Muhammad Shauqi Danial Rangkul Gelaran Juara The Audition 2021

Friday 24 December 2021

Pencarian bakat baru Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG), The Audition 2021 diadakan untuk mengcungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak komedi. Uji bakat The  Audition  yang diadakan di Atrium, The Strand Mall adalah 100 peratus penilaian markah daripada pihak juri. Para peserta hanya melalui beberapa fasa uji bakat sahaja dan seramai 20 orang peserta berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir. 

Melalui muat naik video berdurasi lebih 1 minit di Instagram masing-masing berserta hashtag wajib adalah pusingan pertama. Fasa kedua, peserta akan dipanggil ke sesi uji bakat bersama para juri mengikut lokasi berdekatan anda. Bermula Oktober lalu, ujibakat secara langsung telah diadakan di Kuala Lumpur diikuti Kuantan (Pahang), Johor Bahru, Kota Kinabalu (Sabah), Kuala Terengganu dan berakhir di Pulau Pinang.  

Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua berkata, sepanjang  tempoh ujibakat itu ternyata Malaysia mempunyai ramai bakat baru dan mereka bersemangat tinggi untuk  menceburi industri hiburan negara. 

“Mereka semua bercita-cita tinggi, ada misi dan visi untuk menjadi anak seni yang dikagumi ramai.    “Bagaimanapun mereka masih memerlukan panduan dan bimbingan untuk mengorak langkah yang lebih jauh dalam dunia seni. Untuk menempatkan diri dalam industri tidaklah terlalu sukar namun cabaran yang mereka perlu hadapi adalah persaingan dan menempatkan diri dalam industri untuk jangka masa lama.

“Mereka perlu bersedia untuk menghadapi segala rintangan dan tekanan. Oleh itu, AEG bukan saja menyediakan platform untuk mereka mengejar cita-cita menjadi penyanyi atau pelakon yang berjaya tetapi juga akan membimbing mereka untuk berhadapan dengan cabaran sebenar,” katanya kepada media.  

Menggunakan tagline ‘Good Talent and Great Character’, dalam pencarian ‘bakal bintang’ ini, AEG bukan saja mencari peserta yang berbakat tetapi juga mempunyai karektor yang bagus.  

“Mereka mesti sentiasa positif, sanggup bekerja keras dan mempunyai disiplin yang tinggi. Mereka mesti ‘memandang’ bidang seni adalah satu kerjaya bukan untuk suka-suka. AEG akan menjadi platform untuk merealisasikan impian mereka menjadi anak seni yang berjaya asalkan mereka sanggup berusaha,” katanya.  

Untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik.

Barisan juri pertandingan akhir The Audition 2021 ialah Michael Ang, Cikgu Sarah Ismail, Amira Othman dan Datuk KK Chua.  

Hadiah Pemenang The Audition 2021

Pemenang The Audition 2021 akan menerima kontrak bernilai RM50,000 termasuk latihan dan pembangunan. Buat pelakon, pemenang akan mendapat peluang untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor iaitu Michael Ang dalam drama terbaru beliau. Manakala penyanyi pula akan merakam single yang disusun oleh top-chart komposer lengkap bersama dengan video muzik.  

Persembahan Pilihan Juri 

Tempat Ketiga - Wann Nashrinie Bin Zafri

Naib Juara - Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri 

Juara - Muhammad Shauqi Danial Ma’Amal Hajri

'Saya tak sangka menang kerana saya rasa persiapan hari ini 60 peratus saja. Alhamdulillah, rezeki saya dan sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Saya memilih lagu nyanyian asal, Hafiz Suip berjudul Ku Akui dan masa agak suntuk untuk saya menggubah semula lagu itu tetapi saya nekad mempersembahkan yang terbaik pada peringkat akhir ini.' - Juara The Audition 2021


Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga kemenangan ini dijadikan langkah permulaan kepada cita-cita dan impian yang lebih besar dalam industri hiburan. 

4 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.