Drama Review : W.H.Y - What Happened to Your Relationship

Tuesday 29 September 2020


Director : N/A
Writer : N/A
Cast :  Jung Gun Joo, Oh Ah Yun, Gi Jae Yeong, Yoo Dong Guk, Lee Ji Won, Lee So Hee
Production Company : N/A
Distributor : Naver TV Cast, vLive, Playlist Global
Genre : Friendship, Comedy, Romance, Drama
Running Episodes : 10 episodes
Release Date : 10 November 2018 – 13 December 2018 (South Korea)


Kisah bermula dengan babak di mana Cha Yeon Woo (Jung Gun Joo) ditinggalkan oleh teman wanita dia, Yeo Joo Hyun (Lee So Hee) pada hari ke-100 mereka berdua officially a couple. Di Korea Selatan, hari ke-100 ni agak penting lah so most couple akan celebrate hari ke-100 ni. Tapi lain pula jadi pada Yeon Woo. Lagi sebak dada dia bila Joo Hyun bagitahu yang dia lelaki idaman dan tak ada sebab pun untuk ditinggalkan. 


Kejam jugak lah perbuatan Joo Hyun sebab dari pagi sampai malam diorang celebrate dengan moment indah tapi end up berpisah. Bila kawan baik Yeon Woo tahu pasal ni, Gi Jae Yeong (Gi Jae Yeong) dan Oh Seul Gi (Yoo Dong Guk) plan trip ke Jeju untukbagi semangat balik dekat Yeon Woo. Tapi kalau dah putus cinta ni, mana la ada mood sangat nak have fun. Murung semedang. Frust menonggeng fikir dekat mana silap dia. 


Dekat sana secara kebetulan diorang terjumpa dengan noona Da In (Oh Ah Yun) yang suka baca novel cinta dan Lee Han Na (Lee Ji Won), owner homestay dekat Jeju. Memandangkan tak ada teksi yang available masa tu dan homestay diorang bertiga ada masalah, Seul Gi pun setuju untuk book bilik dekat situ sepanjang di Jeju. Awalnya dia tak suka dengan Han Na tapi lama-lama dia pun tak perasan bila dia  jatuh cinta. Kebetulan masing-masing ada perangai yang sama so senang la nak ngam. 

Da In pun sebenarnya tengah nak ubat hati yang lara sebab dia pun baru je berpisah dengan bekas teman lelaki dia (Kim Young Jae) masa birthday dia yang lepas. Tapi dia yang buat keputusan untuk pergi sebab lelaki tu tak pernah ambil kisah pun pasal dia so dia tak la sesyahdu Yeon Woo. 


Dalam masa seminggu dekat sana macam-macam yang jadi. Jeju memang tempat yang cantik dekat Korea sebab one of top tourism destination so boleh la cuci mata dengan visual dan sinematografi menarik dalam web series ni. Kudos to prop team yang hias homestay Han Na dengan konsep minimal dan garden dia memang best lah. Since drama ni ada romance genre so banyak scene yang looks dreamy. 





Drama W.H.Y - What Happened to Your Relationship ni tak panjang pun sebab satu episod 12 minit je. Sebelum ni dah biasa dengan drama durasi satu jam atau lebih so jadi geram pulak nak kena tukar episod sebab sekejap sangat. Soundtrack web series ni pun best especially lagu Trouble Trouble sebab macam kena dengan situasi konflik diorang. 

Tak tahu lah kenapa web series ni tak naik padahal best je jalan cerita dia dengan beberapa scene komedi yang buatkan web series ni menghiburkan plus genre friendship ni gives warm vibe. Dah la shoot dekat Jeju Island, rasa macam nak pergi sana je tengok semua tempat dalam web series ni. 


Rasanya web series ni untuk promote some brands dan clothing apparel sebab sponsor je yang didedahkan dalam setiap episod tapi tak ada langsung pasal director, writer dan crew yang lain. Tengok la poster dia pun macam magazine cover dah gayanya. Jangan tanya berapa banyak kali diorang tukar baju dalam series ni. 


Anyway I have fun and kalau you guys nak tengok boleh layan dekat Dramacool sebab I tak sure Playlist Global tu kita boleh access ataupun tak. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

12 comments

  1. dah jadi mcm cita thai la.. setiap scene akan promote product ... i mcm okayyy this is how it is rupanya

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik, nak cari kat online la..

    ReplyDelete
  3. kenapalah mesti pilih hari yg penuh makna untuk breakup, kejam betul girlfriend dia..
    kalau shoot di jeju mesti view cantik giler :)

    ReplyDelete
  4. Tgk drama ni SBB Han seojun...Btw jalan citer site bestt...lagu ost diye PON sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak kenal mana2 pelakon pun tapi tertarik nak tengok sebab poster dia cantik haha

      Delete
  5. Watch K Drama Online Free in High Quality,DramaCool

    ReplyDelete
  6. Watch Korean drama in eng subtitle here http://tvkissasian.com/

    ReplyDelete
  7. I Visit Your Bolog This Is so Impresive. And I read Your All Article. Your Work
    Is Very Good Your Article Writting Is Professional I realy Like Your Work.
    Yeh Rishta Kya Kehlata Hai Episode

    ReplyDelete
  8. I must say. Rarely do I encounter a blog that’ѕ both equallу eԁucatіvе and interesting, аnd withоut a dоubt, уou hаve hit the nail on the head.
    Pishachini Colors Tv

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.