Movie Review | Indoo Ki Jawani

Tuesday 2 March 2021

Director : Abir Sengupta

Writer : Abir Sengupta

Cast : Kiara Advani, Aditya Seal, Mallika Dua

Production Company : T-Series, Emmay Entertainment, Electric Apples

Distributor : AA Films

Genre : Comedy 

Running Time : 118 minutes

Release Date : 11 December 2020

Trailer :

Nampak movie terbitan T-Series, Emmay Entertainment dan Electric Applesberjudul Indoo Ki Jawani masuk dalam Netflix tadi terus tekan play sebab movie ni solo lead Kiara Advani. Tak lah excited sangat sebab Kiara tapi sebab tak puas tengok Aditya Seal dalam movie Student Of The Year 2

Mengisahkan Indira Gupta (Kiara Advani) ataupun lebih dikenali sebagai Indoo mempunyai ramai peminat di Kavar Nagi, Ghaziabad. Ke mana pun dia pergi mesti ada yang jatuh hati tapi hati Indoo pada Satish (Raghav Raj Kakker). Malangnya Satish kantoi tidur dengan perempuan lain bila Indoo datang ke rumah secara mengejut. 

Gara-gara kecewa dan patah hati, kawan baik dia, Sonal (Mallika Dua) nasihatkan Indoo supaya sign up online dating apps Dinder. Dalam apps tu Indoo berjumpa dengan Samar (Aditya Seal) yang kacak dan minat bermain alat musik. Termakan dengan kata-kata Sonal, Indoo ajak Samar berjumpa di rumah untuk one night stand. 

Semuanya seperti yang Indoo plan dan berjaya berlakon bersama Samar untuk buat Satish cemburu dan menyesal tinggalkan dia. Tapi bila Indoo terjumpa passport Samar yang berasal dari Pakistan, dia mula cuak sebab jiran-jiran dia dah pesan tentang terrorist attack di Ghaziabad oleh 2 orang lelaki dari Pakistan. 

Disebabkan plan nakal dia untuk balas balik kecurangan Satish, dia terperangkap dalam musibah. Macam mana dia nak halau Samar keluar dari rumah tanpa dicederakan atau dibunuh? Dia cuma perlu berlakon tenang sampai penghantar makanan sampai ke rumah. 

Kalau template komedi ni memang dah tahu logik akan dicampak keluar dari shooting set sebab tu lah movie ni banyak scene yang try hard untuk nampak kelakar macam scene Sonal berleter pasal lelaki cuma nak seks, scene Sonal suruh pakcik beca berhenti di tengah jalan sampai jam teruk, scene Indoo dengan Samar bertelagah tentang kebaikan dan keburukan India dan Pakistan dan banyak lagi. 

Sayang lah sebab 10 minit pertama nampak macam best bila masuk plot pasal terrorist dari Pakistan tu. Dialog dari watak Sonal pun agak memalukan sebab dia tak sudah-sudah sembang pasal seks dan letak martabat perempuan tu di tempat yang memalukan. Sanjung lelaki toxic sebab Tuhan cipta diorang macam tu. Really?! Indoo describe kawan baik dia sebagai swag. Yuck! Menyedihkan bila tengok Indoo bercinta dengan Satish sebab Indoo tahu je Satish nak apa dari dia. 

'Listen Indoo. You don't hold any national treasure. Everyone have the same goodies.' - Satish

Plot pun berubah-ubah tanpa arah tuju sama macam karakter Indoo yang keliru dengan kehendak dia sendiri. Pertelagahan antara negara yang dibikin secara komedi pun nampak tak masuk akal sebab ketegangan antara Pakistan dan India bukan setakat gaduh curi minyak tapi kerana perang dan pengeboman di sana sini. Sepatutnya isu sensitif macam ni tak patut dijadikan rencah komedi. Bukan di saat India baru sahaja diserang oleh Pakistan pada November 2020. Peliknya movie ni boleh diluluskan oleh Censor Board. 

Beberapa scene ada visual effects dengan props untuk nampak menarik tapi macam tak perlu je. Wardrobe dan props team did their best sebab menggambarkan watak Indoo sebagai jelitawan middle class dengan tepat. Music album dari komposer Neel Adhikari agak lemah sebab kompilasi lagu yang kurang menarik kecuali lagu Dil Tera.

 

Chemistry Kiara dengan Aditya kurang menyengat dan nampak canggung dalam beberapa scene. Nasib baik masing-masing ada kekuatan pada fizikal dengan screen presence yang kuat. Bonus lah siapa yang tengok Aditya dalam Indoo Ki Jawaani sebab ada shirtless scene. Tapi kalau setakat nak tengok hot abs dia untuk beberapa minit tu baik tengok dekat Instagram dia je. 

Daripada Kiara berlakon dalam movie ni baik dia pergi improve dialogue delivery dengan facial expression dia dulu. Bajet untuk movie ni lagi bagus kalau diorang guna untuk bantu peniaga kecil yang terjejas sebab covid-19 daripada buat cerita tak berfaedah macam ni. Mungkin diorang proceed jugak movie ni sebab nak bantu krew belakang tabir yang dibayar secara harian tapi ughhh script dia tak ada ke yang argue? Ugghhhh

1. Team Production +0.2, 2. Visual +0.2, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.1, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0, 7. Themes +0.1, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 1.6/10

4 comments

  1. Plot awal dah menarik tapi paling tak suka kalau ada racist part r

    ReplyDelete
  2. bila ada scene yg tak perlu tu rasa mcm wasting time tgk kan, tapi diorg kena meet the duration... apa boleh buat kan

    ReplyDelete
  3. mcm mana ye kalau plot bertukar2 tentu pening nak melayannya

    ReplyDelete
  4. Arghhh!! Baca review Farhana pun stress dengan watak Sonal tu.. hahaha..
    Kalau tengok nie mau ngamuk.. kikiki..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.