Dah Berusia Tapi Tak Beradab

Tuesday 13 February 2018

Last week entah apa nasib jumpa dua manusia yang dah berusia tapi biadap. Area rumah memang parkir terhad, satu buah rumah cuma satu je parkir pihak pengurusan bagi. Kalau ada kereta banyak kena letak luar lah tapi tak jauh sangat pun kalau nak berjalan. Sebelum ni dah jadi dah kes pelawat masuk tumpang parkir. Bukan tak bagi masuk tapi kalau sekejap takpe lah, ni sampai berkerak lama dalam tu siap ambil tempat parkir orang lain. Habistu tuan rumah nak letak kereta dekat mana? Bila hon tak turun. No telefon pun tak letak. Pergi rumah no berapa pun tak bagitahu. Sudahnya bagitau pak guard suruh clamp je. Disebabkan dia, guard dah rajin tanya nak pelawat yang datang nak pergi mana, atas tujuan apa & letak notis pelawat tak dibenarkan masuk. Tapi masalahnya pelawat tetap masuk sebab guard pun bukan setiap masa ada. Ada timing takde yang jaga sebab pergi makan ataupun ke surau. So dibiarkan terbuka je.

Kes yang sama jugak Sabtu lepas tapi kali ni dia letak no telefon but only to find out the number is not available. Rasa nak marah tau sebab kena macamtu. Dah hon pun tak datang jugak. Malas nak hon sebenarnya sebab kawasan rumah ramai yang ada baby. Dekat rumah depan parkir pun ada baby jugak. Kesian lah kalau tengah tidur terganggu dengan hon. Tapi apa lagi option yang ada? Sudahnya panggil guard datang clamp. 

Tapi dia bernasib baik lah sebab masa guard sampai dia dah keluar pergi dekat kereta. Tapi dia datang je bebel dekat guard lepastu dia pergi sambung bergosip dengan tuan rumah. Eh kita pulak kena tunggu dia habis gossip. Nak je keluar sound masa tu tapi guard dah tahan suruh sabar. Okay I sabar but I have to waited sampai dia habis gosip! Jalan dah la melenggang. Tak datang minta maaf pulak tu. Kalau dia minta maaf, lega sikit rasa panas hati tapi dia blah je. Lepasni kalau dia datang lagi, I suruh tuan rumah yang dia kunjung tu bayar denda. Melampau sangat perangai. 

Tu cerita hari Sabtu, hari Ahad masa meniaga lain pulak cerita tapi karakter yang sama, manusia berusia. Dekat tempat meniaga ni memang ramai orang, memang tak menang tangan nak pulak kitorang ni cuma 4 orang je jaga. Nak makan pun tak sempat. Dari sebelum subuh dah buat kerja sampai tengahari. Memang tak berhenti. Customer memang banyak ragam tapi yang makcik ni je rasa terkilan sangat sebabnya tengah kitorang busy siapkan order tu, dia menjerit 'WOI!' sebab takde yang datang ambil order dia. Sistem kitorang layan diri. Kitorang letak tempat duduk untuk pelanggan rasa selesa sebab tak banyak pun tempat yang ada meja makan tapi pelanggan ni biadap. Dia ingat dia makan dekat restoran. 

Dia jerit tu kuat jugak lah tapi nasib tak ramai orang dekat kawasan tu tapi tetap jatuh muka sebab kena tempik macam tu. Kalau kita buat salah boleh terima tapi haihhh. Penampilan memang elok tapi tu lah biadap. Kalau yang muda biadap boleh terima lagi sebab darah panas, tak matang, manja belum kenal dunia lagi tapi yang dah berusia buat perangai macamni memang sedih tengok sebab generasi bawah tengok yang atas. Kalau buruk yang atas, buruk lah yang bawah. 

Korang pernah kena macamni? Apa yang korang buat kalau terkena macamni? Sebab perangai orang berusia ni bila ditegur makin gigih melentingnya. T.T

16 comments

  1. akak pernah kena macam nih dah block kereta kita, lama kita tunggu bila dia datang jangankan nak minta maaf sebab block kita pandang pun tidak haihhh memang berasaplah, tapi tak sempatlah nak buat apa sbb dia start kete terus blah. entah lah semua ni berbalik pada sikap sendirikan kalau dorang minta maaf kita takdelah nak marah sangat, ini dahlah buat salah maaf pun takde

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasalnya kalau mintak maaf kita tak la rasa menyirap sangat. Kita bukannya kejam sangattak bagi park dalam tapi biar beradab lah

      Delete
  2. memang pernah kena jugak..tapi its not the age but the attitude. Setiap dari kita kena belajar jangan pentingkan diri sendiri dan kalau perlu minta maaf lebih-lebih lagi dah la mendatang ke kawasan perumahan org...tak usahlah macam hak sendiri kan..hehe

    ReplyDelete
  3. sebab tu orang kata kematangan bukan datang dari umur..ayah aida selalu pesan, kita hidup dalam dunia ni, jangan nak menyusahkan orang lain, asyik fikir diri sendiri je.. cuba tengok sekeliling.. stay strong ye sis.. maybe lepas ni, kalau selalu sangat, letak je nota dekat wiper kereta si owner tu.. sis pun tak kena lenting, and biar dia sentap sikit baca.. and better yer.. suruh guard buat notis siapa kena clamp tayar, kena denda mahal sikit macam rm 500 kee.. haaa bru kecut nanti..

    ReplyDelete
  4. yang dah berusia kalau berperangai macam namanya ego dan tak sedar diri. memang tak patut dibuat macam tu.

    IQ pernah kena masa blok kereta orang, IQ dah letak nombor tapi dikatanya tak letak, adehhh, pak cik rabun tak nampak no. tepon. huhu

    ReplyDelete
  5. Ni soal sikap kebanyakan orang kita.
    Bukan soal umur.

    ReplyDelete
  6. Tak ada good attitude langsung..
    Menyampah juga kalau kena macam ni
    Lagi lagi yang buat perangai tu dah tua, should be lebih beradab dan tunjuk contoh yang baik la kan

    ReplyDelete
  7. ada org ke takde orang ke, tak payah la menjerit. manner mana manner. ish

    ReplyDelete
  8. hmpr sama perangai dgn org kat tmn sy ni. menyirap je darah tgk perangai dia...

    ReplyDelete
  9. Didikan sejak kecik susah nak tanggal bila dah sebati dalam diri even dah berusia... ^^ *ehh? Hana ke ni? hahahah!

    ReplyDelete
  10. dua bulan lepas kena
    panas hati betul
    pergi rumah dia terus dia cuak dan alih kereta terus
    puas hati

    ReplyDelete
  11. Mmg Rasa menyirap kalau kena mcm ni. Mama pun penah kena

    ReplyDelete
  12. geram nya lah orang peragai macam tu. sabar jer la

    ReplyDelete
  13. perhh..if atie.. mmg lancang mulut menjawab.. respect laaa sama org

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.