Book Review : Lengloi - Maria Kajiwa

Tuesday 6 February 2018


Penulis : Maria Kajiwa
Genre : Seram/Misteri/Drama
Helaian : 75 bab/480 mukasurat
Penerbit : Buku Prima
Sinopsis :

Seorang demi seorang cuba membuka perniagaan di Lot 55, sayangnya semua berhadapan dengan gangguan yang menakutkan. Seorang demi seorang mati dalam keadaan tragis menjadikan kedai di Lot 55 itu semakin digeruni dan dikatakan berpuaka. Semuanya tewas di tangan Lengloi. Kehilangan Suzy juga langsung tidak dapat dikesan. Siapakah yang dipanggil Lengloi? Dari mana asalnya dan kenapa ia menghuni Lot 55? Apa yang dimahunya? Ke mana Suzy menghilang?

Tak tahu lah kenapa tangan gatal sangat pilih novel genre seram ni padahal takut nak baca. Sepanjang baca ni memang memerlukan teman di sebelah sebab novel ni based on a true story tau. Lagipun hantu Lengloi yang digambarkan ni pun memang seram. Dah lah tempat kejadian banyak dalam tandas, setiap kali pergi tandas bayangkan benda-benda indah je. Dah masuk seminggu dah habis baca tapi terkesan lagi. 

Memang berbaloi la kajian penulis bertahun lama untuk kisah Lot 55 ni sebab memberi kesan kepada pembaca. Cuma geram part Pak Cik Kassim je sebab lain yang orang tanya lain pulak dia jawab. Keputusan yang dia ambil untuk Asmah pun rasa panas hati betul baca. Cerita jadi draggy sebab dia dengan Lim yang susah nak buka mulut bertanya, susah nak buka mulut untuk cerita. Nasib ada watak Jiyad sebagai penyelamat. Abang Din pun banyak membantu Jiyad jugak. 

'Cerita dulu baru kita tengok nak percaya ataupun tak' - Jiyad, kontraktor kecil

All in all novel Lengloi ni memang best nak pula bila tahu misteri kehilangan Suzy. Tak sangka manusia boleh jadi sekejam tu bila hasad dengki control hidup diorang. Yang tak bersalah jadi mangsa. 

Lessons I've learned in Lengloi :
1) Berniaga secara sihat sebab rezeki setiap manusia tak sama. 
2) Buat baik sesama manusia & haiwan. 
3) Jangan mudah percaya dengan sesiapa sebab kita sendiri tak tahu siapa yang berdengki dalam diam.
4) Jangan lalai dalam mengejar keuntungan. Ibadah yang terutama sebab keuntungan yang kita dapat belum tentu menjamin dunia dan akhirat. 
5) Sentiasa menjaga kebajikan pekerja di bawah kita sebab mereka yang menggerakkan perniagaan. Saling menjaga & hormat-menghormati. 

3 comments

  1. Lot 55 ni wujud betol2 kan ? macam penah tngk dokumentari mistik pasal tempat tu..

    ReplyDelete
  2. Cerita yang seram tapi menyedihkan.. Sedih dengan apa yang terjadi dekat suzy tu..

    ReplyDelete
  3. macam best je crita ni..nak beli !

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.