Movie Review | Sir – Is Love Enough?

Saturday 6 February 2021

Director : Rohena Gera

Writer : Rohena Gera

Cast : Tillotama Shome, Vivek Gomber, Akash Sinha, Rashi Mal

Production Company : Platoon One Films

Distributor : Netflix

Genre : Drama

Running Time : minutes

Release Date : 14 May 2018 (Cannes), 20 September 2018 (Netherlands), 13 November 2020 (India)

Trailer :

Berlatarbelakangkan Mumbai, Ratna (Tillotama Shome) mengemas rumah seperti biasa sementara tunggu Ashwin (Vivek Gomber) balik rumah. Ramai yang datang untuk kuatkan semangat bila perkahwinan antara Ashwin dengan Sabina (Rashi Mal) dibatalkan bila dapat tahu bakal isteri dia curang dengan lelaki lain. 

Ratna jarang bercakap dengan tuan dia tapi dia sentiasa pastikan semuanya cukup lengkap serba-serbi. Bercerita tentang kisah peribadi tuan dia pun tidak pernah. Bila Raju (Akash Sinha) si driver cuba korek cerita, Ratna akan halau atau diamkan saja. Kata Raju, Ratna kena cari tuan yang baru sebab tak manis duduk berdua serumah. 

Ratna tak pedulikan langsung sebab dia kenal tuan dia macam mana. Tambah pula dia sendiri tak pernah melebihi batas. Dia tahu dan sedar dia cuma orang gaji yang perlu cari duit untuk sara keluarga di kampung. Walaupun keluarga tuan dia berkasar pun dia tak pernah ambil hati langsung. Sampai lah tuan dia mengaku yang dia jatuh cinta dengan Ratna. 

Cukup kah sekadar cinta antara Ratna dan tuan dia sedangkan realitinya perhubungan mereka akan dicemuh dan dijadikan bahan jenaka. Keluarga tuan dia pun tak akan terima satu-satunya anak lelaki mereka berkahwin dengan orang gaji. 

Agak lambat juga untuk sampai ke klimaks bila pengarah dan penulis Rohena Gera tunjuk kehidupan dua watak utama tentang bagaimana Ratna yang simpan impian untuk buka butik sendiri. Dan juga kehidupan Ashwin yang cuba move on dengan apa yang jadi di kota besar India tu sedangkan life dia dekat New York sebagai penulis dah cukup membahagiakan. Dalam trailer tu dah dekat hujung dah bukannya dekat first half. Agak tertipu jugak lah dengan trailer ditambah pace yang perlahan sampai ada beberapa part yang rasanya boleh dikembangkan lagi.  

Di kala semua orang di sekeliling dia pujuk untuk move on dengan introduce kenalan wanita baru dan belajar untuk adapt dengan kerjaya sebagai engineer, Ratna pula lebih suka dia jadi penulis. Mungkin sebab tu juga Ashwin jatuh cinta sebab ada yang betul-betul dengar dan faham keadaan dia. 

Keadaan mereka berdua sama bila terpaksa bekerja dalam bidang yang jauh menyimpang dari minat dan impian untuk jaga hati keluarga. Kedua-duanya juga pernah merasa kehilangan orang tersayang bila Ratna adalah seorang balu yang kematian suami dia dek kerana sakit kronik lepas 4 bulan berkahwin. Ashwin pula kehilangan abang disebabkan kanser sebab tu dia diminta pulang ke Mumbai. 

Visual dari lensa Dominique Colin mainkan peranan yang sangat besar untuk menghidupkan screenplay dalam menerangkan perbezaan yang ketara antara dua watak sedangkan tinggal sebumbung. Macam scene Ashwin tengok news dengan TV LED besar dalam bilik yang selesa dibatasi dengan dinding tebal kemudiannya bawa ke bilik Ratna yang leka menonton drama TV dalam bilik yang sempit. 

Masa awal movie boleh nampak jarak mereka berdua agak besar tapi makin lama makin rapat menunjukkan mereka berdua makin selesa bercerita sampai tahap Ratna boleh tunjukkan marah bila Ashwin tanya tentang impian dia di dapur. Bila scene ada perbezaan antara mereka, Dominique shoot dari perspektif yang menunjukkan jurang antara mereka berdua macam scene dekat rooftop berbicara tentang Tuhan dan agama. 

Lepas Ratna keluar dari rumah tersebut baru nampak keadaan bilik air dia yang bersih, cantik dan selesa untuk dia guna kemudiannya beralih kepada scene di mana Ratna perlu beratur untuk guna bilik air. Jelas sangat yang Ratna berpegang dengan prinsip dia dan berani macam tuan dia gambarkan pada first half movie. 

Banyak lagi realiti kehidupan yang ditunjukkan melalui perspektif dan permainan panorama dalam menonjolkan perbezaan kehidupan dua darjat dan kasta. Kudos to the team for the details. Movie Sir ni terpilih untuk ditayangkan di Cannes tahun 2018 dan menariknya dalam movie Sir tak ada langsung bahasa-bahasa kesat yang dikeluarkan cuma ayat yang kasar sahaja. Satu mesej yang besar juga untuk buktikan bahasa kesat bukan penanda aras kualiti sesebuah movie. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 8.6/10

8 comments

  1. macam best la Pana. Mana nak dari ye? Hehe

    ReplyDelete
  2. lemah betul movie best-best ni...

    ReplyDelete
  3. Done tengok. uurgh, mcm tak puas pulak nak tahu what happen after that untuk dorang. Macam tergantung pun hadooi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha bercinta rasanya sebab Ratna panggil nama Ashwin bukan Sir dah. Ramai yang nak sequel haha tapi macam dah cantik habis kat situ je

      Delete
    2. Kadang-kadang ada filem yang tak perlukan sequel kan Farhana.. Macam menarik pula baca review Farhana nie..

      Delete
  4. cerita dia simple je tapi sebab kisah dua darjat banyak pula halangan nak kena tempuh lagi. aish curious juga ending dia ratna dan ashwin bersatu ke tida??

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.