Dari Jauh Tertarik Dengan Showroom SSF Home MyTown Tapi.....

Monday, 6 June 2022

Cewah kemain tajuk entry gaya clickbait kan haha. Lepas berjalan dekat IKEA menyinggah pula dekat SSF Home sebab my mom nak tengok bunga dengan pokok tiruan dekat sini sebab banyak betul pilihan dekat dalam kedai ni. Dari jauh lagi macam memanggil sebab diorang letak pokok bunga merimbun yang besar dekat bahagian pintu masuk. 


Rambang mata lah tengok pelbagai jenis bunga dan pokok tiruan dalam pelbagai saiz. Warna pula memang terang sebab tu nampak cantik. Nak jenis bunga apa, semua ada tinggal duit ada dengan tak je. Sembang pasal harga memang bukan harga mampu milik lah walaupun cantik. 

Lagi satu tak bestnya SSF Home ni tak letak harga kecuali special promotion on that day. Boleh lah nak tanya staff dekat situ tapi staff pun tak nampak muka. Kalau ada dekat situ takkan nak suruh dia sebut harga untuk setiap jenis bunga? Mungkin konsep SSF Home ni ambil je barang letak dalam troli lepastu bayar dekat kaunter. Kau mampu? 


Kalau tak mampu, buat je lah macam kitorang ambil gambar sana sini je lah. SSF Home dah ada 40 branch dengan showroom yang cantik di Malaysia dan showroom SSF dekat MyTown ni adalah yang terbesar di Kuala Lumpur jadi banyak lah barang yang dijual dekat sini. Showroom pun banyak juga tapi macam tak boleh relate lah sebab showroom orang kaya. Pasu dia saja dah 700 hengget. Okay gurau, yang tu harga macam tu sebab pasu eksklusif. Ada je yang murah tapi kena pandai cari lah. 










Nak kata barang dekat SSF Home lebih eksklusif ataupun unik tu tak lah jugak sebab ada yang lebih kurang sama je design dia boleh jumpa dekat IKEA, Kaison ataupun Shopee dengan harga yang lebih murah. Towel dekat bawah ni pun boleh jumpa dekat Lotus. Bab kualiti tu rasanya tak jauh beza pun lah. Yang penting serap air. Kalau beli tuala mandi mahal tapi tak serap elok baik buat kain buruk je. 





Banyak masa dekat sini habiskan dengan bergambar dekat showroom je. Please jangan jajjjjjj!






Antara showroom yang sempat kitorang singgah atau bahasa mudahnya sesat mencari jalan keluar....







 
Rasa terinspirasi dengan wall deco dia sebab sebelum puasa pernah beli wallpaper tapi disebabkan dinding tinggi sangat, tak tercapai pulak nak tampal. Tangga pulak tunggu masa nak patah je sebab tak mampu nak tampung berat badan gamaknya. Buat style macam ni pun nice jugak ek. Anyway we had fun in here dan dapat juga jawapan kenapa ramai yang masuk sebelum kitorang tu geleng kepala bila keluar hshshs

Baru je happy dapat jumpa beberapa cosplay dalam tren, lepas habis makan dekat Food Empire ternampak pula kedai yang penuh dengan merchandise anime. Dekat bahagian belah kanan kedai pun dah ada patung Luffy One Piece bersaiz besar. Makin excited lah adik tengok sampai berlari masuk dalam kedai. Rasa macam nak beli harness je untuk budak ni T.T




Harga barang dekat sini tak pasti lah harga standard ataupun mahal sikit dari biasa sebab kalau dah set up kedai mesti lah kena markup sebab nak bayar utilities. Yang pastinya standee yang adik I beli jauh lebih murah kalau borong dekat Shopee. Kalau adik lelaki yang datang sini mesti dia excited teruk tengok Gundam bersepah dekat sini. 

De FigureLab ni ada stor dekat MyTown je kalau dekat area Kuala Lumpur dan 3 lagi cawangan di Johor Bahru. Dekat sini boleh juga buat pre order untuk figura yang diingini selain dari beli yang original di kedai. Kena rajin belek Instagram diorang lah untuk tahu latest update dan activities. 




Uniknya dalam De FigureLab ni selain dari figura, plushies, keychain dan merchandise lain, ada banyak poster untuk setiap watak dari pelbagai siri anime ditampal di bahagian dinding kedai. Adik lah yang terpaling excited bila nampak semua watak Genshin Impact dengan One Piece. 


I layan One Piece pun kadang-kadang je kalau diorang bukak time waktu makan. I kenal Luffy je lah pun sebab watak utama. Yang beratus yang lain tu jangan tanya lah, mana nak kenal pun. Zaman I layan Dragon Ball, Slam Dunk dengan Sailormoon je. Dalam Naruto pun kenal Naruto dengan Sasuke je. 


Sekarang pun baru start layan Dr. Stone dengan Spy x Family. Tak lama nanti ada lah tu cosplay keluarga Forger pulak sebab siri anime tu tengah famous sekarang even Hakken dah start cosplay watak Lloid Forger. 

Penat Berjalan Dekat IKEA Cheras


Dah bosan pergi IKEA Damansara jadi Ahad lepas ajak family pergi IKEA dekat MyTown Shopping Mall pulak. Kira hit two birds with one stones lah sebab adik-adik I suka naik MRT dan tren dari Kwasa menuju ke Cochrane ni menyinggah 13 stesen jadi puas lah dia duduk dalam tu. Tak mahal pulak tu tambang MRT ke MyTown sebab RM3.60 je. 

 

Dah puas naik tren boleh guna escalator tinggi pulak sampai boleh bergambar banyak-banyakkkkk!

Dari pintu masuk MyTown shopping Mall tu jauh juga nak kena berjalan sampai ke IKEA sebab dari hujungggg sini ke hujunggggg sana. Masa sampai tu tak lah ramai orang sangat tapi makin lama makin sesak. Maklumlah hujung minggu kan, ramai yang bawa family ke sini. Ingatkan ramai yang balik kampung jadi tak sangka pula IKEA akan penuh dengan orang. 


Walaupun ramai tetap happy dapat tengok showroom IKEA sebab dapat banyak ilham baru. Rasanya IKEA Cheras ni lebih tertumpu dengan dekorasi untuk studio house dan rumah apartment sebab cara susun atur barang menggunakan konsep menegak. Banyak juga showroom yang guna shelf panjang di bahagian dinding belah atas untuk simpan barang dalam storage. Sesuai lah nak apply untuk rumah sendiri sebab apartment jugak. 

Suka tengok showroom ni sebab stylish! Ala cool kids dekat New York










Dekat IKEA Cheras ni banyak juga lah barang yang ada dekat sini tapi tak ada dekat IKEA Damansara sebab IKEA terbesar di Malaysia kan. Haruslah lebih banyak pilihan dan lebih banyak showroom yang kreatif. Tertarik dengan lampu lantai menegak dia sebab cantik. Bunga atau pokok tiruan pun banyak pilihan juga dekat sini. Storage pun ada pilihan pelbagai jenis dan warna. 






Deko dekat beranda dia lebih kurang sama je dekat IKEA Damansara tapi bersaaiz kecil sebab rumah studio dan apartment. Nak follow tapi macam tak sesuai sebab beranda rumah basah bila hujan lebat. 



I nak apply idea deko ni dekat beranda rumah!!!

Rehat kejap lepas penat berjalan tengok showroom untuk ruang tamu

Sampai dekat showroom bahagian dapur pun banyak juga idea untuk hiasan dapur yang dibuat dengan hiasan secara menegak. Bab dapur ni mak I suka lah tengok tapi tang harga tu dia tak suka lah hshshs







Dekat sini ternampak pulak bakul IKEA RISATORP warna biru muda sebab dekat IKEA Damansara ada warna putih je. Tak tahu lah kalau ada warna lain jugak tapi everytime I pergi memang tak pernah nampak langsung. Rasa macam nak beli bila album Treasure I dah banyak nanti sebab warna dia ikut warna tema Teuland hiks!


Lepas melawat ruang kanak-kanak dengan bilik tidur ni terus surrender sebab energy dah habis nak teruskan perjalanan. Bila beratur dekat restoran pulak panjang nau lepastu menu dia tak best. Sudahnya makan dekat Food Empire je. Barang yang kitorang pilih tu pun terbiar je lah dekat IKEA tu. Beli dekat Shopee je lah gamaknya sebab masing-masing dah tak larat nak berjalan ke IKEA balik. Kalau sambung beli pun nanti kena beratur panjang pulak dekat kaunter. Tak sangguppppp!