Kedai Serba Serbi, Bangunan Sultan Abdul Samad

Sunday, 27 September 2026


Tak tahu nak start jalan-jalan dekat mana di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad ni. Bila nampak announcement poster Serba Serbi terus pergi ke Tingkat 3 untuk tengok apa ada dekat situ. Ruang dekat Tingkat 3 ni kecil je tapi ada lebih dari 10 vendor yang meniaga dekat sini. 

Awalnya ingatkan Serba Serbi ni cuma bazar yang muncul waktu cuti atau hujung minggu macam dekat Pasar Seni tapi rupanya memang kedai. 





Kebanyakannya pakaian dan aksesori wanita lah. Ada jugak preloved tapi entah lah tak tahu ke mana peniaga dia pergi. Belek gitu gitu je lah lepastu keluar dari booth tu. 





Baju kebaya batik dia cantik tapi tak ada saiz jadi kita tengok je lahhhh


Rasanya ini je booth yang jual makanan tapi disebabkan kitorang baru je lepas makan, perut pun penuh lagi makanya hanya mampu memandang. 


Sangkut dekat sini yang lama belek dia pun hasil cetak sebab semua figures ni dia buat guna printer 3D. Geram tengok naga dia panjang-panjang berkilat cantik. I belek kejap lepastu letak, belek lagi, letak lagi. Tak pasti nak beli ke tidak sebab kalau beli nak letak mana. I nak letak dekat monitor tapi badan dia tak leper untuk lepak dekat atas skrin. 


Nak beli keychain macam Fariha jugak tapi takut hilang sebab plushy bunny yang sangkut dekat handbag dah hilang dah. Sudahnya beli jugak naga ni letak dekat PC. Berbaloi beli sebab cantik hshshs


Cuti Merdeka dimulakan dengan sarapan pagi di Bangunan Sultan Abdul Samad seawal jam 9 pagi. Plan asalnya nak pergi lagi awal sebab tak nak beratur tapi sebab semalamnya sampai rumah pun lambat dari Ipoh jadi masing-masing pun tidur balik lepas Subuh. 

Ini kali kedua I makan dekat sini lepas lunch dengan rakan-rakan pejabat lepas balik dari long call Aiesyah. Sebelum ni tak dapat makan dekat tingkat atas tapi kali ni I berjaya hshshs

Flooring dia cantik. Ambil gambar tanda hadir

Kitorang order mi kari, nasi ayam gepuk, nasi lemak dengan kari ayam. Sebelum ni I dah pernah minum Teh Ais Cincau so kali ni tukar kepada Kopi Putih Ais Cincau. Fariha ambil Iced white Coffee, adik lelaki I ambil Hot White Coffee. 

😐: Hampa pagi pagi dah minum ayaq ais?
😀: Aikkk mana ada, kat rumah tadi lepas mangkit tidoq aku minum ayaq suam dah


Tadaaaa ni semua makanan untuk makan pagi. Segan aih nak kata ni sarapan. Kitorang boleh makan berat pagi Merdeka tu sebab masa balik dari Ipoh tak makan apa pun. Minum air kelapa je untuk hilangkan panas badan. Beli air kelapa dah ada isi dia so tu je lah yang kitorang makan. 


Lepas rasa Nasi Lemak Oriental Kopi, I dah faham kenapa ramai yang sanggup beratur untuk makan dekat sini. Nasi lemak dia wangi santan, disokong dengan wangi daun pisang. Kalau nasi dia berbungkus, mungkin lagi semerbak bau dia. Sambal nasi lemak ni kena dengan tekak sebab tak manis tapi pedas. I tak suka sambal ada banyak bawang. 

Telur pula guna poached eggs, gedik goyang, bila pecahkan dapat tekstur creamy. Tapi tak semua orang suka. I okay je asalkan telur ayam. Telur mata kerbau, telur rebus masak, telur dadar, telur bistik semua lah I suka. Telur pindang dengan telur tembelang je tolak tepi. 


Kari ayam dia banyak, mungkin sebab dia bagi isi jugak lepastu kentang besar gedabak. Kalau ambil set ni memang jenuh nak habiskan. Kari dia jenis kari kopitiam yang masak jenis tak pecah minyak, tak macam kari dekat mamak. I mungkin akan order atau tak order dah menu Nasi Lemak dengan Kari Ayam sebab kari dia tak syok, ikan bilis dia pun keras. 


Sebelum ni I dah order Teh Ais Cincau and I fully locked in so this time nak try pulak Iced White Coffee dengan Cincau tapi a bit disappointed sebab rasa dia tak ngam. Lepas ni I memang minum Teh Ais Cincau je lah bila datang Oriental Kopi. 

Teh Ais dekat Oriental Kopi, Ali Muthu Ah Hock dengan Old Town memang selera I sebab teh dia guna susu segar. Bila minum tak terasa sangat bersusu tapi terasa pekat teh. Adik lelaki I tak suka sebab dia suka yang jenis bersusu krim susu tin tu. 


I nak rasa Mi Kari Oriental Kopi tapi sebaik saja gambar ni diambil, mi kari dia dah habis. I patut rasa dulu mi kari ni sebelum bagi adik lelaki I makan. Dia kata lebih kurang je macam dekat Kin Loong Valley tu tapi yang ni kureng sikit. Okay, noted. 


Ayam Gepuk Oriental Kopi sedappppp! Super love poached eggs makan dengan sambal ayam gepuk. Bayam goreng dia lagi sedap dari kubis goreng. Tak suka cara dia goreng tempe je sebab tak crispy bila dia potong tebal macam tu. Sambal dia tak pedas sangat so bila breakfast dengan Ayam Gepuk pun tak ada masalah. 



Lepas makan memang happy sebab semua yang I nak I dapat walaupun spoil sikit itu ini but that's okay. Lepas habis makan kitorang menikmati ketenangan Hari Merdeka di Dataran Merdeka. 

‘THE FIRST WAVE’, SETAHUN YANG MENGUBAH SEGALANYA BUAT ALPHA

Saturday, 26 September 2026

‘THE FIRST WAVE’, SETAHUN YANG MENGUBAH SEGALANYA | Daripada tujuh peserta Big Stage Alpha kepada fenomena baharu industri muzik tempatan, ALPHA meraikan tahun pertama yang luar biasa menerusi konsert solo sulung bersama ALPHANITES

Kuala Lumpur, 27 September 2026 - Daripada Big Stage ke pentas terbesar mereka setakat ini, ALPHA, kumpulan lelaki yang dianggotai Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Araff, Ray-D dan Sky, merealisasikan impian serta usaha selama setahun menerusi “The First Wave”, konsert solo sulung mereka. Berlangsung di Zepp Kuala Lumpur dengan kehadiran ribuan peminat dan selebriti, konsert ini meraikan perjalanan luar biasa ALPHA sepanjang tahun lalu, di samping mengimbau setiap pencapaian, kenangan dan sokongan tidak berbelah bahagi yang telah membentuk perjalanan mereka sehingga ke hari ini.

“Apa yang bermula sebagai sebuah pertandingan akhirnya berkembang menjadi satu fenomena, dan ‘The First Wave’ membuktikan bahawa kisah ALPHA sebenarnya baru sahaja bermula,” kata Izat, ahli kumpulan ALPHA, mengimbau kembali detik pertama beliau mengetahui tentang konsert ini.

Dari Big Stage ke Pentas “The First Wave”

Konsert istimewa ini turut menghimpunkan alumni daripada Big Stage. Adam Nazmie, Yad-Z, Ranisha, Daniel Kifli dan Danny membuka tirai persembahan dengan penampilan khas buat ALPHANITES. Hussain kemudian menyertai ALPHA di atas pentas untuk mempersembahkan lagu duet “Tiada Lagi”, nyanyian asal Amy Search, sebelum membuat persembahan sulung secara langsung bagi lagu solo terbaharunya, “Takkan Pernah”.

Turut membuat kemunculan istimewa ialah Nadeera yang mengejutkan para peminat apabila bergandingan bersama ALPHA menerusi persembahan “Zapin Usik Mengusik”. Nadeera kemudiannya mempersembahkan single terbaharunya, “Cuba Jadi Aku”, yang juga merupakan runut bunyi drama Astro, Bulan Henti Bicara.

“Salah satu perkara yang menjadikan The First Wave begitu istimewa adalah peluang untuk berkongsi pentas bersama rakan-rakan artis yang telah melalui perjalanan yang sama seperti kami. Kehadiran mereka untuk bersama-sama meraikan pencapaian ini mencipta suasana yang cukup bermakna dan sukar dilupakan. Melihat para peminat menyanyi bersama serta memberikan sokongan terhadap setiap persembahan sepanjang malam adalah kenangan yang akan sentiasa kami hargai,” kata Araff ALPHA.

Haru Biru Bersama Daiyan Trisha

Menambahkan lagi kemanisan pada malam bersejarah itu, ALPHA turut merealisasikan salah satu impian mereka sebagai artis apabila berpeluang berduet bersama Daiyan Trisha menerusi “Haru Biru”. Hasrat untuk berkongsi pentas dengan penyanyi dan pelakon tersebut akhirnya menjadi kenyataan di konsert solo pertama mereka, sekali gus mencipta satu momen istimewa yang pastinya akan dikenang oleh mereka.

Berkongsi keterujaannya menjadi sebahagian daripada konsert istimewa itu, Daiyan berkata, “Seronok melihat sejauh mana ALPHA telah berkembang dalam masa yang begitu singkat. Mereka memang bekerja keras dan saya rasa semua kejayaan yang mereka kecapi hari ini sememangnya layak untuk mereka. Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada detik penting ini dan ingin mengalu-alukan ALPHA untuk terus melakar nama dalam industri. Saya percaya ini hanyalah permulaan kepada lebih banyak kejayaan yang lebih besar buat ALPHA pada masa hadapan.”

Video Muzik “Burn It Down” & “Mahkota Cinta”

Selain kad ucapan istimewa buat para peminat, malam tersebut turut dipenuhi kejutan menerusi pratonton eksklusif berdurasi 30 saat video muzik “Burn It Down”, sebuah lagu yang dirakamkan ketika ALPHA berada di Korea. Turut dipersembahkan buat pertama kali ialah video muzik terbaharu “Mahkota Cinta”, memberi peminat peluang menjadi antara yang terawal menyaksikan karya visual tersebut.

Selepas itu, Ray-D dan Arabella Ellen, pelakon baharu yang semakin mendapat perhatian, tampil dengan persembahan tarian istimewa untuk “P. Ramlee Saloma” sebelum ALPHA mempersembahkan sendiri lagu popular tersebut yang menerima beberapa pencalonan di dalam dan luar Malaysia.

Dari ALPHANITES, Untuk ALPHA: Sokongan Yang Terus Melonjak

ALPHA telah mencipta satu lagi detik bersejarah dalam perjalanan seni mereka apabila tiket konsert solo sulung, The First Wave Concert, habis dijual dalam tempoh satu jam setengah sahaja. Pencapaian membanggakan itu tidak mungkin direalisasikan tanpa sokongan luar biasa daripada ALPHANITES yang sentiasa menunjukkan semangat dan kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap ALPHA.

Kejayaan ALPHA tidak terhenti di pentas konsert. Album sulung mereka, The First Wave, turut mencatat lebih 100 juta strim dan tontonan terkumpul merentas platform digital, sekaligus membuktikan sambutan luar biasa yang terus diterima daripada peminat sejak hari pertama debut mereka.

"Dalam masa setahun, banyak impian yang berjaya kami capai dan semuanya tidak mungkin berlaku tanpa ALPHANITES. Mereka bukan sekadar menyokong perjalanan kami, tetapi menjadi sebahagian daripada kisah ALPHA itu sendiri. The First Wave adalah hadiah dan penghargaan kami buat mereka. Setiap sorakan, setiap nyanyian dan setiap detik pada malam ini adalah untuk ALPHANITES yang sentiasa menjadi kekuatan terbesar kami," kata Sky, anggota termuda ALPHA.

Kejayaan AIM 2026 dan Pengiktirafan Antarabangsa

Melengkapkan tahun yang penuh gemilang, ALPHA terus mencuri tumpuan menerusi pelbagai kemenangan dan pengiktirafan di peringkat tempatan serta antarabangsa. Awal tahun ini, kumpulan tersebut meraikan kemenangan di Gempak Most Wanted Awards 2025 menerusi kategori Video Muzik Tergempak dan Lagu ERA Tergempak, selain turut tersenarai dalam kategori Top 10 Selebriti Tergempak.

Meneruskan momentum cemerlang itu, ALPHA berjaya memenangi dua anugerah di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2025, menerusi kategori Artis Baharu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik. Di peringkat antarabangsa, pengaruh ALPHA yang semakin berkembang terus diiktiraf menerusi pencalonan dalam kategori Top 5 Most Influential Southeast Asian Artists (Male) di Jupiter Music Awards 2026, manakala lagu “P. Ramlee Saloma” turut mencipta kejayaan apabila tercalon dalam kategori anugerah Best Listener Choice: International Song di Japan Music Awards 2026 yang dipersembahkan oleh Spotify.

"Masih terasa seperti mimpi apabila kami berjaya memenangi empat anugerah di AIM, iaitu sebuah impian yang saya tanam sejak kecil lagi. Kami baru setahun bersama sebagai ALPHA, jadi setiap pencapaian ini membawa makna yang sangat besar buat kami," kata anggota merangkap ketua kumpulan, Daniel.

"Saya bersyukur kerana muzik kami dapat menyentuh hati ramai orang, dan saya berharap kami dapat terus mencipta lebih banyak kenangan bersama para peminat," ujar Rizal ALPHA dengan penuh rasa syukur.

Bukan Penamat, Tetapi Permulaan Baharu

Mengimbas kembali perjalanan mereka sejak pertama kali diperkenalkan, ALPHA percaya konsert solo sulung ini akan sentiasa menjadi antara bab terpenting dalam sejarah kumpulan mereka.

“Kalau ada satu perkara yang kami nak ALPHANITES ingat daripada konsert ini, kami nak mereka tahu yang setiap apa yang berlaku atas pentas ini adalah hasil daripada perjalanan kami bersama mereka. Setahun mungkin nampak singkat, tapi untuk kami, terlalu banyak yang berlaku. Kami bermula sebagai tujuh orang yang mempunyai impian. Hari ini kami berdiri sebagai ALPHA. Dan kami tahu, ini baru permulaan,” tambah Ariel, juga juara Big Stage Alpha.

Bagi Rocketfuel Entertainment selaku pihak yang menaungi ALPHA, konsert ini turut membawa makna yang cukup istimewa kerana mereka telah menyaksikan sendiri perkembangan ketujuh-tujuh anggota ALPHA sepanjang tahun lalu.

“Kami telah menyaksikan sendiri perjalanan ALPHA sejak dari awal, daripada sebuah pentas yang menyatukan tujuh anak muda berbakat, kepada pelancaran album sulung, konsert solo pertama yang habis dijual dan kini pengiktirafan di AIM. Mencapai semua ini dalam tempoh hanya setahun merupakan satu pencapaian yang luar biasa dan mencerminkan kerja keras serta kesungguhan mereka. Itulah yang menjadikan konsert ini begitu bermakna buat kami semua,” kata Mathan Rajasingam, Ketua Rocketfuel Entertainment.

Jalan-Jalan Ipoh | Concubine Lane

Friday, 25 September 2026

Antara tempat wajib pergi dekat Ipoh adalah Concubine Lane tapi nak masuk dekat kawasan tu pun dah sesak. Nak park kereta apatah lagi. Masing-masing pun tak pernah pergi Ipoh jadi tak tahu yang kawasan tu sempit. Kalau tahu, dah park dekat kawasan lain dan berjalan kaki ke Concubine Lane. 

Bila dah pening tak tahu nak pusing mana, kitorang park je lah dekat UTC Ipoh tapi bila berjalan kaki ke Concubine Lane, jauh teruk eh. Dah lah panas. Adik I pulak drive laju so tak perasan celah-celah bangunan tu ada parking. Kelebihan parking dekat UTC ialah percuma tapi jauh. Maps untuk pejalan kaki pun pening. Kejap pusing sana, kejap pusing sini. Dah lah tak letak landmark sangat, tak mesra pengguna betul. 


Good thing berjalan kaki dari UTC boleh lah nampak projek penanaman pokok di sekitar bandar Ipoh ni tapi sungai tak lah bersih sangat. Macam Sungai Klang lah, kadang kelabu, kadang coklat. 


Masa lalu dekat taman ni ada nampak orang Cina tengah bakar-bakar bagi makan hantu lapar. Dekat area ni pun ada parking untuk orang yang nak pergi ke Concubine Lane tapi dah penuh. Harga untuk sekali park, RM5.00 satu kereta. 

Jalan ke depan sikit dah nampak dah BARA, one of signature yang selalu kawan I update bila pergi berjalan dekat Ipoh. 



Senibina bangunan dekat bandar Ipoh ni menarik perhatian juga lah sebab senibina bangunan lama. Kalau stay lama dekat Ipoh boleh lah belek bangunan-bangunan dekat sini. Balik hari ni sedikit terkejar-kejar untuk tengok semua benda dan pergi semua tempat. 

Masuk je dekat Concubine Lane ni memang sesak gila dengan orang, mungkin sebab hari cuti. Sesak dia tu sampai tak ada ruang pun antara belakang I dengan perut makcik dekat belakang. Dia pulak jenis tak nak menyinggah. I nak ambil gambar pun tak dapat sebab perut makcik tu menekan-nekan suruh bergerak. 


Ambil gambar mana sempat je sebab nak menyinggah dekat kedai-kedai yang ada dekat Concubine Lane ni pun tak boleh sebab penuh dengan orang. Dua benda yang menggelikan dekat Concubine Lane ni ialah abang sodok dan bau longkang dekat sini. 

Nak muntah bila tengok orang ramai sangat, sakit kepala juga sebab panas dan pengap. Nasib baik lah Concubine Lane ni pendek je lorongnya. Masa berjalan tu ternampak fridge magnet yang cantik tapi sebab sesak, terus terlupa nak beli. Niat masa tu nak keluar je dari situ. 




Masa menyeberang ke Lorong Panglima, baru boleh bernafas sikit sebab tak ramai orang sangat. Walaupun penduduk Ipoh claim ini pekan orang handsome, tak ada bayangan orang handsome pun dekat sini. Mungkin orang handsome duduk rumah 😥



Sebelum singgah ke Concubine Lane ni ada lah juga simpan hasrat nak makan chee chong fun udang tapi tak ada pun terjumpa. Ke I yang tak nampak sebab terlindung di lautan manusia? Kedai Kopi Kong Heng ni antara kedai makan yang terlama di Ipoh sebab dah wujud sejak tahun 1891. Restoran ni tak halal walaupun ada banyak review makanan sedap. 






Dekat Lorong Panglima ada banyak murals dan aktiviti seni, vibe dia macam vibe dekat Pasar Seni cuma dia tak besar. Bazar yang ada pun tak banyak. Kalau I tak sakit kepala masa ni mungkin I dah beli matcha walaupun matcha bersepah dekat KL. 



I syak sakit kepala sebab makan kurma kambing dekat Restoran Adily. Konon dah buat girl math tapi kalau matahari terik memang weng weng jugak lah kejadiannya. Nasib baik lah tak ramai orang dekat sini, dah berehat jugak sekejap dekat BookXcess, kalau tak makin teruk sakit kepalanya. 





Kitorang selesai pusing-pusing dalam jam 4.30 petang macam tu. Disebabkan panas sangat, tak mampu nak naik ke atas tengok Menara Jam Peringatan Birch. Kenapa eh kita buat menara peringatan JWW Birch sedangkan Datuk Maharaja Lela yang mempertahankan bangsa Melayu masa tu? 

Mungkin sebab senibina menara jam dia cantik, boleh lah jadi tarikan pelancong. Mungkin kalau pergi waktu pagi seronok lah nak bergambar sebab tak panas sangat. 


Anyway, masa kitorang ambil gambar Ipoh Heritage Trail ni, ternampak ada orang photoshoot dekat padang tu. Cantik lah kostum dia, ala wanita zaman 50-an macam Bridgerton tu. 



Disebabkan dah tak larat nak berjalan, kitorang order Grab je untuk balik ke UTC. Sementara menunggu Grab sampai, sempat lah rehat kejap sambil mengagumi kecantikan bangunan OCBC Bank, Standard Chartered dan bangunan di hadapan dia. Dah lah cantik, kemas pulak tu tanpa ada contengan.


9 minit lepas tu Grab sampai dan baru lah kitorang perasan blok depan Standard Chartered tu ada Miker Pizza. Lahhh ini dalam list jugak tapi tak ada rezeki lah sebab nak tunggu pizza tu pun 20 minit. Kalau ramai orang dalam tu mungkin bertambah-tambah waktu menunggunya. 

Sampai je UTC kitorang drive pergi cari air kelapa sebab semua dah sakit kepala, muka pun dah merah menyala. Jumpa lah air kelapa dekat restoran toye tapi air kelapa dia lagi mahal dari harga Lembah Klang eh walaupun beza seringgit tapi naurrrrr. Masa tunggu air kelapa siap tu hujan turun lebat gila. Naik highway ada accident pula so exit Slim River pastu balik ke Subang ikut Gedangsa. Gelap tapi okay lah tak perlu bersesak dekat highway.