Movie Review : Soorma

Tuesday 28 May 2019


Director : Shaad Ali
Writer : Suyash Trivedi, Shaad Ali, Siva Ananth
Cast : Diljit Dosanjh, Taapsee Pannu, Angad Bedi, Vijay Raaz, Kulbhushan Kharbanda, Amit Gaur, Danish Husain
Production Company : Sony Pictures Networks India, C.S. Films
Distributor : Sony Pictures Releasing, Columbia Pictures
Genre : Biopic/Sports/Drama
Running Time : 131 minutes
Release Date : 13 July 2018 (Worldwide)
Trailer :


My friends suggest tengok movie Soorma for like thousand times sebab dia kata best plus movie Diljit dengan Tapsee berlakon. Movie biopic yang diadaptasi dari kisah sebenar pemain hoki India, Sandeep Singh a.k.a Flicker Singh yang lumpuh selama 2 tahun lepas ditembak dalam keretapi pada tahun 2006.

Soorma (Pejuang) mengisahkan tentang kehidupan Sandeep Singh (Diljit Dosanjh) dari kecil lagi bila dia dan abang dia, Bikram Singh (Angad Bedi) dah dihantar ke Shahbad Hockey Centre yang dilatih oleh Kartar Singh (Danish Husain) untuk penuhi impian keluarga supaya jadi wakil pemain hoki untuk negara India.


Disebabkan tak tahan dengan sikap pembuli Kartar bila Sandeep tersalah beli samosa, dia lari dari pusat latihan tu dan tolong atok dia jaga ladang gandum. Sambil jaga sambil main hoki dengan lempar bola hoki ke arah burung yang kacau gandum.

Bila dah besar, Sandeep terjumpa Hapreet Kaur (Tapsee Pannu) di Shahbad Hockey Centre masa hantar makanan untuk abang dia. Dari situ dia mula berkawan dengan Hapreet dan ambil keputusan untuk masuk latihan hoki balik di bawah Kartar sebab nak tengok Hapreet.


Kantoi dengan Kartar yang Sandeep curi-curi jumpa anak buah dia di belakang rumah. Abang Hapreet, Ajit (Amit Gaur) bagi amaran selagi Sandeep tak jadi wakil negara, dia tak boleh jumpa Hapreet. Bikram pula gagal terpilih sebagai wakil pemain hoki negara.

Kecewa dengan Kartar dan keluarga Hapreet, Sandeep mengadu nasib dengan Bikram di ladang tapi tak sangka Bikram nampak talent adik dia buat drag flick. Untuk pemain hoki memang susah nak master teknik tu. Bikram ajak Sandeep pergi jumpa coach Harry (Vijay Raaz) yang melatih pasukan negara India. Sandeep terpilih bila dia berjaya tunjuk drag flick depan Harry dan menjadi pemain terbaik masa siri kejohanan Six Nation Series di Poland tahun 2006.


Kejayaan Sandeep Singh dapat liputan satu negara sampai digelar Flicker Singh dan dia berjaya buktikan pada keluarga Hapreet tapi kegembiraan tu tak lama pun bila Sandeep ditembak dalam keretapi masa dalam perjalanan ke Delhi untuk German World Cup. Lepas terjaga dari koma, Sandeep lumpuh dan terpaksa bergantung dengan kerusi roda.

Ketua persatuan kelab hoki (Kulbhushan Kharbanda) cuba bantu Sandeep dengan hantar dia ke Holland untuk dapatkan rawatan fisio sebab doktor kata dia ada peluang untuk sembuh. Hapreet pula tinggalkan Sandeep sebab dia kecewa tengok Sandeep taknak bangkit balik untuk main hoki. Dia tak kisah nak jaga Sandeep tapi kalau dia tak tinggalkan Sandeep, mungkin Sandeep akan selesa hidup lumpuh sampai bila-bila.


I’m not into hockey ataupun tengok mana-mana drag flick dalam hockey match so tak boleh nak sembang apa yang Diljit deliver sebagai Flicker tu cantik ataupun tak. Apa yang Diljit tunjuk dalam movie tu I’ll just watch it and celebrate it because it was good. Be it on field ataupun lakonan Diljit masa di rehab memang cantik onscreen. No doubt on his talent.

Sama juga dengan Tapsee sebagai Hapreet yang jadi tunjang utama dalam hidup Sandeep sebagai pemain hoki negara. Emosi jugak tengok Harpreet ambil keputusan tinggalkan Sandeep lepas jumpa di hospital. Scene ni sebenarnya drama yang ditambah oleh director je sebab Harpreet yang sebenar setia je di sisi Sandeep sampai la sekarang. For me it’s unnecessary sebab too cliché and predictable. Of course tambah rencah untuk genre romance tapi kita tengah layan movie genre sports bukan romance.


Angad Bedi pun menyerlah sebagai Bikram, boleh kata watak ni antara watak berkualiti dalam career dia sebagai pelakon. Tersentuh tengok cara dia jaga Sandeep dan tak pernah give up support adik dia walaupun dia sendiri sakit ataupun sedih. Chemistry Angad dengan Diljit nampak cantik onscreen sampai rasa nak abang macam Bikram. Oh ya, Bikram sebenar pun ada berlakon sebagai Tanveer yang attack Sandeep masa match India-Pakistan.

Bila sembang pasal movie biopic atlet mesti akan expect yang kita akan tengok drama atas padang tapi Soorma ni pun klise bila pengarah tunjuk drama bila fight dengan Pakistan sebab ketegangan dua negara ni dah wujud. Tapi bila kita dah biasa sangat tengok ‘intense moment’ni rasa jelak bila scene macam ni keluar.


Its better kalau pengarah tunjuk skill player hockey masa match bukan semata fokus dekat Sandeep because we all know kan watak utama cuma pelakon. Boleh je masukkan pemain hoki yang sebenar sebagai extra.

Trivia to you guys lepas Sandeep dah sembuh dan main balik, dia wakil negara India lawan dengan team Malaysia dalam Azlan Shah Cup tournament sebelum terpilih ke Olimpik. Kalau dia letak scene ni pergghhhh kembang semangkuk tengok movie ni sebab team hoki Malaysia power kot.


Overall, it’s a good movie untuk ditonton dengan family sebab kekuatan lakonan dan mesej pembakar semangat yang team Soorma tonjolkan untuk berdiri balik bila down ditimpa musibah dalam kehidupan. Hujung movie ada credit scene yang tayang video Sandeep Singh terima pingat dari Kerajaan India sebagai penghargaan dalam mengharumkan nama negara.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7.1/10

3 comments

  1. Pergh!! Sukan hoki tu.. Kalau ada tayang lawan ngan Malaysia mesti lagi ohsem kan Farhana..

    ReplyDelete
  2. macam nice..sebab topik utama dia hoki...jarang2 ada movie bollywood gini

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.