NAQIU, IAMAN & SAPUTRA JUARA ‘THE CHOSEN ONE XTRA’

Saturday, 13 September 2025

Kuala Lumpur, 13 September 2025 – Program kanak-kanak popular Astro, The Chosen One XTRA melabuhkan tirainya dengan menobatkan kumpulan Naqiu, Iaman & Saputra sebagai juara di konsert akhir yang bersiaran secara langsung pada Jumaat lalu. Mereka berjaya membuktikan kehebatan serta “extraness” mereka menerusi dua persembahan memukau sehingga meraih markah tertinggi daripada barisan juri. Dengan kemenangan ini, mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM40,000 berserta trofi daripada Astro.

Tampil sebagai satu-satunya peserta yang mempunyai sebuah kumpulan lelaki iaitu Saputra, kumpulan juara ini telah mendapat tepukan dan sorakan yang hebat selepas mempersembahkan lagu Ayuh nyanyian Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri + Evo nyanyian Joe Flizzow & Sona One dalam persembahan bersama Coach mereka, serta lagu Joget Angan Tak Sudah nyanyian Jay Jay + Ya La Dan nyanyian asal oleh Sharifah Aini dalam persembahan solo di pentas akhir.

Naib juara disandang oleh Achey, Rayyan & Dahlya, diikuti tempat ketiga oleh Usop, Alif & Yusuf dan tempat keempat dimenangi oleh Nikki Palikat, Iman & Adawiya. Kesemua pemenang turut membawa pulang hadiah wang tunai dan trofi.

Selain itu, Naqiu turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Coach Terbaik selepas dipilih sebagai kumpulan juara, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. Manakala Iaman & Saputra menerima Anugerah Persembahan Terbaik dengan hadiah wang tunai RM10,000, yang turut ditentukan oleh undian barisan juri dan para penonton.

Untuk makluman, empat kumpulan telah berentap di pentas akhir The Chosen One XTRA sebagai finalis, masing-masing menampilkan dua persembahan iaitu kolaborasi bersama Coach serta persembahan solo. Konsert akhir ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Dato Ramli MS & Dato M.Nasir sebagai juri jemputan, di samping barisan juri tetap iaitu Dato’ Awie dan Sharifah Shahirah.

Musim ini memperkenalkan pembaharuan dengan mengetengahkan konsep bakat versatil buat kali pertama, sekali gus memperluaskan skop pencarian bakat kanak-kanak di Malaysia. 

SENARAI LAGU

Ahmad Merrah & Datin Alyah - Senja Nan Merah

Niki Palikat, Adawiyah & Iman - Bohemian Rhapsody (Queen)

Niki Palikat, Adawiyah & Iman - Nurcinta (Amir Masdi)

Usop, Alif & Yusuf - Fatywa Pujangga (Dato Aishah) + Aduh Saliha (Mawi)

Usop, Alif & Yusuf - Apo Kono Eh Jang (Ally Noor & Mastura) + Blues Terengganu Kita (Iklim) + Hang Nak Pi Mana (Khalifah)

Naqiu, Iaman & Kumpulan Saputra - Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay) + Ya La Dan (Dato Sharifah Aini)

Naqiu, Iaman & Kumpulan Saputra - Ayuh (Malique ft Kmy Kmo, Aman Ra, Ernie Zakri) + EVO (Joe Flizzow + Sona One)

Acey, Rayyan & Dahlia - Budi (Kmy Kmo ft Sufian Suhaimi & Luca Sikta) + Joget Di Manalah Jodoh (Abon & Ali Mamak) + Pak Pung Pak Mustafe (2 BY 2) + Stecu Stecu (Faris Adam)

Acey, Rayyan & Dahlia - Zombie (The Cranberries) + Bahagia (Eza Edmond) + Go Go Power Rangers


Para penonton boleh menyaksikan episod-episod The Chosen One XTRA menerusi On Demand di Astro GO dan sooka.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.