Sewa Air Purifier STORM Coway

Thursday 19 March 2020

Dah lama nak sewa air filter coway ni sebab banyak sangat habuk dalam rumah. Tambah pulak bila ada Puteh, bersepah bulu dia sana sini. Rumah bawah pun suka sangat merokok. Lagi azab kalau diorang berkumpul buat pesta BBQ. Nak tanam indoor plants asyik mati je, so kita pilih cara ni je lah senang.


Air filter coway ni RM90 sebulan untuk contract 5 tahun. Of course free service untuk bersihkan filter. Hari Jumaat order, hari Sabtu dah ada ejen Coway datang hantar dan install. Dia install kejap je, tak lama pun. 


Air purifier STORM ni antara yang terbaik lah dari Coway sebab boleh filter udara even masa jerebu. Dia boleh bersihkan seluas 1600 sqft. Rumah ni 900sqft so memang cover satu rumah dah la. Tak ada masalah dah bab tu. Angin dia boleh pergi sejauh 6 meter dengan 4 sistem pengudaraan. Sekarang tengah musim panas ni memang semedang set high mode je lah. 


Air purifier ni ada free warranty untuk 5 tahun menyewa so kalau ada yang rosak nanti boleh call je la ejen dia bagitau nak repair. Ada kelulusan SIRIM, sijil HALAL & WQA. Untuk 3 bulan menyewa ni dapat free cuci tilam dengan sofa tak silap tapi tak book lagi untuk service ni. 


So far guna air purifier STORM ni puas hati lah sebab angin dia memang laju, tidur malam pun selesa dah sekarang. Nak alih air purifier ni pun takde masalah sebab ringan je cuma kena hati-hati lah kalau Puteh datang curious dia dengan lampu tu. Lampu paling bagus warna hijau lah, kalau merah tu selalunya kalau ada asap bakar dari luar ataupun time masak. Tapi sekejap je lah. 


Ni button setting dia, kalau long tu untuk udara keluar dari bahagian atas tapi musim panas sekarang ni guna wide je, keluar dari depan. Set timer kalau tidur malam sebab tak nak la dia run sepanjang malam sampai subuh sebab nak jimat elektrik :')

4 comments

  1. nanti dah ada rumah sendiri id love have one

    ReplyDelete
  2. sebab tak kerja sendiri, kehendak nak apply satu dipendamkan. haha

    ReplyDelete
  3. Dust is likewise an unavoidable allergen that generally finds its direction into your home since it is so little and tacky. On the off chance that you have pets, they will doubtlessly spread their dander to everywhere of your home. www.airclearners.com
    airclearners.com

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.