Movie Review | Rasuk (2022)

Sunday 4 December 2022


Pengarah : James Lee
Penulis Skrip : Adib Zaini
Pelakon :  Alif Satar, Ikmal Amry, Elisya Sandha, Alicia Amin, Ayie Floor 88, Taufiq Hanafi, Abbas Mahmood, Syazwan Razak, Atiq Azman 
Syarikat Produksi : Multimedia Film Productions, Golden Screen Cinemas, Astro
Pengedar : Golden Screen Cinemas, Astro First
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 94 minit
Tarikh Tayangan : 29 September 2022
Trailer :


Ustaz Nazmi (Alif Satar) kembali masuk bekerja untuk elak fikir tentang isteri dan juga anak-anak yang meninggal dalam kemalangan. Semasa cuti sekolah tersebut, Adli (Ikmal Amry), Wari (Abbas Mahmood), Kechik (Ayie Floor 88), Nik (Atiq Azman) dan Sam (Syazwan Razak) pergi berkelah di sungai berdekatan ditemani oleh Alia (Elisya Sandha) dan Kak Fiza (Alicia Amin). 

Mereka berlima perlu balik sebelum pak guard (Taufiq Hanafi) kunci pintu pagar dan warden buat night check. Malangnya tak sempat dan kantoi dengan Ustaz Nazmi bila helah mereka tak menjadi. Mereka didenda mencuci bilik air asrama walaupun blackout kerana bekalan elektrik terputus. Wari pula merasa tidak sedap badan ekoran perbuatan dia pecahkan botol berwarna hitam yang dijumpai di dalam hutan tempat mereka berkelah siang tadi. 


Wari dengar namanya diseru tanpa henti, badannya pula panas sehingga muntah keluarkan darah berwarna hitam. Adli pergi minta bantuan dengan Ustaz Nazmi sementara yang lain jaga Wari di dorm. Wari berubah ganas dan menyerang kawannya yang lain. Muka dia penuh dengan urat yang timbul sementara matanya berubah menjadi hitam. 

Angkara Wari habis pelajar lain diserang dan berubah menjadi zombie. Ustaz Nazmi terpaksa cari jalan untuk selamatkan semua pelajar yang masih selamat dan juga dirinya. Adli pula minta bantuan kakaknya, Alia sebelum dia juga berubah menjadi seperti Wari. 


Naskhah Rasuk merupakan karya kedua bertemakan zombie dari Adib Zaini selepas muncul dengan filem KL Zombi (2013). Kalau sebelum ni Adib cuma berfantasi menggunakan zombie, kali ni dia upgrade dengan gabungan kuasa rasukan hantu bersama zombie. Pendek kata, sesiapa saja yang terkena gigitan zombie akan dirasuk hantu kemudian menyerang manusia. Idea tu memang nampak menarik on paper tapi bila keluar filem seperti Rasuk, rasa macam pointless. 

Kenapa pointless? Sebab tak ada happy ending pun. Tak ada survival skill yang boleh kita ceduk pun dari naskhah sebegini. Siapa nak tengok filem yang musnahkan kehidupan manusia sejagat? Cukuplah dengan virus covid-19 yang belum habis pun dan sentiasa cari jalan untuk bermutasi. Review ni akan jadi emosi lah sebab watak I suka tak kena simpan sampai habis cerita. 


Benda pertama yang I geram sangat kenapa Alia dengan Fiza pergi ke asrama tanpa sebarang backup protection sedangkan Adli dah bagitahu mereka dalam bahaya. Kalau ada babak Alia minta bantuan polis tapi polis ignore then yes, boleh faham situasi tu. Second bila Ustaz Nazmi bagitahu zombie ni takut cahaya tapi kenapa tak ada yang suluh pun torchlight dekat muka zombie untuk protect diri? 

Ketiga, tak tahu kenapa Adli tak berubah jadi zombie walaupun dia dah terjun sedangkan semua zombie ada kebolehan untuk sembuhkan diri macam Wari yang sihat balik lepas ditikam oleh Adli. Keempat, kenapa Ustaz Nazmi boleh kena gigit padahal tangan kena simen. Power betul zombie sampai simen pun boleh tembus. Lastly, kenapa Farid korbankan diri sedangkan boleh lari ke tempat lain untuk divert attention zombie terhadap Fiza dan Kechik? Penulis tak bagi langsung ruang untuk beberapa watak berkembang macam Farid dan Nik sedangkan ada potential.


Kekuatan Rasuk hanyalah pada idea segar yang dibawa dan lakonan barisan pelakon baru terutamanya Ikmal Amry dan Abbas Mahmood. Rasanya ni pertama kali tengok lakonan Abbas dan penulis bagi watak dia berkembang dari seorang yang pendiam berubah menjadi ketua zombie yang pandai brainwash dan memujuk supaya manusia tergoda dengan kata-kata dia. 

Personally I rasa James Lee boleh hasilkan movie zombie yang menarik dan bagus kalau dia jumpa penulis skrip yang bagus. Lepas Zombitopia (2021) dan KL Zombi, Rasuk definitely way better than these two cuma sayangnya skrip lemah terutamanya pada second half.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4  = 5.4/10

4 comments

  1. Haritu plan nak tgk..tp ujung2, xpergi jugak

    ReplyDelete
  2. Awak cakap dari pengarah KL Zombi terus akak tak rasa nak tengok sebab KL Zombi tu sangatlah tak best

    ReplyDelete
  3. Alahai.. lain macam jalan cerita dia.. Nampak macam kena swipe je..

    ReplyDelete
  4. smpai sudah x dinyatakan apa yg mmbuatkan wari dirasuk.Apa yg diseru,ditulis di pokok.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.