My Custom Made Acrylic Spotify Plaque!

Tuesday 9 February 2021

Tengah scroll Twitter ternampak account seller Acrylic Spotify Plaque ni tengah promote produk dia. Belek punya belek dia jual barang quite rare jugak lah sebab tak pernah lagi nampak orang jual Arcrylic Spotify Plaque Malaysia. Mungkin dekat Instagram atau Shopee ada yang jual but this is my first time seeing this product, so why not kan?

Before this nak cuci gambar I dengan Akim tapi sampai ke sudah tak cuci sebab asyik terlupa je nak cari seller yang provide servis cuci gambar. Bagus jugak terlupa sebab dah jumpa port best nak cuci gambar tu. 

Dekat ResinJankie ni ada pelbagai jenis kraftangan yang dia sediakan macam Spotify Plaque, Keychain Spotify, Glass Frame, Spotify Polaroid dengan Gift Box. Yang paling rare I rasa Spotify Plaque tu lah kot. Keychain dia macam cantik jugak tapi entahlah I tak berapa gemar dengan keychain ni. Esok lusa hilang la tu. 

Spotify Plaque

Untuk plaque ni ResinJankie guna material acrylic sebab tu nampak cantik bila dijadikan plaque. Acrylic ni plastik lutsinar yang agak tebal, kuat, tegang dan kejelasan optic yang maksima. Material acrylic ni senang untuk dibentuk, diikat, dilarutkan dan lebih kuat dari plastik lutsinar yang lain. 

Kalau tengok dekat account Twitter atau Instagram dia penuh la dengan tempahan orang lain ataupun custom made yang dia dah pernah buat sebelum ni. Design semua sama je guna template Spotify playlist. Dekat bahagian atas ada gambar album then dekat bawah tu ada nama penyanyi dengan kod lagu di Spotify. Gambar album tu boleh digantikan dengan gambar sendiri. 

Spotify Plaque ni ada dua jenis saiz sama ada bentuk A4 dengan harga RM25 ataupun saiz A5 berharga RM20. Boleh pilih sama ada tulisan dan kod berwarna hitam atau putih. Kalau beli Spotify Plaque ni ada dijual standee berwarna putih lutsinar dengan harga RM4 untuk saiz A5 dan RM7 untuk saiz A4. 

Keychain Spotify

Keychain Spotify ni sama je konsep dengan Spotify Plaque cumanya saiz dia tersangatlah kecil lepastu ada ring untuk customer sangkut. Harga satu keychain ni RM10. Boleh pilih sama ada tulisan dan kod berwarna hitam atau putih. 

Glass Frame 

Glass Frame pun sama je dengan Spotify Plaque cuma bezanya diletakkan dalam frame instead of standee. Mungkin nampak cantik la kot untuk sesetengah orang but not for me. Harga dia pun agak mahal RM40 dengan saiz A4. Tulisan dengan kod Spotify boleh pilih sama ada warna hitam atau putih.

Gift Box

Untuk pakej Gift Box ni cuma guna semua produk di atas dan masukkan dalam box je. Nanti akan dapat sekeping wish card dengan sekeping custom polaroid secara percuma. 

Lepas dah fikir itu ini, I buat keputusan untuk beli Spotify Plaque dengan standee pack dalam box sebab takut pecah ataupun retak pulak masa courier nanti. Bukan boleh percaya sangat sebab sekarang tengah musim orang sakan bershopping. Lagipun bukannya tahu seller wrap macam mana. Kita boleh pilih jugak nak wrapping aesthetic ataupun biasa je. I ambik yang biasa je sebab entahlah takde mood nak ber’aesthetic’ bagai. 

Harga shipping agak jauh beza lah antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Untuk Semenanjung with or without box dalam RM7 tapi kalau Sabah dan Sarawak kena bayar RM13 kalau taknak kotak. Nak kotak kena bayar RM22.50. 

Agak lama jugak la untuk siapkan tempahan bila seller ambil masa selama 10 hari dari tarikh pembayaran. Kalau bayar lambat, memang lambat lah dapatnya itupun payment kena buat dalam masa 12 jam lepas quotation keluar. 

Bila barang dah sampai tu rasa macam hmmm kotak I kemek. Dah tak cantik dah nak buat unboxing video hahaha. Ramalanku benar belaka gitttewww. 

So this is my Spotify Plaque 

Not bad lah produk ResinJankie ni walaupun I rasa macam tulisan tu agak comot dan senang je boleh tertanggal tapi harga dia jual pun murah je. So tak boleh la nak mengomplen banyak. Cuma I geram lah sebab dia kata Akim & The Majistret tak muat sebab saiz I order tu A5 je walhal bila I belek muat je sebenarnya. Frust but redho. Nak cuci Spotify Plaque ni kena guna kain lembut dengan 70% alcohol. Tak boleh guna tisu. 

I letak Spotify Plaque ni dekat bilik menghadap katil so bangun tidur boleh serap aura positif sebab tengok benda yang cantik. Kekekeke


In future kalau nak tambah koleksi boleh la beli lagi dengan ResinJankie ataupun cari yang area dekat sini je sebab dia ni duduk dekat Penang. 10 hari campur dengan shipping days boleh tahan jugak lah haha kbye

14 comments

  1. Jom semak pemenang sayang giveaway by syeeda saniey :
    https://syeedasaniey.blogspot.com/2021/01/pemenang-sayang-giveaway-by-syeeda.html

    ReplyDelete
  2. so classyyyy! boleh buat birthday gift ni

    ReplyDelete
  3. Cantik jugak acrylic spotify ni. Hee. Boleh nanti belikan untuk kengkawan. tapi sayang kotak tu kemik huu.

    ReplyDelete
  4. menarik betul.. selalu jumpa di majlis kenduri

    ReplyDelete
  5. Cantik lah acrylic tue Farhana... macam tertarik nak buat plak...😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn! Tu yang haritu tergedik2 nak buat jugak benda ni hahaha

      Delete
  6. Akak duk nampak ni lalu lalang dekat tiktok..menarik gak dia punya produk ni. Sukagood job fana support small business

    ReplyDelete
  7. Selalu nampak kat tiktok, dulu bengong ingat boleh play lagu, haha

    ReplyDelete
  8. Adoi.. Cantiknya.. buat gift pun ohsem juga nie.. Tapi hampalah tengok kotak kemek..

    ReplyDelete
  9. Wah uniknya! Boleh jadikan hadiah ni!

    ReplyDelete
  10. make a profile at allmusic.com. Spotify will check for you there on the off chance that they don't get a bio. https://www.spotifyfame.com/

    ReplyDelete
  11. Wonderful article. Fascinating to read. I love to read such an excellent article. Thanks! It has made my task more and extra easy. Keep rocking. Music

    ReplyDelete
  12. It very well may be painted utilizing - clearly - acrylic paint; it tends to be reflected or made obscure.
    acrylic plastic sheets

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.