Movie Review : Dream Girl

Saturday 14 December 2019


Director : Ekta Kapoor, Shobha Kapoor
Writer : Raaj Shaandilyaa
Cast : Ayushmann Khurrana, Nushrat Bharucha, Annu Kapoor, Vijay Raaz, Rajesh Sharma 
Production Company : Balaji Motion Pictures, ALT Entertainment, Zee Studios
Distributor : Pen Marudhar Entertainment
Genre : Comedy/Romance
Running Time : 132 minutes
Release Date : 13 September 2019
Trailer :


Jangan tak percaya movie dengan bajet Rs30k ni berjaya kutip balik pulangan sebanyak Rs2 billion disebabkan jalan cerita dia yang agak unik. Lepas Article 15 dengan Bala, movie ketiga Ayushmann I tengok tahun ni – Dream Girl yang mengisahkan tentang Karamveer Singh pandai ubah suara kepada perempuan.

Disebabkan anugerah yang satu ni dia selalu diambil berlakon sebagai watak Sita dalam teater kampung. Disebabkan menganggur lepas sekian lama, dia cuba bekerja di call centre sebagai Miss Pooja untuk hilangkan kesunyian lelaki-lelaki di luar sana.


Dia cuma nak bekerja sampai dia mampu kumpul duit untuk habiskan hutang ayah dia disebabkan gaji yang dia terima agak lumayan. Dalam beberapa minggu je Pooja/Karam dah dapat banyak panggilan dan bawa balik untung kepada company. Sekejap je dia dapat habiskan hutang ayah dia dan beli kereta, furniture dan barang elektronik yang lain.


Tuah Karam makin melonjak naik bila dia berjumpa dengan Mahi (Nushrat Bharucha) dan jatuh cinta. Beberapa bulan lepas berkawan, both of them decide untuk bertunang dan berkahwin tapi jadi masalah bila peminat Pooja makin agresif untuk berjumpa di dunia luar.


Ada yang sanggup ceraikan isteri, ada yang kelar tangan sampai masuk hospital, ada yang tak boleh terima yang Pooja nak berhenti contact. Puas Karam fikirkan cara untuk buat peminat Pooja berhenti kacau Pooja dengan bantuan dari kawan baik dia, Smiley (Annu Kapoor) tapi tak berjaya.


Karam makin stress dengan kerja dia bila ayah dia pun angau dengan Pooja sampai nak tukar agama dan cara hidup hanya semata nak berkahwin dengan Pooja. Karam ambil keputusan untuk berhenti tapi boss (Rajesh Sharma) dia ugut untuk dedahkan siapa Pooja yang sebenar dengan letak poster besar di pekan tu. Apa tindakan Karam untuk selamatkan hubungan dia dengan Mahi? Kena layan sendiri lah movie komedi ni.


First half movie Dream Girl ni memang kelakar dengan scene dari peminat Pooja dengan lagu Dil Ka Telephone dan Ik Mulaqaat. Masuk second half dah jadi draggy sikit bila ayah dia pun join sekali syok dekat Pooja.


Lakonan Ayushmann untuk watak komedi memang menghiburkan lah macam movie-movie dia sebelum ni. Chemistry dia dengan Nushrat pun quite nice cuma tak banyak scene diorang berdua sebab director lebih focus dengan scene Pooja. So screentime Nushrat agak pendek walaupun dia heroin dan tak menyerlah sangat.


Suka dengan watak Vijay Raaz sebagai Inpektor Rajpal Kirar yang suka berpuisi jiwang. Kesian jugak dengan dia sebab isteri asyik nak marah je bila balik rumah. Sebabtu dia nekad nak berkahwin dengan Pooja dan buang isteri dia. Walaupun supporting actor tapi dia pandai curi tumpuan dan guna screentime dia sebaiknya.


Movie Dream Girl ni walaupun genre rom-com tapi team production tak tekankan sangat dekat visual sebab movie bajet kecil je. Lagu pun tak banyak yang best. Tapi jalan cerita dengan dialog dan mesej dia memang on point lah. Recommended to watch!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

4 comments

  1. Japan cerita yang menarik...dan mesti kelakar citer ni

    ReplyDelete
  2. Bajet rendah tapi jalan cerita best. Kena tengok ni

    ReplyDelete
  3. Macam manalah agak nay bila lelaki boleh buat suara perempuan menjadi kegilaan banyak lelaki.. Haru betul.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Cerita rasa agak menarik. Biar saya tengok mana tempat yang boleh saya dapatkan filem ini untuk tengok. Mungkin boleh belajar sesuatu yang bernilai dalam filem ini.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.