Movie Review : Gonjiam - Haunted Asyllum

By farhanna jafri - 14:20


Image result for gonjiam haunted asylum

Director : Beom-sik Jeong
Cast : Wi Ha-joon, Park Ji-Hyun, Oh Ah-Yeon, Moon Ye-Won, Park Sung-Hoon, Lee Seung-Wook and Yoo Je-Yoon
Production Company : Hive Mediacorp
Genre : Mystery/Horror
Running Time : 95 minutes
Release Date : 28 March 2018
Trailer :


Gonjiam Asylum antara 7 tempat paling berhantu di dunia dan bilik 402 merupakan bilik paling misteri sebab pintu bilik tak boleh dibuka langsung walaupun guna chainsaw. Sampai sekarang siapa yang masuk ke hospital sakit jiwa tu takkan dapat keluar dan takkan tahu apa misteri dalam bilik 402.

Hospital sakit jiwa Gonjiam ditubuhkan pada era 70-an dan pada tahun 1979, 42 pesakit mati serentak dan pengarah tempat tu hilang tanpa dikesan. Katanya ada pesakit yang terkena virus tapi tak boleh dihantar ke hospital untuk dapatkan rawatan so virus tu merebak kepada semua dan mati di hospital tu. Sebab tu la roh diorang ada dalam hospital Gonjiam dan siapa yang masuk akan diganggu tambah pula roh orang sakit jiwa kebanyakannya memang ganas dan agresif. You can’t never predict their action.

Makin ramai yang mati di hospital Gonjiam, makin ramai yang rasa tercabar untuk masuk dan rasa sendiri pengalaman seram di bangunan tu. Sama jugak macam Hajoon (Wi Ha-Joon), vlogger Haunted Times di Youtube dengan kelengkapan canggih untuk mengesan hantu. 4 orang sukarelawan turut serta dalam dokumentari seram ni termasuk Charlotte (Moon Ye-Won) yang dah pernah pergi 3 tempat berhantu di dunia under CNN.

Image result for gonjiam haunted asylum

6 orang pergi ke hospital Gonjiam meanwhile Hajoon control dari base camp di atas bukit dengan semua kelengkapan untuk bersiaran secara langsung. Misi utama diorang untuk membuka bilik 420 dan mencapai viewers seramai 1 juta. Untuk tarik ramai viewers, Hajoon dan 2 orang rakannya Sung-Hoon, dan Seung-Wook sengaja takutkan sukarelawan yang lain semasa upacara pembacaan mantra dan beberapa scene dalam movie sehingga Charlotte ketakutan.

Tapi gurauan bertukar menjadi nyata bila mereka sampai di ‘Group Treatment Room’ dan terdapat banyak keranda kayu yang mempunyai lubang di bahagian atas. Seung-Wook cuba bergurau dengan masukkan tangan dan pura-pura seperti ditarik dari dalam. Untuk pastikan Seung-Wook tak bergurau, Ji-hyun masukkan tangannya ke dalam tapi direntap dan dicakar. Charlotte makin takut kemudian ajak Jihyun keluar dari hospital tersebut. Tambah pula lepas kejadian patung pesakit yang dia jumpa di lantai berubah tempat.

Seorang demi seorang dikacau oleh roh pesakit di situ tapi Ha-joon arahkan untuk stay sehingga viewers mencecah 1 juta dan tawarkan pembahagian duit sama rata kepada Seung-Wook dan Sung-Hoon tapi makin lama hantu yang mengganggu makin agresif sehingga Ha-joon decide untuk masuk sendiri ke Hospital Gonjiam.

Image result for gonjiam haunted asylum

Lakonan 7 orang pelakon dari awal sampai habis memang menjadi sangat terutamanya Charlotte yang pada awalnya berani tapi berubah menjadi ketakutan bila nama dia di dinding disumpah untuk mati di situ. Ha-joon yang awalnya tenang mula resah bila dia diganggu di base camp kemudian makin ramai yang nak hentikan documentary semasa 800 ribu views. Semua yang berlakon dalam movie ni menggunakan nama asal supaya nampak real kecuali Moon Ye-Won yang menggunakan nama English, Charlotte.

Hospital Gonjiam dalam movie tak sama dengan hospital asal. Dalam movie team production pilih sekolah usang di Busan untuk hidupkan semula suasana seram hospital Gonjiam disebabkan Hospital Gonjiam sebuah hospital swasta dan penduduk Gonjiam tak suka dengan bunyi bising bila penceroboh masuk untuk ghost-hunting. That’s why dekat awal scene ada polis peronda di Hospital Gonjiam tapi team Haunted Times ni masuk ikut pintu belakang dari hutan.

Related image

Movie live footage pertama di Korea ni memang best nak layan sebab nampak macam real, tak ada background music ataupun fancy visual sebab sumber utama dari camera yang diorang bawa tu. Tapi bila masuk second half dah hilang dah rasa real tu sebab ada penampakan hantu sebenar means hantu yang dilakonkan supaya tambahkan rasa seram. Kalau diorang tak masukkan mungkin seram sejuk sampai habis movie. Lagi merapu bila diorang dah start masuk bilik misteri 402 sebab misteri dalam tu sangat tak logic dek akal. Mungkin halusinasi diorang macam Ha-joon halusinasi dapat 800k viewers tapi sebenarnya cuma 500 je.  

Movie ni memang tak ada plot or klimaks, tambah tak puas hati lagi bila tak tahu apa misteri di hospital tu since dalam movie pun tak diberitahu rahsia Gonjiam.
But still recommended sebab tak lah seram mana pun cuma ada scene yang jumpscare tapi ada part yang terpaksa ulang sebab nak tengok apa yang diorang takut sangat tu since visual gelap sikit compared movie biasa. Its better kalau tengok dengan lampu tertutup. You guys can watch at DramaNice :)


1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.7 = 7.8/10

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. cerita antoo seram2 i is surrender dulu. oh nooo jantung tak kuat..

    ReplyDelete
  2. Citer ni, mcm buang masa pun hado kalau dilayan..tk best langsung. Nasib layan streaming, boleh lajukan jadi 3x...hikhikhik..tgk jumanji lg best..

    ReplyDelete
  3. movie seram kena pikir banyak kali dulu sebelum tengok..hihi

    ReplyDelete
  4. Kalau Korea ni drama suka, kalau movie rasa mcm tak best sgt except Train to Busan & Battleship Island. Pernah baca review Tale of two sister ramai ckp best tapi tengok fuhhh mengantuk ya amat.

    ReplyDelete
  5. Memang tak tengoklah.. tak berape nak berani.. kikikiki

    ReplyDelete
  6. Rasanya kalau boleh masuk sendiri bangunan hospital maybe boleh rasa seram.. Nampak macam berhantu ja...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)