Kolaborasi Sugarbomb Dan Ruffedge Suntik Nafas Baharu Lagu Popular ‘Kau Memang Da Bomb’

Thursday 8 April 2021

Kolaborasi syarikat SugarBomb bersama kumpulan Ruffedge ini akan tampil bersama dengan Lagu dan MV Da Bomb mereka yang diberikan nafas baharu dengan gubahan lirik dan muzik video yang akan dilancarkan pada tanggal 6 April 2021. Kumpulan Ruffedge akan membawakan semula lagu Da Bomb mereka ini setelah diubah suai bagi mengembalikan era Pop R&B yang pernah menjadi kehangatan pada zaman kegemilangan kumpulan tersebut dahulu.

Kempen “Kau Memang Da Bomb”  oleh SugarBomb Worldwide Sdn Bhd yang telah dimulakan pada Februari tahun ini sepertinya semakin menampakkan hasil dengan teknik pemasaran yang dilihat berjaya menaikkan lagi nama SugarBomb apabila mereka memilih untuk berkolaborasi dengan kumpulan Ruffedge.

Kanumbu Agussalim selaku Pengurus Besar SugarBomb berkata, “Kolaborasi ini dipilih berikutan konsep dan lirik lagu Da Bomb itu sendiri amat bersesuaian dengan kempen ‘Kau Memang Da Bomb’ yang dijalankan mereka. Aura kumpulan Ruffedge amatlah hebat dan masih relevan hingga kini, lagu-lagu nyanyian mereka dahulu juga masih diminati ramai dan mereka mempunyai kelompok peminat yang amat besar dari pelbagai golongan bermula dari kanak-kanak hingga dewasa. Kolaborasi ini juga adalah usaha sama bagi menaikkan semula genre Pop R&B yang dilihat semakin dilupakan golongan muda terutamanya, juga sebagai inspirasi bagi melahirkan lebih ramai penyanyi di dalam genre yang sama.”

Menurut salah seorang anggota kumpulan Ruffedge, Azan Addin, “Projek ini merupakan kerjasama yang pasti akan menarik perhatian media dan pengikut muzik tempatan, selain peminat tegar kumpulan tersebut berikutan gubahan lirik dan muzik video yang baharu itu. Kami yakin, bahawa lagu Da Bomb yang telah diubah suai ini akan mengembalikan semula memori lagu tersebut dan berharap semua peminat menerima dengan baik versi baharu lagu ini setelah versi pertama pada tahun 2005”.

Kumpulan Ruffedge yang dianggotai oleh Azan Addin, Cat Farish, Mode, Sein Qudsi dan Zain Hamid  yang pernah menjadi fenomena melalui lagu popular mereka seperti Bila Rindu, Khayalan dan Tipah Tertipu dan banyak lagi lagu-lagu mereka yang menjadi siulan ramai. 

LIRIK LAGU KAU MEMANG DA BOMB

Penyanyi : Ruffedge ft Ahmad Azhari (Boss A), Mr Bomb
Komposer : Cat Farish, Azan Addin, Amer Munawar, Zain, DJ Uno
Lirik : Ruffedge

Alunan menarik berbisik seperti melodi 
Kau tertarik kepala menganggukkannya pasti
Putaran halilintar degup jantung pasti berbunyi-bunyi
Sekali lagi di radio mengisi frekuensi 

Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]

Dikau yang barjalan seorang disitu (tunggu)
Ingin mengenali kamu
Jangan buat tak tau
Janganlah diam membisu
Kamu telah menanahku
Gayamu dan aromamu
Kurasa sungguh tertawan
Ku tahu kau juga tau
Mari kita berteman

Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]

Ketika bila melihat kau buat aku terikat
Dan tak mungkin saja aku melepaskan dirimu
Gayamu dan aromamu
Kurasa sungguh tertawan
Ku tahu kau juga tau
Mari la kita berteman

Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]
Cantik menarik tertarik kau memang da bomb [sugar, sugarbomb]

Perhatian!
Jangan kaku begitu ya
Angkat tangan ke udara
Gegar gegarkan gegar gegar
Gegarkan gegar gegar
Gegarkan gegar gegar
Gegarkan

Turunkan tangan perlahan
Angkat tangan ke hadapan
Goyangkan badan seperti menaiki
Rollercoaster
Rollercoaster
Rollercoaster
Rollercoaster

Pandang kearah ku
Jangan pusing dulu
Datang kepada ku
Jangan malu malu

4 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.

[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.