Movie Review | NH10 (2015)
Monday, 21 December 2020
Director : Navdeep Singh
Writer : Sudip Sharma
Cast : Anushka Sharma, Neil Bhoopalam, Darshan Kumar, Deepti Naval, Kanchan Sharma, Ravi Jhankal, Sushil Tyagi, Ravi Beniwal
Production Company : Phantom Films, Clean Slate Filmz
Distributor : Eros International
Genre : Horror / Thriller
Running Time : 115 minutes
Release Date : 13 March 2015
Trailer :
Perkahwinan terhalang disebabkan berbeza kasta ni bukan sesuatu yang baru di India dan isu ni masih lagi menebal di kawasan luar bandar sehingga sanggup membunuh untuk jaga nama sepertimana yang ditonjolkan dalam movie NH10 di bawah production house Phantom Films dan Clean Slate Filmz. NH10 ditayangkan di Beijing International Film Festival.
Clean Slate Filmz adalah production house milik Anushka Sharma sendiri dan debut dengan movie horror thriller, NH10. Bukan sahaja production house yang dapat perhatian ramai tapi watak Anushka sebagai Meera juga mencuri tumpuan sebab sebelum ni Anushka cuma berlakon sebagai bubbly girl. Tapi di bawah production house sendiri dia dapat bereksperimentasi dengan bakat lakonan dia. Sama seperti yang John Abraham buat bila geram asyik dapat watak biasa.
Bekerjasama dengan Anurag Kashyap sebagai producer yang memang terkenal dengan movie indie dan thriller seperti franchise gempak Gang Of Wasseypur dan juga pengarah Navdeep Singh yang keluar dari template tipikal Bollywood selepas kejayaan Manorama Six Feet Under (2007). Awalnya Anushka busy dengan movie lain tapi lepas bekerja dengan Anurag untuk movie Bombay Velvet, dia setuju dan jadi producer terus memandangkan movie ni belum dapat dana.
Kisah bermula bila Meera dan suami dia, Arjun (Neil Bhoopalam) jadi saksi kepada pergaduhan bila Satbir (Darshan Kumar) dan kawan-kawan dia seret Pinky (Kanchan Sharma) dan kekasih dia, Mukesh ke dalam jeep kemudiannya pergi ke hutan. Ego Arjun tercalar bila ditampar oleh Satbir kemudiannya tunjuk hero untuk kacau kerja pembunuhan mereka. Sudahnya dia yang menggigil ketakutan bila nampak Pinky dan Mukesh dibunuh dengan kejam.
Dalam pergelutan untuk cuba selamatkan diri, Arjun tertembak Chote (Ravi Beniwal) lantas menaikkan kemarahan Omi dan yang lain. Kemudian Meera pula terpaksa tembak salah seorang dari mereka bila Arjun ditikam di kaki. Sementara Arjun menyorok di bawah rel keretapi, Meera pergi ke kampung terdekat untuk cari bantuan.
First half memang geram dengan tindakan bodoh Arjun acah berani sangat nak masuk campur hal orang. Just because dia ada berkawan dengan IGP Delhi dan ada pistol dalam kereta, tak semestinya dia boleh tunjuk hebat. Dia masuk tempat orang kot. Well the least he can do is call the police. Tapi kalau bukan sebab kebodohan dia, tak jadi la cerita kan? Of course movie ni saspen tapi bila director letak keputusan di tangan Arjun je jadi menyampah sebab suka buat keputusan bodoh macam tembak kereta. Siapa yang bazirkan peluru dengan tembak kereta? Tembak la orang!
Tahun 2014 Darshan Kumar debut dengan movie Mary Kom dan memegang watak suami kepada Mary yang sweet, supportive dan penyayang tapi dalam movie NH10 berubah sebaliknya. Ngeri sangat bila dia pukul adik dia separuh mati dan bagi makan racun hanya semata bercinta dengan lelaki berbeza kasta. Sampai menang award dekat IIFA untuk kategori Best Performance in a Negative Role.
‘Sometimes you just do what you have to do...’ – Ammaji (Deepti Naval)
Music score dari komposer duo, Sanjeev-Darshan menghidupkan elemen dark, gloomy, saspen dan thriller. Kebanyakan lagu diletak seiring dengan cerita tapi lagu Chhil Gaye Naina nyanyian Kanika Kapoor hanya untuk promo events. Sepatutnya letak lagu tu masa scene Meera nak serang Sarbit. Baru rasa puas dan excited. One of my fav song of all time.
Disebabkan movie NH10 ni, nama Anushka bukan lagi sebagai heroin dengan muka cantik tapi berbakat besar juga. Movie thriller ni tinggalkan impak yang mendalam and one of the best thriller in Bollywood. Tahun 2018, movie Telugu buat remake dari NH10. Recommended!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10