Movie Review : Dolly Kitty Aur Woh Chamakte Sitare

Saturday 19 September 2020


Director : Alankrita Shrivastava
Writer : Alankrita Shrivastava
Cast : Konkona Sen Sharma, Bhumi Pednekar, Amol Parashar, Vikrant Massey, Kubra Sait, Karan Kundra, Kalp Shah, Hearty Singh, Neelima Azami
Production Company : Balaji Motion Pictures, ALT Entertainment
Distributor : Netflix
Genre : Satire / Drama
Running Time : 140 minutes
Release Date : 4 October 2019 (Busan International Film Festival), 18 September 2020 (Netflix)
Trailer :


Dolly aka Radha Yadav (Konkona Sensharma) tumpangkan adik sepupu dia, Kaajal (Bhumi Pednekar) di rumah flat mereka tapi Kaajal bagitahu yang suami Dolly, Amit (Aamir Bashir) menggatal dan cuba ajak tidur dengan dia. Disebabkan tak selesa dengan kelakuan buruk Amit dan kecewa bila Dolly backup Amit, Kaajal keluar dari rumah dan menginap di rumah tumpangan. 


Di situ dia kenal Shazia (Kubra Sait) dan banyak habiskan masa pergi party dan bersiar di Agra dengan DJ Teja (Karan Kundra). Bagi Shazia, DJ Teja cuma fling affair sementara tunggu lelaki kaya bawa dia pergi ke Canada. Shazia tak suka dengan perangai abang DJ Teja yang suka buat rusuhan atas tiket parti politik.


Kaajal makin selesa dengan kehidupan dia walaupun pada awalnya dia jijik dengan pekerjaan dia sebagai call operator untuk Red Rose app bila dia kena layan lelaki-lelaki kesunyian. Tapi lepas dia kenal dengan Pradeep (Vikrant Massey), dia mula jatuh cinta. Sementara Dolly risaukan cara hidup Kaajal yang makin liar di mata dia, masalah hidup dia pun apa kurangnya bila dia mula mencuri duit office untuk improve lifestyle dia dan anak-anak.


Disebabkan masalah dia dan Amit, Dolly mula suka dengan kehadiran delivery boy Ippy apps, Osman Ansari (Amol Parashar). Amit yang tak sudah-sudah salahkan Dolly bila anak bongsu mereka, Pappu mula berubah seperti perempuan buatkan Dolly stress. Dia ambil keputusan untuk jumpa mak dia (Neelima Azami) yang dah lama tinggalkan sebab nak hidup dengan lelaki lain.


Jalan cerita movie Dolly Kitty Aur Woh Chamakte Sitare dari awal lagi dah padat dengan drama dari dua watak utama jadi bila ditambah dengan drama dari watak sampingan dan scene hujung rasa berkecamuk sangat.  I dislike the ending. Scene Pradeep dan Kaajal berjumpa pertama kali pun nampak tak meyakinkan bila kita dah dengar watak Shazia bagi nasihat dekat Kaajal pasal lelaki tambah pula director dah letak hint cincin di tangan Pradeep. Surprise tu tak menjadi. Kalau director tak berniat untuk buat surprise, that’s even worst I guess.


Since movie ni satire so I mencari metafora ataupun scene yang relate dengan kehidupan kita. Some scenes did great but some scenes left me in blurry. Scene Kaajal pergi rumah tumpangan yang penuh dengan salib dan poster Mary antara yang tak boleh nak dijelaskan. Kenapa rumah tu penuh dengan perempuan mengandung dan kenapa Kaajal disambut dengan soalan dia nak surrogate ataupun operation?


Kenapa Kaajal berhenti kerja sebab boss pressure tapi stay dekat Red Rose even improve company tu padahal dia tak suka pun. Scene Dolly dia jumpa mak dia pun I tak faham psikologi dan relevan antara dua watak ni. 

Not much for visual and music score even the script was bad. I wish director stick dengan kisah Dolly dan Kitty sebab lakonan dan dinamik Konkona Sen Sharma dan Bhumi Pednekar memang strong. Both ace their character perfectly especially watak Kaajal bila dia naïf untuk hidup di kota besar. Same goes to Vikrant Massey. 


I suka konsep yang diketengahkan dalam movie ni tapi movie Dream Girl, Lust Stories dan Lipstick Under My Burkha dah datang dengan cerita dan garapan yang cantik and makes Dolly Kitty Aur Woh Chamakte Sitare looks half-baked movie. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 6.5/10

3 comments

  1. i geram juga klu ada scene yg tak ada explanation , cita ni byk juga scene yg tadak explanation ... sabar ja la

    ReplyDelete
  2. mana nk download cerita hindi or tamil camni ye.sebab selalu xdapat nk klik link untuktengok full movie

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.