Anushka Sharma vs Kriket

Sunday 4 October 2020

Kecoh baru-baru ni bila pengulas sukan kriket, Sunil Gavaskar mentioned nama Anushka Sharma bila Virat Kohli gagal sebagai kapten dalam match Indian Premier League (IPL). Umum tahu pelakon terkenal Anushka Sharma bercinta dengan Virat Kohli sejak tahun 2012 dan berkahwin pada Disember 2017. Power couple ni terkenal dengan hashtag #Virushka. 

5 times when Anushka Sharma was dragged into a cricket-related controversy

Sejak mereka berdua bercinta lagi, Anushka selalu datang ke stadium untuk bagi moral support kepada Virat tetapi kehadiran Anushka tak disenangi oleh peminat Virat mahupun jurulatih team kriket dek kerana Virat mudah hilang fokus di padang. 

Virat Kohli let off after meeting Anushka Sharma during IPL match - india -  Hindustan Times

Makin bertambah menyampah selepas Anushka berkahwin dengan Virat dan mula mengurangkan aktiviti lakonan dia untuk teman Virat ke luar negara. Persoalan dan sindiran mula timbul bila Anushka guna kelebihan isteri kapten untuk bermewah sedangkan Board of Control for Cricket in India (BCCI) dah keluarkan pekeliling untuk tidak benarkan mana-mana isteri kepada ahli sukan untuk join tour. 

Kapten kriket yang terkenal seperti Dhoni ataupun Sachin Tendulkar tak pernah jemput isteri untuk join tour. Makin menguatkan khabar angin kehadiran Anushka tak disenangi, beberapa orang pemain dan juga isteri mereka dah pun unfollow Anushka di Instagram dan mereka tak lagi kelihatan ramah dengan Anushka seperti sebelum ni 

Anushka Sharma INSULTED For Photo With Indian Cricket Team | Indian High  Commission Dinner With BCCI - YouTube

Pengulas sukan kriket, Sunil Gavaskar semarakkan lagi api dengan komen dia selepas kekalahan pasukan kriket India di London untuk perlawanan pertama selepas lockdown covid-19. 

“Aur jab lockdown tha to sirf Anushka ki bowling ki practice ki unhone. Vo dikhayi di video me. (He has only faced Anushka’s bowling during the lockdown. That’s what we saw in the video).
Video yang dimaksudkan ialah video di mana Anushka berlatih kriket dengan Virat di apartment mereka untuk movie biopic Anushka yang melakonkan watak pemain kriket wanita. Video ni diambil secara curi-curi oleh jiran Virushka. 

Tak lama kemudian, Anushka bidas kenyataan Sunil Gavaskar di IG story juga Twitter dan menyifatkan ulasan tersebut sebagai sexist.


Image

Ni bukan pertama kali Anushka dipersalahkan bila Virat Kohli dan team dia kalah di IPL tapi nama dia tidak pula disebut bila team Virat menang dan mengharumkan nama negara. Gavaskar kemudiannya jelaskan kepada pihak media yang dia tak pernah meletakkan kesalahan pada Anushka. 


Sebelum ni, timbul kontroversi bila ahli pasukan Virat terpaksa hidangkan teh kepada Anushka bila dia datang ke stadium. Virat sama sekali menafikan kejadian tersebut pernah berlaku. 

“My wife has been keeping me motivated throughout, she deserves a lot of credit for this. She has been criticized a lot in the past, but she is one person who has kept me going throughout this tour and when times have been tough and I am really grateful for that. She guides me even when her body is not with me. Her words are. Her strength is. That is love. That is when you’ll know.” - Virat Kohli on Anushka

Virat Kohli and Anushka Sharma

Perbalahan antara Anushka dan dunia kriket ni boleh dielakkan sebenarnya bila Anushka cuma jaga batas sama seperti isteri pemain kriket yang lain. Dia bukan selebriti petama yang kahwin dengan kapten pemain kriket bila Sharmila Tagore juga berkahwin dengan kapten Mansoor Ali Khan Pataudi. Ada juga model terkenal yang berkahwin dengan pemain kriket tapi tak pernah pula timbul isu macam ni. Orang tak salahkan dia atau sengaja petik nama hanya kerana dia selebriti. 

Bukan nama Virat je yang terkenal tapi ada lagi nama-nama lain yang menjadi idola jadi sebelum performance dia betul-betul merosot dan nama dia tak lagi disanjung, lebih baik pasangan ni berubah since both of them pun ada brand deals yang perlu dijaga. 

4 comments

  1. Panas yek.. Minat anushka sharma ni berlakon, tapi.. Adoo.. personal jadi macam ni serabut pulak. Dok diam2 udah ler xpayah ngikut laki p outstation. haiyak..

    ReplyDelete
  2. klu dah celebrity kwen ngn org famous.. byk betul gossip.. india ni klu ada ja cerita boleh buat duit, diorg mmg guna kan sebaiknya

    ReplyDelete
  3. ini bukan wanita yang support lelaki untuk berjaya tapi bagi lelaki jatuh merudum... hampeh

    ReplyDelete
  4. Mcm2 hal eh..firstime dgr gosip india smpai begitu skali..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.