Movie Review | Laal Singh Chaddha (2022)

Thursday 3 November 2022


Director : Advait Chandan
Writer : Eric Roth (original), Atul Kulkarni
Cast : Aamir Khan, Kareena Kapoor, Naga Chaitanya, Mona Singh 
Production Company : Aamir Khan Productions, Viacom18 Studios
Distributor : Paramount Pictures, Red Giant Movies (Tamil Nadu), Netflix
Genre :  Comedy / Drama
Running Time : 159 minutes
Release Date : 11 August 2022
Trailer :


“Life is like a ‘golgappa’ – your tummy might feel full, but your heart always craves more” 

Official remake Forrest Gump (1994) yang berlatarkan negara India membuka kisah tentang Laal Singh Chaddha (Aaamir Khan) yang terpaksa menggunakan pendakap kaki untuk berjalan disebabkan keadaan tulang kaki yang lemah. Kata doctor, Laal cuma mempunyai masalah di bahagian neuro bukannya kerana dia tidak boleh berjalan. 

Ibu Laal (Mona Singh) yang menjaga Laal dan menguruskan ladang mereka di Punjab kerana moyang, datuk dan juga ayahnya telah meninggal di medan perang. Meneruskan legasi turun-temurun, Laal juga akan dihantar menjadi askar. Sejak kecil Laal berkawan dengan Rupa D’Souza (Kareena Kapoor Khan) yang telah kehilangan ibu bapanya dalam tragedy dan tinggal bersama keluarga Laal. 

Bila besar masing-masing bawa haluan ke Delhi dan Rupa ingin menjadi bintang terkenal. Dalam penceritaan kisah hidup Laal, banyak juga berkaitan dengan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di India seperti rusuhan terhadap kaum Sikh selepas kematian Indira Gandhi, rusuhan di Masjid Babri dan Laal juga kononnya menjadi sumber ilham kepada pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan. 

Sama seperti cerita asal, Laal berjumpa dengan kawan baik di kem tentera cuma bezanya, Bala (Naga Chaitanya) mempunyai impian untuk menjual pakaian dalam. Laal Singh Chaddha juga mula berlari di penghujung cerita gara-gara buntu dengan hidup. 

14 tahun Aamir Khan ambil masa untuk siapkan naskhah Laal Singh Chaddha walaupun mempunyai naskhah asal. Dia tak ambil sepenuhnya dari Forrest Gump sebab nak sesuaikan dengan beberapa latar di India. Sama juga dengan religious angle yang dibawa masuk melalui watak Muhammad Paji (Manav Vij). 

To be honest, tak perlu pun Aamir bawa masuk watak Muhammad Paji sebab dia merupakan pengganas yang menyerang India. Tak semudah itu orang nak maafkan pembunuh atas alasan jihad. Sama juga dengan watak don (Harry Parmar) yang baran dan sentiasa pukul Rupa. Apa pun niat Aamir untuk Hindu dan Muslim, tak semudah yang digambarkan dalam naskhah Laal Singh Chaddha. Tak hairan juga kenapa filem ini diboikot teruk di India di saat pergolakan antara dua agama tengah berlaku. 

Sentuh bab lakonan Aamir Khan sebagai Laal yang autism, antara kelemahan ketara yang wujud sejak promo material ditayangkan kepada orang awam. Avatar Laal, sama saja seperti Secret Superstar (2019), PK (2015) dan 3 Idiots (2009), mata dibesarkan dengan riak muka seperti kartun. Walhal Tom Hanks tak lah try hard sangat menggambarkan watak autism, sama juga dengan Shah Rukh Khan dalam My Name Is Khan (2010). 

Watak Rupa juga mainkan peranan besar dalam hidup Laal dan gambaran watak yang dilakonkan oleh Kareena menjadi kekuatan utama filem komedi drama. Kalau Jenny dalam hidup Forrest lebih kepada love angle dan mencetus semangat, Rupa pula merupakan tunggak dan titik permulaan kepada sesuatu yang baru dalam hidup Laal. Mula berkawan, mula buang pendakap kaki, mulakan perniagaan dan banyak lagi. Chemistry Aamir dengan Kareena tak perlu disangkal lagi setelah mereka pernah bekerja bersama dalam 3 Idiots (2009) dan Talaash (2012). 

Sinematografi yang berlatarkan kehidupan di Punjab tampak menarik dalam naskhah Laal Singh Chaddha walaupun ada beberapa babak yang tercela kerana kelemahan VFX. Music album juga tak lah mendapat perhatian kerana lag uyang dimasukkan cuma sebagai hiasan untuk menaikkan mood dalam cerita.

Untuk mengatakan naskhah Laal Singh Chaddha layak diboikot tu agak kasar tapi penceritaannya juga tidaklah mempunyai sesuatu untuk dikagumkan. Just nice untuk tontonan santai bersama keluarga di Netflix.  

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6 , 7. Themes +1 , 8. Editing +0.6 , 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3  =  6/10

3 comments

  1. akak da tonton.
    sedih ada. kelakar ada.
    movie ni main byk emosi, kan.
    love it.

    ReplyDelete
  2. Great review. Tertanya-tanya jugak apa sebabnya ia diboikot.

    ReplyDelete
  3. Masih belum sempat tonton lagi. Setiap kali plan nak tengok, menyasar tengok cerita lain 😂

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.