Book Review : Budak Hostel Otaknya Sewel

Wednesday 14 February 2018

Image result for Budak Hostel Otaknya Sewel

Penulis : Hasrul Rizwan
Penerbit : Dubook Press
Genre : Komedi
Helaian : 29 bab, 284 m/s
Sinopsis : 

Akhil, Mat Piah, Cupin & Widad 4 sekawan di Sekolah Agama Haji Barokbah yang merancang untuk masuk ke dalam hostel perempuan dek kerana cabaran Borhan untuk mengambil bra Zakiah Merican bagi membuktikan kejantanan masing-masing. Tidak mahu kalah dengan Borhan yang berjaya mendapatkan bra Mona Ranggi, mereka membuat plan untuk masuk hostel perempuan pada malam Qiamullail melalui siling bilik Zubir Gayboi dengan bantuan Imam Ahmad Maslang & telefon bimbit ehsan Badrul Muhayat. 

This novel truly funny and santai bersahaja je penulisan dia nak pulak bila sembang hal budak asrama memang banyak sangat benda boleh relate. Walaupun cerita dia pasal pelajar asrama lelaki tapi lebih kurang je dengan keadaan masa sekolah dulu. Bila baca memang mengekek ketawa nak pulak bila ada scene Mat Piah.

Walaupun santai tapi dari awal lagi banyak betul plot twist dia. Dari plan cantik jadi huru-hara, dari hati kental jadi hati berbunga-bunga & macam-macam lagi lah yang jadi sampai ke hujung cerita pun ada lagi elemen twist & saspen. Although banyak watak dalam novel BHOS ni tapi disebabkan penulis guna direct character which means dari nama dah tahu perangainya so tak lah serabut bila baca nak ingat watak ini siapa dan apa karakternya macam Zubir Gayboi, Mona Ranggi, Fatimah Bisu dan lain-lain.

Kehadiran Mat Gorn dalam novel ni memang tak banyak tapi part dia memang betul bagi impak nak pulak bila dia bagi ayat cinta yang padu macam dia bagi dekat Akhil masa rabak bila tahu Zakiah Merican cintakan orang lain :

'Cinta ni wangi sepertimana sabun. Ibaratkan seketul sabun ini adalah cinta. Setiap hari engkau mandi dan bersihkan badan guna sabun. Sabun ni memberikan keselesaan pada engkau. Memberikan rasa selesa, tenang dan yakin bahawa segala kekotoran dah hilang. Cinta juga macam tu. Bila datangnya cinta engkau berasa lapang dan melihat semuanya menjadi indah belaka. Engkau merasakan diri engkau hebat dari biasa. Lebih waras dan yakin. Lebih wangi kan?'

Memang patut la watak Mat Gorn ni jadi penulis sebab bahasa dia memang padu dan puitis and novel ni pun dikarang oleh Mat Gorn sendiri. Lepas ni nak try baca karya penulisan dia yang lain pulak macam Murtad dan Tuhan sebab dua novel ni sequel kepada BHOS.

Image result for Budak Hostel Otaknya Sewel

Tapi novel ni banyak bahasa kasar so tak sesuai nak bagi mak ataupun adik baca. Kang tak memasal kena bebel baca buku macam ni sebab tu koleksi buku macam ni tak banyak sangat. Anyway, novel ni memang best macam dikicau di Twitter sana. :)

18 comments

  1. Wah, macam best jea novel nie.. Masuk dalam list la.. baca review awak pun rasa macam kelakar jea jalan citernya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy nanti kita tunggu review kak shikin pulak

      Delete
  2. haha mcm best tgk from the cover

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok cover pun dah best apatah lagi isi dalam

      Delete
  3. mesti novel ni banyak bagi kita imbau kenangan duk hostel dlu! 😍 macam niceee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun tapi tak la banyak sangat dia masuk but still happy la baca hehe

      Delete
  4. wahhh mcm best je..power betul ayat mat gorn tu..hahahahhaa..cikyan nak cari laa...ada dah ke kat popular ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best! Dekat popular ada je tapi takut dah habis lah sebab buku ni dah lama. ni pun kebetulan jumpa sebab bookstore tu hambar haha. Kalau tak jumpa kita ada lebih :)

      Delete
    2. amboi ada lebih..hahahaa.. meh bg satu kat cikyan meh !

      jemput baca sini... http://nurazianjaafar.blogspot.my/2018/02/izinkan-aku-bab-3.html

      Delete
  5. tajuk dia...ngan kulit buku dia menyeramkan...
    nasib la jenis yg x suka baca atau tgk yg seram² ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tak seram mana pun. cerita kelakar nieyl

      Delete
  6. Cover depan acah scary tapi isi dalam bunga-bunga hahaha. Memang sewel sesuai macam tajuk!

    MEANT TO BE | IRAZULKEFFELE

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tu la pasalnya! Mengekek je baca part sewel diorang semua

      Delete
  7. Tapi dia punya cover tu scary je haha, nanti nak beli laa haha

    ReplyDelete
  8. Tgk cover pun dah mencuit Hari inikan isinya

    ReplyDelete
  9. haha..nickname memasing mmg gempak btw kat mana nak cari novel dubook ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tu la pasalnya. tak panjang & pening macam novel cinta. Not sure sebab masa beli ni pun dekat bookstore hambar. Try online ataupun contact penulis dia sendiri, hasrul rizwan dekat fb/twitter/insta :)

      Delete
  10. ada juga rasa nak membeli novel ni, cuma hajat belum kesampaian lagi.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.