GARA-GARA BINTANG DRAMA ‘S LINE’ - LEE SOO-HYUK! BUKIT BINTANG ‘HAVOC’ DAN SESAK!

Thursday, 17 July 2025

Pavilion KL bergegar! Jika anda berada di Pavilion Kuala Lumpur petang semalam dan tertanya-tanya mengapa kawasan tersebut berubah menjadi lautan manusia yang menjerit dan bersorak seperti di konsert K-pop, jawapannya adalah kerana Lee Soo-hyuk!

Lebih 2,000 peminat membanjiri Bukit Bintang hanya semata-mata kerana Lee Soo-hyuk!  Keberadaan aktor dan model kacak dari Korea ini mencetuskan gelombang luar biasa di acara eksklusif Galaxy Unfolds Roadshow yang berlangsung di Pavilion KL petang semalam. Ribuan peminat membanjiri ruang legar Concourse Utama bagi menyambut kehadiran bintang kesayangan mereka yang buat julung kalinya hadir ke Malaysia. 

Diterbangkan khas oleh Tonton sempena tayangan eksklusif drama thriller terbaharunya, S LINE, kehadiran Lee Soo-hyuk dinanti dengan sorakan gemuruh dan gelombang peminat yang setia menunggu sejak awal. Pavilion KL mula dibanjiri oleh peminat tegar beliau seawal jam 2 petang walaupun beliau dijadualkan tiba pada jam 5 petang. Ramai sanggup menunggu berjam-jam demi mendapatkan posisi terbaik yang paling hampir dengan pentas utama.  Menjelang jam 3 petang, setiap penjuru Concourse Utama menjadi padat luar biasa; setiap laluan utama, eskalator, dan tingkat atas dipenuhi wajah-wajah penuh harapan ingin melihat oppa kegilaan ramai itu dari dekat.

Detik paling 'gila' berlaku sebelum acara bermula, apabila gelombang peminat yang dahagakan pertemuan dengan Lee Soo-hyuk, bergerak secara beramai-ramai dari Lot 10 menuju ke pintu masuk utama Pavilion KL. Antara yang mencuri perhatian ialah peminat yang mengangkat sepanduk bertulis “Lee Soo-hyuk’s die-hard fan is here!!!” Dengan sepanduk pelbagai saiz—termasuk sepanduk khas "Tonton❤️Lee Soo-hyuk"—mereka membentuk satu konvoi mini yang penuh semangat, lengkap dengan sorakan dan jeritan, persis sebuah perarakan selebriti yang lazimnya hanya dilihat di kaca TV!

Saat kelibat Lee Soo-hyuk muncul, seluruh Pavilion KL seakan bergegar. Jeritan peminat meletus serentak, ada yang melompat-lompat, dan tidak kurang juga yang dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu terharu. Suasana tegang bercampur gembira itu benar-benar menyerupai sebuah konsert K-Pop berskala mini, di mana setiap gerak-geri bintang itu disambut dengan reaksi luar biasa. Di celah-celah keriuhan, terlihat seorang peminat di hadapan pentas menangis teresak-esak, bukti betapa 'gila'nya peminat Malaysia terhadap Lee Soo-hyuk.  Bukan hanya warga kota, ramai peminat juga dikesan datang dari luar Kuala Lumpur, termasuk Pulau Pinang dan Johor, membawa sepanduk besar sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi. Pengorbanan ini jelas menyentuh hati Lee Soo-hyuk.

Aktor tampan ini kelihatan sangat terharu dengan sambutan luar biasa tersebut. Senyuman tak lekang di bibirnya, dan tangannya tak berhenti melambai ke arah peminat yang sentiasa memanggil namanya, dan sempat berkata "I’m so happy to finally meet Malaysian fans. I’m super nervous right now. Thanks for supporting me," luahnya, sambil mengakui terkejut dengan lautan manusia yang hadir.  Beliau juga menyatakan harapannya untuk datang semula ke Malaysia, “I hope to visit Malaysia more. Thank you Samsung for giving this opportunity.”

Detik yang paling mencairkan hati pastinya apabila beliau melafazkan frasa keramat dalam Bahasa Melayu, "Aku cinta padamu," yang serta-merta disambut dengan sorakan histeria dan tepukan gemuruh yang memecah gegendang telinga!

Fenomena Lee Soo-hyuk di Pavilion KL ini bukan sahaja memecah kesunyian pusat beli-belah, malah mencetuskan fenomena yang bakal kekal dalam ingatan!  Membuktikan betapa kuatnya pengaruh bintang Korea dan betapa bersemangatnya peminat di Malaysia. 

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan lakonan Lee Soo-hyuk dalam drama thriller terbaharu, S LINE, yang kini boleh distrim secara eksklusif di Tonton. Dua episod pertama telah ditayangkan serentak dengan waktu siaran Korea pada 11 Julai 2025 lalu.  Jangan lepaskan peluang untuk meleraikan misteri di sebalik dunia S LINE sekarang!

JANNA NICK BUAT CERITA LEPAS TERNAMPAK POSTER SUSU KAMBING!

Wednesday, 16 July 2025

JANNA NICK BUAT CERITA LEPAS TERNAMPAK POSTER SUSU KAMBING! | Kisah Misi Seorang Anak Demi Ibu Tercinta

Kasih seorang anak kecil yang kekal tulus, walau hidupnya dibalut kesempitan. Itulah yang dicerminkan dalam Susu Lima Kupang, telefilem terbaharu arahan Janna Nick bagi projek Dari Layar Ke Lensa, yang menyentuh soal kekeluargaan, pengorbanan dan kecekalan. Disulam dengan emosi dan realiti hidup, naskhah ini bakal menemui penonton pada Sabtu, 19 Julai 2025, jam 10 malam di slot Cerekarama TV3.

Dari Layar Ke Lensa merupakan inisiatif TV3 yang menampilkan empat pelakon tersohor iaitu Siti Saleha, Fattah Amin, Janna Nick dan Zahiril Adzim yang kini mengambil kerusi pengarah untuk memperkaya kandungan tempatan. Dengan mengetengahkan penceritaan yang lahir daripada jiwa dan pengalaman mereka sendiri, projek ini mencerminkan komitmen TV3 dalam memperkasa bakat kreatif tempatan serta membuka ruang kepada naratif segar melalui sudut pandang unik para penggiat seni.

Cerekarama ini mengisahkan Zakaria (Aiman Badrul), seorang kanak-kanak sembilan tahun yang tinggal bersama ibu autistik (Trisha Ooi) dan neneknya (Farah Ahmad). Zakaria lebih rela menyendiri dan membantu neneknya daripada ke sekolah, kerana dia sering menjadi sasaran ejekan hanya disebabkan dibesarkan tanpa seorang ayah.

Zakaria mula menjaga seekor kambing bunting yang sering mengekorinya hingga ke sekolah, lalu menamakannya Maryam. Namun satu hari, Maryam merosakkan radio kesayangan ibunya, sehingga membuatkan ibunya mula meracau. Zakaria yang nekad mencari jalan penyelesaian, mendapat idea untuk menjual susu Maryam demi membeli radio baharu atas nasihat neneknya.

“Proses tercetusnya idea untuk telefilem Susu Lima Kupang ni sangat unexpected,” ujar Janna Nick. “Ketika saya dan pihak produksi sedang berbincang di sebuah restoran mamak, saya ternampak poster susu kambing. Terus saya cakap, jom buat cerita pasal kambing. Dari situ kami mula bangunkan jalan ceritanya.”

Berkongsi cabaran sepanjang penggambaran, Janna mengulas, “Semua babak melibatkan kambing betul-betul menguji kesabaran saya sebab masa dan hari penggambaran sangat terhad, dan babak dengan kambing pula mengambil banyak masa. Ini juga kali pertama saya mengarah untuk produksi luar, jadi cabarannya bukan hanya dari segi teknikal, tapi lebih kepada kemahiran kepimpinan dan pengurusan orang. Saya belajar bagaimana untuk bekerja dalam bajet yang ditetapkan, namun masih ingin menyampaikan naskhah yang terbaik untuk penonton.”

“Daripada cerita ini, saya harap penonton sedar bahawa dalam Islam, tiada anak haram. Yang haram adalah perbuatan, bukan manusia itu sendiri,” tambah Janna. “Saya juga mahu orang ramai lebih menghargai nikmat yang kita ada, dan tetap mencari kebahagiaan walaupun hidup dalam serba kekurangan.”

Pelakon Susu Lima Kupang dibarisi oleh Trisha Ooi, Aiman Badrul dan Farah Ahmad, yang masing-masing menghidupkan emosi dan lapisan karakter dengan mendalam. Berjayakah Zakaria mengumpul wang secukupnya? Dan sejauh mana seorang anak sanggup berkorban demi melihat senyuman ibunya kembali?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Susu Lima Kupang, cerekarama ketiga dalam Dari Layar Ke Lensa, Sabtu ini hanya di TV3. Nantikan juga telefilem terakhir, Pencuri Rumah Imam arahan Zahiril Adzim yang akan disiarkan pada 26 Julai 2025 di slot dan waktu yang sama, sebagai penutup istimewa bagi projek ini.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.


Kawasan Ara Damansara dah makin meriah dengan cafe dan restoran baru. Lepas makan tengahari dekat Wartek, kitorang singgah beli matcha dekat Slowork Coffee & Matcha. Restoran ni baru buka mungkin dalam tahun lepas sebab dah lama tak makan dekat sini. 

Kalau Jumaat kitorang prefer dekat kawasan Oasis Square je sebab tak rushing nak balik, lagipun parking pun senang. Dekat sini kena pusing few times kalau datang masa lunch hour sebab dekat dengan Chinese food court. Tapi masa ni kitorang lunch dah lambat, nak dekat pukul 2 dah so senang la sikit dapat parking. 


Restoran Slowork buka dari jam 11 pagi sampai 9 malam. Restoran ni kecil je tapi selesa. Dekat sini ada menu makanan Penang macam mi udang, nasi lemak, laksa Thai, mi Jawa, creamy salted egg, chicken chop, carbonara, cendol macam tu. I tak tengok beria pun menu dia sebab motif utama pergi Slowork sebab nak beli Iced Matcha Latte je. Sementara tunggu order siap, usha itu ini sebab restoran baru. 




Dekat sini ada kek juga tapi gaya dia macam menu tu tak fix, mungkin berubah ikut mood Slowork. Tapi ni cuma teori rambang yang entah betul entah tidak. 




And it's doneeeeee! Rasa matcha dia sedap je, tak clumpy sebab dia dah whisk lama. Mungkin sebab tu nama dia Slowork sebab nak whisk matcha supaya bancuhan jadi cantik. Kalau ada mood nak try lagi I akan try tapi memandangkan ZUS dah ada matcha so I guess maybe next time sebab harga RM14 satu cup. For me, harga dia mahal sikit compared to ZUS sebab cup dia kecik nyah. 

In case you guys nak try, boleh waze alamat Slowork ni 53 Jalan PJU 1a/42, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Tel. : 012-590 3273

Long Call Adi & Adzran



🤨: Salam Adi sampainya hati tak invite pergi long call u.
😅: nak mai ka, ingatkan tak mau mai.
🤨: *bagi sticker mat sabu campak mic*
😅: hahaha buat sedih pulak. I segan nak invite ramai orang sebenaqnya sebab tera mana sangat kita ni masa chambering dulu 😭
🤨: okay, nanti I pi long call u!

Meanwhile Adzran: 

🙇‍♂️: Assalamualaikum Kak Ana, maaf menganggu. Jika kelapangan, saya nak jemput datang pada 20 June 2025 (long call) di HCKL jam 10:30 am. 

Since dah dapat undangan dari Adzran dan mencari undangan dari Adi, I plan nak car pool dengan Syida pergi KL Court. Ajak Aiesyah sekali untuk dia ambik bau long call. 

Ain dah order bouquet ferrero rocher untuk Adi dengan Adzran dekat Whimsy Bloom so kitorang tinggal bawa je untuk bagi kepada 2 orang chambee yang kebetulan ditauliahkan dalam chamber yang sama, master yang sama, depan YA Amarjeet. 

Masa sampai dekat parkir Mahkamah Tinggi KL, lama juga nak jumpa parkir kosong sebab ramai orang pagi tu. Bila dah jumpa, berjalan ke ruang legar, ternampak ada media dah standby dengan kamera. 

Lepas selesai body check dekat pintu masuk, kitorang tunggu dekat port biasa sebab sesi Adi dengan Adzran tak habis lagi. Pelik lah juga sebab selalunya kalau gerak dari office pukul 10, by the time sampai Court tu dah settle dah sesi pertama sebab YA Amarjeet laju. Kali ni tak. 

Untuk bagi laluan dekat orang lain bergambar di kawasan tangga tu, kitorang tunggu depan pintu kafeteria. 

😮: Eh kak ana, tu kawan saya lah!
😄: haaa pergi lah tegur dia aiesyah. Bila lagi nak jumpa dia.
😮: eiii segan lah, ramai orang ni
😄: eh pergilah kawan u kan, nak segan apa

*5 minit kemudian*

😭: kak anaaaaa, dia tak kenal sayaaaa
🥴: allahuuu kesiannya. Patutlah kejap sangat kau jumpa
😭: dia tanya saya siapa, saya cakap ni aiesyah tapi dia tak kenal gak
🥴: hahaha kesian gila. Dah la jom kita naik atas.

Kitorang decide nak naik atas pun sebab dekat bawah ramai gila orang. Boleh tahan bingit lah jugak. Tapi bila naik atas panas lah pulakkkk 😭

Masa dalam perjalanan ke BKK 3 tak silap, kitorang nampak Tan Sri Shafee Abdullah so maknanya media kat bawah tu tengah tunggu kes Najib lah. Nak tegur TSSA tapi takut padahal dia counsel untuk RRM jugak for few cases. 

Lama jugak lah kitorang tunggu sesi pentauliahan selesai. Dah bermacam pose dah bergambar, bertukar port pun ye jugak. Bila tak tahan sangat panas dekat luar, menumpang sejuk air-cond dekat bilik saksi. Tapi tak lama pun sebab Syida dengan Hafizan berbalah pulak sama ada boleh stay ataupun tak dalam bilik Sakti. Syida kata boleh, Hafizan kata tak boleh. 

Finally keluar jugak Adi dengan Adzran dari kamar mahkamah. Cepat-cepat lah kitorang bergambar dan greet family diorang sebab semua pun rushing nak bergambar. Masa tak ada banyak untuk stay lama sebab diorang nak pergi Solat Jumaat lagi. 

Adzran flex business card baru dia sebagai lawyer Terengganu FC. Kalau ternampak dia dekat stadium, muka macam familiar kan, haaa tegur lah bekas intern dan chambering RRM ni. 

Tak sure lah media akan interview anak lawyer pencil box ke tak tapi anak dia pun ditauliahkan dalam sesi yang sama dengan Adzran dan Adi. Sempat lah juga Adi menyembang dengan Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dekat luar. 

Lepastu bergerak ke Wangsa Maju untuk serve documents. Kalau tahu sesi diorang lambat lagi nak habis, kitorang pergi serve document dulu sebab by the time kitorang sampai, pejabat dah kosong. Mungkin dah keluar lunch sebab hari Jumaat ada solat jumaat kan, so ada company yang rehat awal dan lama sikit dari hari lain.

Bila perut dah lapar, kitorang plan nak lunch dekat situ tapi macam sesak je, macam susah je nak park. Takut lepas dah habis makan, kereta tak ada sebab kena tarik. Fikir punya fikir rasa nak makan Old Town so kitorang waze menuju ke PJ Mall tapi bila dah sampai PJ, kitorang menuju ke Wartek Ara Damansara. Jangan lah tanya kenapa sebab I pun tak tahu. 

I order Nasi Bebek, Aiesyah dengan Syida order Nasi Uduk. Berbaloi lah jugak tukar plan last minute sebab sedap. Habis makan dekat situ kitorang pergi beli Iced Matcha Latte dekat Slowork Cafe

Masuk office balik fokus siapkan kerja yang tertunggak sebelum rest masa weekend nanti. Baru je angkat punggung, Aiesyah tanya nak tak maggi asam laksa? Dia boleh buatkan untuk I jugak. 

Sambil siapkan kerja sambil tengok perangai boss kecik yang tak boleh terima kenyataan mata dia dah rabun. Dia pinjam spek sebab nak buktikan perbezaan mata dia tanpa kacamata dan bila pakai kacamata. Berbeza lah cerita dia sebab dunia nampak jelas, terang dan nyata padahal power spek I around 150. Tak tinggi pun sebab I sejenis yang silau. 

Sebab ada yang sudi nak buatkan, kita angguk je lah. Bukan selalu dapat offer dari Gen Z kan? Thanks Aiesyahhhh!


Lepas makan maggi, makan roti kosong pulak dekat bawah sementara tunggu hujan berhenti. Dari dulu suka lepak mamak dekat bawah ni sebab view sunset cantik walaupun di sebalik pokok bunga tu ada tikus sekeluarga. 

Anyway, perjalanan hari Jumaat yang produktif. Dari pagi sampai ke petang ada saja agenda dan kejadiannya. Congrats Adi dan Adzran, ada rezeki kita jumpa lagi dan selamat mengharungi kehidupan baru sebagai peguam. 

ASTRO BAWA KERIANGAN BUAT SEISI KELUARGA DENGAN MUSIM BAHARU ‘THE CHOSEN ONE XTRA’ & DRAMA KOMEDI ‘JUTAWAN EKSPRES’ | Kedua Naskah Ini Bakal Menjadi Pembuka Program Untuk Siri Jelajah Astro Home of Kids 2025

Astro selaku peneraju hab hiburan di Malaysia sekali lagi ingin membawakan seisi keluarga menyelami dunia hiburan tanpa sempadan dengan membawakan dua buah program terkini.  Sebagai pembuka tirai bagi siri jelajah Home of Kids tahun 2025, Astro membawakan musim baharu The Chosen One XTRA dan juga sebuah komedi terbaharu, Jutawan Ekspres.


Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, “Astro sentiasa komited untuk menyajikan hiburan yang bermanfaat buat seisi keluarga, bukan hanya di kaca TV, malahan juga dalam talian dan menerusi aktiviti luaran. Kami menerbitkan 2 program berlainan ‘genre’, iaitu rancangan realiti The Chosen One XTRA dan drama komedi Jutawan Ekspres, yang bakal menggandingkan artis tersohor tanah air dengan wajah-wajah baharu yang berbakat. Kedua-dua program ini mesra keluarga, penuh dengan pengajaran, menerapkan nilai-nilai murni dan selamat untuk tontonan semua lapisan umur.” 

Menerusi siri Jutawan Ekspres, para penonton akan disajikan dengan drama komedi yang sarat dengan hiburan dan pengajaran, dan membariskan pelakon komedi terbaik tanah air seperti Bell Ngasri, Elly Mazlein dan Rashidi Ishak. Jutawan Ekspres merupakan karya terbaharu daripada pengarah Wan Hasliza yang juga penerbit Keluarga Iskandar dan Dr. Pontianak. Rancangan ini membawakan kisah tentang sebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan dan menjadi jutawan secara tiba-tiba. Kekayaan baharu mereka menarik perhatian saudara-mara dan juga jiran yang ingin  menumpang senang dengan mengambil kesempatan terhadap mereka. 


Jutawan Ekspres bakal menampilkan barisan pelakon popular seperti Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Bell Ngasri, Sazzy Falak, Azhar Sulaiman dan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Qistina Khaled, Kim Azzim, Puteri Rafasya, Syafiq Irfan dan Sufii Nur Imaan. Tidak ketinggalan para pelakon tambahan yang menjayakan program ini seperti Samsuri Shahrom, Jordan Voon, Wandy Chong, Logan dan Priscilla Nair. Jutawan Ekspres bakal bersiaran bermula 21 Julai 2025, setiap Isnin, jam 9.00 malam di saluran Astro Ceria (saluran 611).

The Chosen One XTRA bukan sekadar memfokuskan bakat nyanyian sahaja, malah juga akan menonjolkan bakat-bakat lain seperti tarian, akrobatik, kebolehan bermain instrumen muzik dan sebagainya.  Musim ini kembali dengan membawakan barisan artis baharu sebagai ‘coach’ selebriti kepada para bintang cilik seperti Namie, Nikki Palikat, Achey, Tuju & Loca B, Bunga, Usop dan juga Naqiu. 

Setiap episod turut diterajui oleh hos baharu, pelawak dan hos popular, Nabil Ahmad sebagai pengacara program, bersama anak beliau, Nayla Mikayla sebagai TCO ‘sister’.  Manakala Dato’ Awie sekali lagi telah diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri dan akan digandingkan bersama pelawak dan pelakon, Sharifah Shahirah. The Chosen One XTRA bakal menemui anda seisi keluarga bermula 25 Julai 2025, setiap Jumaat, jam 9.00 malam di saluran Astro Ceria (saluran 611) & Astro Ria (saluran 104).


Astro juga akan meneruskan momentum kempen ini bermula Ogos sehingga September menerusi siri jelajah Home of Kids, sebuah acara yang bakal menghimpunkan si cilik dalam dunia penuh dengan imaginasi yang menyeronokkan. Astro Home of Kids bakal membawakan karakter kegemaran anak-anak anda daripada Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies, Moonbug, Les’ Copaque, Warnakala Studios, Monsta, Disney+ Hotstar, dan banyak lagi. Siri mini pertama bakal membuka tirai pada 1 hingga 3 Ogos 2025 ini bertempat di Pavillion Damansara Heights, Kuala Lumpur sebelum edisi utama Astro Home of Kids berlangsung  dalam skala lebih besar di Pavilion Bukit Jalil Convention Centre dari 12 hingga 15 September 2025 bersempena musim sekolah

The Chosen One XTRA dan Jutawan Ekspres boleh disaksikan secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838. 

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Penjurian & Trivia ‘The Chosen One XTRA’

  • Untuk ‘The Chosen One XTRA’, ‘coach selebriti’ akan berganding bahu dengan peserta pilihan dalam  persembahan mingguan. 
  • Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat. 
  • Juara ‘The Chosen One XTRA’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 40,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 30,000, RM 20,000 dan RM 10,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro. 
  • Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my
COACH & PESERTA ‘THE CHOSEN ONE XTRA’ 

1. Namie
i. Ayu (14 Tahun, Seremban) - Menyanyi
ii. Bella (16 Tahun, Melaka) - Akrobatik/Seni Pertahankan Diri

2. Naqiu
i. Iaman (11 Tahun, Sabah) - Menyanyi
ii. Kumpulan Saputra (10-13 Tahun, Putrajaya) - Menari

3. Nikki Palikat
i. Iman (14 Tahun, Kuala Lumpur) - Menyanyi
ii. Adawiya (13 Tahun, Johor) - Bermain Violin

4. Achey
i. Rayyan (11 Tahun, Johor) - Menyanyi
ii. Dahlya (7 Tahun, Klang) - Menari

5. Tuju & Loca B
i. Elysha (15 Tahun, Terengganu) - Menyanyi
ii. Fana (17 Tahun, Selangor) - Bermain Muzik Instrumen

6. Bunga
i. Nayla (11 Tahun, Johor) - Menyanyi
ii. Zahra (16 Tahun, Kedah) - Menari

7. Usop
i. Alif (12 Tahun, Negeri Sembilan) - Menyanyi
ii. Yusuf (13 Tahun, Terengganu) - Bermain Muzik Instrumen

Info Drama ‘Jutawan Ekspres’






Produksi : KL Motion Pictures Company Sdn Bhd
Pengarah : Wan Hasliza
Info siaran : Bermula 21 Julai 2025, setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611)

Sinopsis:
Sebuah keluarga yang bergelut dengan masalah kewangan telah berpindah ke kawasan kejiranan yang mewah selepas tanpa diduga menjadi jutawan semalaman. Ini menarik perhatian saudara-mara mereka yang oportunis dan jiran-jiran yang tidak sabar-sabar untuk memanfaatkan kekayaan baharu mereka. Sambil menikmati kekayaan baru mereka, mereka harus mengharungi cabaran yang mengancam perpaduan keluarga mereka. Kini mereka sedari bahawa wang bukan segala-galanya.