Drama Review | Under the Queen's Umbrella (2022)

Tuesday 13 December 2022



Director: Kim Hyung-sik
Writer : Park Ba-ra
Cast : Kim Hye-soo, Kim Hae-sook, Choi Won-young
Production Companies: How Pictures, Studio Dragon
Distributor : tvN, Netflix
Genre : History / Politic / Black Comedy
Running Episodes : 16 episodes (73 minutes per episode)
Release Date : 15 October 2022 – 4 December 2022
Trailer :


Berlatarkan dinasti Joseon, Ratu Im Hwa-ryeong (Kim Hye-soo) berusaha menjaga 5 orang anaknya dari bahaya yang berada di dalam istana. Semua orang tahu Ratu Hwa-ryeong sentiasa terkejar sana-sini untuk uruskan Putera Raja (Bae In-hyuk), Putera Besar Seongnam (Moon Sang-min), Putera Gyeseong (Yoo Seon-ho), Putera Muan (Yoon Sang-hyun) dan Putera Ilyeong (Park Ha-jun) selain menguruskan hal sampingan sebagai First Lady. 

Satu hari Putera Raja jatuh sakit dan didiagnosis dengan penyakit hyeolheogwol, penyakit yang berpunca dari kekurangan platelet darah dan keletihan yang melampau. Sebelum ini juga, Putera Raja Cho Taein meninggal kerana penyakit yang sama. Namun bila disiasat tidak ada langsung post-mortem atau laporan perubatan tentang penyakit tersebut kerana musnah di dalam kebakaran. Semua yang terlibat untuk merawat putera raja telah pun meninggal ataupun hilang secara misteri. 


Ratu Hwa-ryeong berjumpa dengan Ratu Yoon (Seo Yi-sook) yang telah dibuang dari istana setelah kematian Putera Raja Taein supaya dapat cari penawar untuk ubatkan anak sulungnya. Ratu Yoon tak mampu berikan penawar cuma nasihatkan supaya Ratu Hwa-ryeong berjaga-jaga supaya tak mengalami nasib yang sama sepertinya. Kehilangan anak kerana dibunuh lantas dibuang istana malah kesemua anaknya dibunuh dengan kejam kecuali seorang. 

‘My life is the only thing that I managed to protect in the end’ – Queen Yoon


Menarik jalan cerita yang menjadi plot utama Under The Queen’s Umbrella hasil penulisan Park Ba-ra kerana mempunyai rencana politik dalam istana. Tak pernah pula tahu isteri Raja yang dipilih sebagai Ratu bukan kerana dia adalah pilihan sebaliknya kerana anaknya yang layak ditabalkan sebagai Putera Raja. Kalau naik jadi Putera Raja, bukan saja si ibu dapat jadi Ratu dan mempunyai kuasa tertentu malah adik-beradik yang lain juga dapat hidup selesa. Kejamnya bila turun takhta akan terima nasib seperti keluarga Ratu Yoon. 

Untuk naik jadi Putera Raja bukan mudah kerana perlu buktikan kebijaksanaan, kekuatan fizikal dan juga faktor lain tapi yang paling penting sekali perlu ada sokongan dari para Menteri. Dekat sini lah Maharani Dowager (Kim Hae-sook) guna akal licik untuk anaknya, Lee Ho (Choi Won-young) ditabalkan sebagai Raja. 


Pengarah Kim Hyung-sik juga kreatif dengan masukkan flashback apa yang terjadi pada 20 tahun lepas setiap kali ada plot twist yang baru. Setiap episod ada plot twist atau tarikannya tersendiri. Seperti rahsia Putera Gyeseong yang disimpan kemas pada Episod 2, status Putera Seongnam ataupun identiti sebenar Physician Kwon (Kim Jae-Bum). 

Memandangkan tajuk drama fokuskan kepada watak Ratu Hwa-ryeong maka watak dia lah yang mempunyai lengkungan karakter paling maksimal manakala watak lain hanya bertindak sebagai penyeri drama. Disebabkan banyak watak yang diwujudkan di istana jadi tak semua lah ada screentime yang secukupnya. Malah Raja Lee Ho juga tak mempunyai banyak ruang dalam konflik yang wujud walaupun dia antara punca kenapa nyawa anak-anaknya terancam. 


Dari awal drama penulis tunjuk yang Raja Lee Ho seorang yang sukar untuk buat keputusan dan lebih banyak menurut kata Maharani tapi perubahan mendadak di hujung drama buatkan watak dia tampak fiksyen semata. Kalau dia seorang raja yang berkaliber dan hebat seperti yang kawan baik dan Ratu Hwa-ryeong mentioned di hujung drama, kenapa hampir kesemua Menteri berani protes dan sanggah setiap keputusan dia? 

Love angle antara Putera Seongnam dengan Puteri Yoon Cheong-Ha (Oh Ye-ju) pun tak perlu bila penulis boleh tambah babak antara 4 putera yang nakal terutamanya Putera Ilyeong yang berminat dengan ilmu astronomi. Tak ada langsung babak antara Ratu dengan anak bongsu dalam drama ni sedangkan penulis wujudkan minor conflict dalam hidup kesemua anak Ratu Hwa-ryeong. 


Tak sangka langsung Chan-hee berlakon sebagai watak antagonis dalam drama terbitan Studio Dragon sebab selama ni dia lakonkan watak yang sopan dan pendiam. Bila lakonkan watak Putera Uiseong, rasa macam nak marah tapi kena sabar. Seram tengok bila perangai jahat dia dah tak terkawal sebab mak dia asyik tekan supaya dia naik jadi Putera Raja. 

Walaupun ada beberapa kelemahan pada olahan dan jalan cerita tapi tetap kagum dan seronok layan drama ni tambah pula sebelum ni tak berminat sangat nak tengok genre period drama. Yang belum tengok lagi boleh layan dulu sementara nak tunggu Alchemy of Soul Part II habis running. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10

5 comments

  1. Suka tengok poster dia.. cantik..Nantilah layan drama ini sebab ramai yang review positif..

    ReplyDelete
  2. tgh layan jugak ni. semalam ep 4 dah

    ReplyDelete
  3. Ramai yang review drama ni best.

    ReplyDelete
  4. dah complete ke? i rasa macam baru tengok first episode pastu stop kejap sebab nak tunggu complete. boleh maraton la lepas ni suka cast dalam drama ni :)

    ReplyDelete
  5. dahhh baru je complete, lepas drama ni tayang masuk alchemy of souls part 2 pulak ganti slot dia.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.