluh tu.

    ReplyDelete
  9. tak pernah makan, jumpa pun tak pernah lemang periuk kera ni.

    ReplyDelete
  10. Akak pernah makan sekali..but tak berapa suka..lagi prefer lemang biasa tu..

    ReplyDelete
  11. Pernah makan sekali je sebab nak rasa.. lebih suka lemang biasa..

    ReplyDelete
  12. ohhh ada ea ni...tak pernah makan

    ReplyDelete
  13. Pernah jumpa dan makan.
    Boleh tanam sendiri pokok ni

    ReplyDelete
  14. Sya baru tau ada orang guna periuk kera ni jadi bekas lemang huhu

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/05/leaving-without-saying-goodbye.html

    ReplyDelete
  15. last year, adik beli periuk kera, kakak sulung jadik kan lemak.
    biasa jer rasa nyer. mcm lemang biasa.
    just unik la kan, dlm periuk kera. cuma last year, tak viral pun.
    thn ni boleh plak viral kan.
    and this year, tak merasa pun. better lemang buluh tu jer :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.