Movie Review | Udaan (2010)

Thursday 25 January 2018


Director : Vikramaditya Motwane
Cast : Rajat Barmecha, Ronit Roy, Aayan Boradia, Ram Kapoor, Manjot Singh, Anand Tiwari, Sumant Mastkar, Raja Hudda, Varun Khettry, Akshay Sachdev
Genre : Drama
Running Time : 138 Minutes
Trailer :


Dah lama dah download movie ni tapi tak pernah tergerak hati nak tengok. Baru hari ni tengok dalam folder movie ni ada lagi. Rating IMDB movie ni tinggi jugak 8/10 tapi movie ni flop dekat box-office walaupun menang banyak award domestik dan global & movie Udaan secara rasminya terpilih di tayangan Cannes tahun 2010 untuk kategori Un Certain Regard. Fun fact, movie Udaan ni dikategorikan sebagai movie terbaik Bollywood tahun 2010.


Udaan mengisahkan tentang Rohan (Rajat Barmecha) yang dibuang dari sekolah berasrama selepas kantoi dengan warden keluar secara curi-curi bersama 3 orang rakannya yang lain untuk menonton wayang filem dewasa di pekan. Rohan pulang ke rumah dan berjumpa dengan ayahnya (Ronit Roy) selepas 8 tahun & pertama kali berjumpa dengan adik tirinya, Arjun yang berumur 6 tahun.


Disebabkan dibuang sekolah, Rohan berkerja di kilang besi ayahnya pada waktu pagi dan belajar subjek kejuruteraan di kolej sebelah petang. Waktu malam Rohan curi-curi keluar lepak dengan senior kolej. Rohan tak minat langsung dengan kejuruteraan, dia gagal dalam exam tapi belum sempat dia bagitahu ayah dia, Arjun masuk ke hospital sebab jatuh dari tangga & ayah dia pergi ke Kolkata untuk cari tender untuk kilang dia.

Masa dia jaga Arjun baru dia tahu ayah dia pukul Arjun sampai jatuh tangga since ayah dia panas baran dan kaki arak. Stress dengan kehidupan dia, Rohan berazam untuk larikan diri dari rumah. 

Related image

I'm a fan of Anurag Kashyap, since he is co-writing this movie so I know this movie is real. Different shade of life in India. Different shade of what Bollywood cinema present onscreen. So far belum ada lagi karya Anurag yang gagal, for me lah. Even Bombay Velvet is a fine art regardless the criticism he faced. Dalam movie Udaan, team ni ketengahkan tentang isu parenting.

Di India engineering memang kerjaya yang dipandang tinggi. Remember 3 Idiots? Haaa macam tu lah kebanyakan parents dekat India terutamanya middle class. Sama jugak macam ayah Rohan yang nak anak dia belajar engineering walaupun hakikatnya Rohan nak jadi penulis & he have great talent in that.


Storyline Udaan biasa je sebenarnya dengan mesej untuk kita kejar impian but the way the whole team portray this onscreen is perfect. Kalau movie biasa, kita akan dapat different perspective and we might say just follow your parents because they know best. Being writer won't secure your future but engineering will. But here comes rebel for a teen like Rohan. He know best for his life, he know his talent, he know how to mold his future regardless everything his dad had done to him and Arjun.  

Kalau dengan Anurag Kashyap ni dah kenal dah pelakon fav dia siapa sebab dia suka berlakon dengan pelakon-pelakon berbakat dan bagus bab deliver content bukan glam macam most A-list movies. So his choice untuk Ronit Roy berlakon sebagai ayah Rohan & Arjun memang tepat lah. Tegas dan panas baran. Tak tahu lah nak cakap dia ni sayang ke tak dengan anak-anak dia sebab dia memang usaha untuk bagi yang terbaik tapi in return anak-anak kena ikut cara dia & bagi yang terbaik jugak. When every parents said it is the best trade in life, children tell otherwise.

Image result for udaan movie review

Watak Ram Kapoor sebagai pakcik dan juga sebagai penyelamat kepada Rohan dalam movie Udaan also a fine part. What's great about his character in this movie is, dia tak naik sebagai hero selamatkan keadaan. He know his place. Dia cuma orang luar walaupun dia ada pertalian darah. He stick to his place. He respect his brother & dia taknak sebab dia, Rohan & Arjun jadi mangsa. 

What I love in this movie macam mana supporting cast sekeliling Rohan desak dia untuk hadap masalah dia. Macam senior college dia marah dengan Rohan, instead of being drunk and be coward, he ask Rohan to go face his father. Kalau pun Rohan pernah usaha sebelum ni, maknanya dia kena usaha lagi sebab orang lain pun ada masalah yang sama. Bukan Rohan je yang ada masalah dalam dunia ni. Another thing is the bond between Rohan and Arjun. Dalam movie ni macam mana dari a total stranger kepada kasih sayang abang kepada adik.


Soundtrack movie Udaan, adalah dari hasil karya Amit Trivedi and yes all song memang inspiring and the lyrics add up the emotion. Ditambah pulak dengan lakonan Barmecha sebagai Rohan boleh tambah emosi. Soundtrack Udaan pun banyak menang award domestic & international. 

All in all you guys can enjoy this finest art of the whole team in Udaan. It deserves the accolades and attention. Tak tahu lah kenapa flop masa tayangan tu tapi memang berbaloi untuk ditonton. I really wish Manish character have more time onscreen sebab character dia brightens up the movie. Setiap kali ada dia mesti kelakar. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

7 comments

  1. Baca review jalan cerita ni menarik..

    ReplyDelete
  2. Wahh macam best je citer ni. Dah lama tak layan movie.

    ReplyDelete
  3. u sure does a lot of reviews on the movies that i've never heard before. big clap for that

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss tu tujuan asal buat review actually. Geram tv asyik tayang movie yang sama walhal banyak lagi movie hindi yang best

      Delete
  4. review mcm best.. dgn ini, cikyan berdesup akan pi download.. nk tgk.. hahaha.. cuti dua hari boleh layan movie... yahoooooo ! thanks for review tau tau tau !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyyyy! Tengok jangan tak tengok! Sama-sama cikyan :D

      Delete
  5. tak paham why tv asyik ulang movie yang sama ja kan... lebih2 astro

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.