Tak Ada Skills, Tak Payahlah Nak Sembang! ‘SKILLS 4 ALL’ IS OUT!!!

Tuesday 22 September 2020

Dah lama tak dengar single WARIS dan Yusry Abd Halim kan? Semalam KRU Music keluarkan official music video single pop dengan rap gabungan 3 suara dengan bakat besar - Yusry, W.A.R.I.S & Kayda. 


Lagu Skills 4 All yang dicipta Neo ini adalah sebuah lagu yang memberikan inspirasi kepada generasi muda bahawa pentingnya skills dalam sesuatu perkara.

Dengan bertemakan "Skills4All Towards New Collar Jobs", penjenamaan baru ini yang menjadi simbolik inovasi kepada latihan kemahiran ke arah paling cemerlang hasil daripada kesatuan aspirasi bangsa dengan berpaksikan misi TVET melalui kalimat SkillsMalaysia 2.0.

Super love MV Skills 4 All sebab cantik dan ada cameo dari penerima-penerima award untuk skills hebat masing-masing. Saksikan Official Music Video Skills 4 All hari ini di Youtube Channel KRU Music sekarang!



LIRIK LAGU SKILLS 4 ALL

Artis : Yusry, W.A.R.I.S & Kayda
Komposer : Neo
Lirik : Neo
Studio : KRU Music

[WARIS]
Bangkit, bangkit, bangsaku bangkit
Bangkit dari lena, dari otak sempit
Anjakan paradigma seluas angkasa
Pantang dicabar kini episod bermula

Buangkan persepsi sudah ramai terbukti
Berdepan realiti, doh! Apa lagi?
Rampas peluang yang luas terbentang
Tak ada skills, tak payah la nak sembang

Dunia dah berubah akan sentiasa berubah
Tanya sama ibu, tanya sama abah
Jika kau kenal siapa kau sendiri
Penuhi potensi diri jadi realiti

[Chorus : Yusry]
Aku ada caraku, tak perlu ragu
Ada skills, itu baru pro
Tahu apa ku mahu dan pilihanku
Got skills, that's the way to go
Aku ada caraku, tak perlu ragu
Ada skills, mari sis dan bro
Tahu apa ku mahu dan pilihanku
Skills 4 all, here we go! Here we go!

[Kayda]
Dulu ku keliru hala mana nak dituju
Haru biru, statik kaku
Dari lagu, terjah ke mindaku
Aku picks skills pilihanku nombor satu

Katakanlah apa nak dikata, inilah fakta
Bakat istimewa akan terus menyinar
Semangat membara dan akan ku buktikan
Siapa ke belakang, siapa yang di depan

Dunia dah berubah akan sentiasa berubah
Tanya sama ibu, tanya sama abah
Tiada rintangan tak dapat ku patahkan
Mindaku fokus dan tak akan tertekan

[Chorus : Yusry]
Aku ada caraku, tak perlu ragu
Ada skills, itu baru pro
Tahu apa ku mahu dan pilihanku
Got skills, that's the way to go
Aku ada caraku, tak perlu ragu
Ada skills, mari sis dan bro
Tahu apa ku mahu dan pilihanku
Skills 4 all, here we go! Here we go!

Jika tunggu dan lihat... terlambat, sesat
Bulatkan tekad sasarkan tepat
Destinasi... dari hari ini
Dari saat ini... tiadalah alasan lagi

Ilmu yang ditimba... international
Perkasakan diri... professional
Vokasional... lantangkan vokal
Dari perantis lokal ke pentas global

[Chorus : Yusry]
Aku ada caraku, tak perlu ragu
Ada skills, itu baru pro
Tahu apa ku mahu dan pilihanku
Got skills, that's the way to go
Aku ada caraku, tak perlulah engkau ragu
Aku adalah aku
Ku tahu apa ku mahu
Yeah...
Ada skills, itu baru pro
Tahu apa ku mahu dan pilihanku
Got skills, that's the way to go

[Chorus : Yusry]
Aku ada caraku tak perlu ragu
Ada skills, mari sis dan bro
Tahu apa ku mahu dan pilihanku
Skills 4 all, here we go! Here we go!
Kini satu negara terasa gegarnya
Skills Malaysia 2.0, let's go



Lagu ini juga boleh didengar melalui Spotify, Joox, Deezer, Apple Music, iTunes, KKBOX, akazoo dan TikTok. 

Untuk sebarang pertanyaan atau temubual bersama Yusry, Waris atau Kayda, boleh hubungi Suzana - 012 9136024

24 comments

  1. Lama Yusri tidak muncul di dalam industri seni. Sekali kembali peh lirik mencengkam jiwa dan perasaan. Bila hadam balik lirik ini macam ada satu jalan cerita dia. huhu

    ReplyDelete
  2. best nya lagu ni, lirik dia rare dan menaikkan semangat!

    ReplyDelete
  3. Lirik bagus sangat kan. Pastu kolabrasi mereka bertiga memang unik. Suara Waris serak basah, Yusry suara soft macam tu dan Kayda dengan rap gitu. Harmoni blend well.

    ReplyDelete
  4. Dulu zaman muda remaja Yusry ni memang pujaan hati ni. Haha. Skrg Yusry keluar lagu baru pun tak tau dah. LOL

    ReplyDelete
  5. wah my husband peminat KRU mesti suka ni. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  6. wuuu yusri kru buat comeback! semua fans tegar mesti kena dengar lagu baru ni

    ReplyDelete
  7. lirik dia semangat betul.terus rasa macam nak ketengahkan skill apa yang ada dalam diri ni.setakat ni yag ada skill menulis dan merajuk je la kot..hahah

    ReplyDelete
  8. so excited to see yusri nyanyiii hehe ..music keluaran kru mmg best2

    ReplyDelete
  9. ingatkan kru buat comeback rupanya lagu yusri. best lagu ni, first time dengar dah jatuh suka..hehe

    ReplyDelete
  10. Wow ada lagu baru dari abang yusri kita lah. Nnt nk dgr lah lagu.. Almaklum lama xdgr radio

    ReplyDelete
  11. teringin jugak nak dengar lagu ni camne... menarik gabungan 3 orang ni

    ReplyDelete
  12. Kru ni zmn zmn akak dulu. Umur pun sebaya yusry kru huhu. Baca nj dlm keter .hujan, x dgr plak. nnt nak dengar balik utube

    ReplyDelete
  13. lagu best. catchy je. suka genre music camni. best2

    ReplyDelete
  14. Baru tau lagu ni Yusri pon ada sekali. Ok nak dengar lagu ni lagi sekali

    ReplyDelete
  15. Perghhh.. Catchy betul lirik2 Skills 4 All ni.. actually banyak nasihat yang cuba disampaikan ... Love it...

    ReplyDelete
  16. Lamanya tak dengar suara ahli KRU ni...kira ni lagu single duet baru Yusry laa yee..okay nanti nak dengar..boleh masuk list lirik lagu minggu ni..

    ReplyDelete
  17. wow Nice ya got a new song from them. The Skills 4 All song so nice to hear and wanna hear once more again

    ReplyDelete
  18. baru tahu ttg lagu ni..baca pada bait lagu memang menarik dan sedap...

    ReplyDelete
  19. Wow serius eh ada lagu title macam ni. Saya tak pernah dengar lagi, tapi saya memang peminat yusry. Nanti boleh saya search kat google lagu ni kalau ada kat spotify

    ReplyDelete
  20. Ok first time dengar lagu ni. Baru tau pun. Lirik dia best! Ni kalau buat lagu time orientasi budak2 uni best ni.

    ReplyDelete
  21. Awesome to know that KRU is making a comeback. If you scrutinize the lyrics you will realize that it is very inspiring and empowering. Thanks for sharing this uplifting song. :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.