Hadis Palsu - Kelebihan Memotong Kuku Mengikut Hari

Friday 9 February 2018

Dari kecil lagi dah tahu pasal kelebihan dan ganjaran pahala kalau kita potong kuku mengikut hari. Ada juga hari yang haram dipotong sebab taknak ditimpa musibah. Disebabkan hadis yang disebarkan ni dikalangan kawan dan cikgu so sanggup tau tunggu hari sekian sekian untuk potong kuku sebab taknak ditimpa musibah punya pasal.


من قلَّم أظفارَه يومَ السَّبتِ خرج منه الدَّاءُ ، ودخل فيه الشِّفاءُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الأحدِ خرجت منه الفاقةُ ودخل فيه الغنَى ، ومن قلَّم أظفارَه يوم الإثنين خرجت منه العِلَّةُ ودخلت فيه الصِّحةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الثُّلاثاءِ ، خرج منه البرَصُ ، ودخل فيه العافيةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الأربعاءِ خرج منه الوسواسُ ، والخوفُ ودخل فيه الأمنُ والصِّحةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الخميسِ خرج منه الجُذامُ ودخل فيه العافيةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الجمعةِ دخل فيه الرَّحمةُ ، وخرج منه الذُّنوبُ

Maksudnya: “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Sabtu maka akan keluar daripadanya penyakit dan masuk ke dalamnya penawar. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Ahad maka akan keluar daripadanya kemiskinan dan masuk ke dalamnya kekayaan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Isnin maka akan keluar daripadanya kecacatan dan masuk ke dalamnya kesihatan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Selasa maka kan keluar daripadanya penyakit sopak dan akan masuk ke dalamnya kesembuhan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Rabu akan keluar daripadanya penyakit waswas dan ketakutan dan akan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Khamis akan keluar daripadanya penyakit kusta dan akan masuk ke dalamnya kesembuhan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat maka akan masuk ke dalamnya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa.”.

Tapi sekarang dah disahkan yang sebenarnya hadis tu palsu dan dinilai oleh Imam Ibn Jauzi, Imam al-Syaukani, al-Albani dan ramai lagi dalam kalangan ahli Hadith. Walaupun hadis kelebihan memotong kuku ni palsu tapi kewajipan untuk setiap manusia untuk menjaga kebersihan sebab memotong kuku tergolong dalam fitrah manusia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdu Hurairah RA , bahawa Nabi SAW bersabda:



الفطرةُ خمسٌ - أو خمسٌ منَ الفطرةِ- الختانُ، والاستحدادُ، ونَتفُ الإبطِ، وتقليمُ الأظفارِ، وقصُّ الشَّاربِ

Maksudnya: “Fitrah itu ada lima, iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai”. [Riwayat al-Bukhari, no. hadith 5439]

Semoga kita dikurniakan pahala dan beroleh keredhaan dari Allah kerana usaha kita dalam menjaga amal kesempurnaan untuk beribadah. Salam Jumaat semua. :)

12 comments

  1. good sharing farhana.... baru tau...selalu tau psl hari jumaat ja..hahha

    ReplyDelete
  2. Dulu pernah terperdaya dengan hadis tu heheh tapi lepas dah tau automatically tak kesah nak potong kuku hari apa hahah! but better potong hari jumaat ^^

    ReplyDelete
  3. owh..palsu ke hadis ni..baru tahu..thanks for the info sharing sis

    ReplyDelete
  4. yes
    masa kecil-kecil dulu percaya
    dalam 2-3 tahun lepas baru tau yang nih hadis palsu masa buat Pencetus Ummah
    hehehe

    ReplyDelete
  5. sharing yang bagus sis :) terkadang azah pun terikut2 gak :)

    ReplyDelete
  6. Knock my own head sbb percaya benda ni sohih..aish..palsu rupanya

    ReplyDelete
  7. Banyak lagi sebenarnya hadis palsu yg berleluasa skrg ni. Kita kena rajin selidik dgn yg lebih arif. Perkongsian yg sgt baik FJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol ana.
      tapi bagi aida, yg baik kita amik.
      yg lelebih tu, kita abaikan...
      janji tak rosak akidah.

      Delete
  8. Kena hati2 dgn hadis palsu mcm ni. Nauzubillah

    ReplyDelete
  9. aida tau pasal ni, time kekecik dulu.
    pengasuh aida yg inform.
    sampai skang aida percaya.
    ha ha ha ha :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.