Bacaan Pendinding Ubatkan Gangguan Sihir Atau Makhluk Halus

Friday 16 February 2018


Sejak kebelakangan ni nampak ramai yang post cerita kena buatan orang dekat socmed. Teringat dulu pun selalu sangat pergi sana sini merata tempat jejak sebab nak berubat. Dekat kawasan rumah pun memang regular customer pergi berubat tapi sekarang dah jarang lah pergi sebab duit pun bukannya banyak sangat. Sekali pergi dah habis beratus sebab kena satu family. Memang la dia kata bagi ikut ikhlas hati tapi duit minyak tol semua bukannya murah jugak kan?

Nak sembang pasal kenapa kena tu banyak, sebab berebut tanah lah, sebab tolak cinta orang, sebab ada kawan yang baru menuntut nak test ilmu dia, sebab dengki, alasan cliché semua. Benda bukan kena sekali dua, dah banyak kali. Dari zaman belajar lagi dah kena. Kadang tu sebab hantu dekat hostel pun punca jugak. Nak pulak jenis lemah semangat memang senang je lah hantu ikut.

Disebabkan duit pun tak banyak, nak cari masa nak pergi berubat satu hal lagi, so pakcik ajar buat pendinding sendiri. Nak harapkan orang lain sepenuhnya pun tak boleh jugak, kena ada usaha dari diri sendiri jugak kalau nak sihat.

Simptom ada benda ni senang je, kalau rasa takut sangat tu ada benda la tu. Ada beza kalau takut biasa dengan rasa takut benda tu ikut. Sakit bahu dengan belakang. Mengantuk yakmat walhal dah cukup tempoh masa tidur. Lesu & penat walaupun dah rehat.

Kalau ada rasa macam ni, dah check doctor pun result takde benda, try la amalkan bacaan ni. Selalunya buat lepas solat & sediakan satu botol air mineral. Nak buat ni pun ada pantang larang dia. Kena betul-betul focus/khusyuk. Fikiran jangan melayang pergi tempat lain ataupun buat benda lain macam main phone. Dulu masa baca ni memang rasa takut sangat, so eloknya berteman sebab bila buat berdua ni rasa semangat nak habiskan. Ada je yang buat tak mampu nak habiskan. Tiba-tiba lupa surah apa nak baca padahal surah Al-Ikhlas je. Kadang tu mengantuk yakmattttt sampai rasa nak tidur time tu jugak. Sebabtu digalakkan berteman.

Antara bacaan pendinding :

1)


 *3 Qul

2) Bismillah 20


3) Bismillah 9

 

4) Bismillah 6


5) Bismillah 5


Tapi cara ni untuk yang ringan-ringan je tau. Kalau dah teruk melarat tu pergi berubat dengan yang pakar lah. Hope this helps. Adios!

17 comments

  1. Thanks share tapi betul ke kalau mengantuk letih lesu tu terkena buatan orang?Macam mana nak detect?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak detect senang je, bukak youtube bacaan ruqyah. Kalau dengar sampai habis tak mengantuk ataupun sakit kepala maknanya okay lah tu. kalau rasa seram sejuk & other symptoms elok bawa berubat la :)

      Delete
  2. selalu juga sakit kepala dan pinggang, dulu igatkan sakit kepala tu sebab migrain walaupun tak pernah ada migrain sebelum tu then baru tahu kena benda mcm ni. ntah la org sekarang ni susah nak percaya, luar nampak baik tapi hati kita bukan tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasalnya nak pulak kalau yang jenis suka hulur makanan tu, memang kena hati2 sangat.

      Delete
  3. Selalu amalkan ayat ruqyah sebagai daily routine after solat... inshaallah dilindungi! ^^

    ReplyDelete
  4. perkongsin yg sgt bagus sbb benda ghaib ni kita tak boleh nk menidakkan kewujudannya sbb dia mmg ada. kita yg kena selalu beringat...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah
    terima kasih untuk perkongsian :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kongsikan surah dan zikir ini nak buat bekalan untuk anak dekar asrama

    ReplyDelete
  7. Terima kasihh atas peringatan dan doa yang dikongsikan. Semoga kita semua dilindungi dari gangguan syaitan

    ReplyDelete
  8. Nanti bolehla share macammana kena gangguan tu, nak tau jugak..

    ReplyDelete
  9. Bismillah 5 tu setiap hari kak ana amalkan especially bismillah ke-5 tu. 3x setiap pagi dan petang. InsyaAllah Allah lindungi kita ❤

    ReplyDelete
  10. Good sharing kak. Bismillah 5 tu mmg bagus. :).

    ReplyDelete
  11. Bagus dijadikan amalan.. In sya Allah

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.