Telemovie ‘Sekolah Sampah’ yakni hasil terbitan Arie Zaharie Production Sdn Bhd memaparkan kisah kecekalan seorang pengembara dan usahanya dalam memberi didikan yang adil saksama kepada kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Telemovie terkini keluaran Astro Citra ini memberi penekanan kepada kepentingan ilmu bagi semua tidak kira darjat, status atau kemampuan kita.

Penceritaan berdurasi 94 minit ini mengisahkan Adam, seorang backpacker berumur 30-an menetap di Sandakan yang bercita-cita untuk mengembara ke seluruh Sabah. Sebelum pengembaraannya bermula, Adam mendapat tahu kisah kanak-kanak pengemis yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka di sekolah. Kanak-kanak tersebut tinggal di Kampung Sampah dan menyara hidup dengan mengutip serta menjual barangan terbuang. 

Untuk memberi kesamarataan dalam pendidikan kepada mereka, Adam nekad mendidik anak-anak itu dengan membina Sekolah Sampah sehingga mengorbankan impian pengembaraannya. Pengorbanan ini dibantu oleh salah seorang muridnya, Erna yang juga mengambil bahagian dalam mengajar rakan-rakannya yang tercicir dalam pelajaran. Dengan usaha membangunkan Sekolah Sampah, Erna telah mengirimkan sepucuk surat kepada pemimpin tentang kewujudan sekolah tersebut. 

Telemovie yang mampat dengan harapan dan impian serta merungkai isu-isu ketidaksamarataan yang relevan dalam kalangan masyarakat ini mengangkat empat orang pelakon iaitu Aliff Aziz sebagai Adam, Bella Astillah sebagai Nureen, Pasqueletta Joan Paulus sebagai Erna dan Aidil Zaquan Astillah sebagai Adi. ‘Sekolah Sampah’ merupakan arahan pelakon dan penyanyi keluaran Akademi Fantasi musim kelima yang berbakat besar, Ebi Kornelis dan turut didukung oleh barisan pelakon baharu yang hebat seperti Rubisa Tiasin, Nuhamizan Syahmi Musa, Syed Haiqal Saputra, Fatima Nadhira, Sahrah Asor, Ejin Dinting dan Jaipin Leggau.

Telemovie ini akan ditayangkan pada hari Sabtu, 28 Mei 2022, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Citra (108) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Ebi Kornelis - Pengarah Telemovie ‘Sekolah Sampah’

“Pembikinan telemovie ini merangkumi pelbagai aspek dan emosi kerana saya mahu penceritaannya penuh dengan harapan, impian dan usaha mereka yang menjayakan sesuatu yang mustahil. Ilmu adalah sesuatu yang saya ingin mengetengahkan kerana tanpanya, kita tidak akan berganjak ke hadapan.Seperti yang telah kita tahu, ilmu itu digenggam sehingga kecil lagi. Namun, ada pada mereka yang tidak mampu untuk menimba ilmu dan terpaksa berhenti sekolah. 

Walaupun begitu, sebenarnya penimbaan ilmu itu tiada terhadnya. Antara cabaran yang saya hadapi ketika mengarah telemovie ini adalah kekangan masa. Oleh kerana penceritaannya juga membawa aspek-aspek daripada Sabah, saya perlu membaca dan memahami skrip dalam tempoh kurang daripada 12 jam ketika berada dalam kapal terbang dalam perjalanan ke Sandakan. 

Saya juga perlu memikirkan harapan dan tujuan pihak produksi kerana pengarah yang saya gantikan merupakan pengarah otai yang pernah memenangi anugerah sebelum ini. Begitu juga dengan penulis skripnya yang dua-dua pernah memenangi anugerah dalam penulisan skrip.

Selain itu, saya juga perlu berhadapan dengan pelakon kanak-kanak pada kali ini. Bekerja dengan mereka memang lain kerana emosi dan pengalaman pelakon kanak-kanak ini berbeza dengan pelakon dewasa. Kita perlu bijak dalam mengawal emosi mereka kerana mereka kurang berpengalaman beraksi di hadapan kamera. 

Daripada aspek lokasi pula, sebahagian besar lokasi penggambaran dilakukan di atas timbunan sampah dan terdedah kepada bahaya objek-objek tajam serta haiwan yang berbisa. Kami juga sentiasa perlu menjaga diri daripada bakteria dan virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Lokasi tersebut juga agak berbau dan panas ekoran matahari yang terik. 

Namun, saya sangat gembira kerana pelakon-pelakon telemovie ini semuanya berdisiplin dan mempunyai keinginan serta misi yang tinggi untuk membuktikan sesuatu kepada masyarakat yang mampu membuatkan mereka senang dalam memberikan lakonan yang terbaik dalam watak masing-masing. Syukur Alhamdulilah mereka faham naskah yang ingin di perjuangkan melalui telemovie Sekolah Sampah ini.

Pengambilan watak Adam dan Nureen juga sebagai watak utama merupakan sesuatu yang saya bangga kerana lakonan mereka memang serasi sebagai pasangan bercinta. Mereka dapat menunjukkan emosi-emosi yang tepat dan mampu memberikan elemen-elemen yang sejajar dengan apa yang saya tanamkan ketika pembikinan plotnya. 

Telemovie ini adalah bukan karya yang biasa kita tonton di televisyen. Bukan semua pengkarya berani menonjolkan kebenaran dalam berkarya lebih-lebih lagi telemovie ini tidak mengetengahkan aspek kekayaan atau pun cerita korporat seperti yang kita sering lihat. Karya ini lebih menonjolkan aspek yang jujur dan karya yang menunjukkan sisi-sisi manusia yang sebenar. Walaupun penuh dengan karya yang hebat, industri kita kurang dengan karyakarya yang sebegini. Para penonton pasti tidak akan menyesal dengan penceritaannya kerana tiada unsur klise.

Telemovie ini diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada penonton mengenai kepentingan ilmu bagi semua rakyat tidak kira daripada mana mereka datang. Banyak perkara yang mampu mengetuk pintu hati kita untuk lebih mengenali diri kita siapa serta menunjukkan kepada kita bahawa ada sesetengah orang yang betul-betul dalam kesusahan dalam menempuh kehidupan yang tidak terbayang. 

Namun, mereka masih mampu tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ada juga daripada kita yang hidup dalam keselesaan tetapi masih tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Ini adalah karya yang mampu menginsafkan kita dan membuatkan kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Itulah yang ingin saya terapkan kepada semua.

Telemovie ini diharap dapat memberi kesedaran kepada penoton juga tentang pentingnya ilmu dalam membangunkan negara serta diri sendiri. Saya juga berharap para penonton faham erti kesamarataan dalam menimba ilmu ini kerana tiada siapa patut dihalang daripada mendapatkannya. Saya juga ingin mengetengahkan bahawa pentingnya usaha pihak-pihak yang terlibat dalam menjaga kanak-kanak yang mampu menjadi tunjang kepada negara pada masa hadapan kelak tanpa menindas mereka berdasarkan kemampuan dan tempat mereka sahaja.”

PECAHAN WATAK TELEMOVIE ‘SEKOLAH SAMPAH’

Aliff Aziz                                Adam

Bella Astillah                         Nureen

Pasqueletta Joan Paulus         Erna

Aidil Zaquan Astillah             Adi

Rubisa Tiasin                         Naemah

Nuhamizan Syahmi Musa     Bad

Syed Haiqal Saputra             Umar

Fatima Nadhira                     Lily

Sahrah Asor                           Mariam

Ejin Dinting                           Pak Salleh

Jaipin Leggau                         Zaki


TRIVIA MENARIK TELEMOVIE ‘SEKOLAH SAMPAH’

1. Durasi penggambaran telemovie ‘Sekolah Sampah’ mengambil masa selama 8 hari di Sandakan, Sabah.

2. Penceritaan telemovie ini sebenarnya diinspirasikan daripada kisah benar.

3. Telemovie ini menampilkan gabungan pelakon-pelakon popular dan pelakon-pelakon daripada Sabah.

4. Pengarah yang diganti oleh Ebi Kornelis turut mengikuti penggambarannya di Sandakan bersama-sama dengan penulis skrip telemovie ini.

5. Sekolah Sampah merupakan telemovie pertama setelah Alif Aziz bergelar juara Gegar Vaganza 8.


LOGLINE TELEMOVIE ‘SEKOLAH SAMPAH’

Pengorbanan seorang pengembara yang membina sekolah untuk kanak-kanak pengemis yang tercicir dalam pelajaran.


SINOPSIS TELEMOVIE ‘SEKOLAH SAMPAH’

Sekolah Sampah mengisahkan seorang backpacker, Adam yang ingin mengembara ke seluruh Sabah. Namun setelah mendapat tahu tentang kanak-kanak pengemis yang tidak bersekolah dan tinggal di satu tempat pembuangan sampah, Adam nekad untuk mengorbankan wang pengembaraannya demi membina sebuah sekolah untuk mereka. Akhirnya, Adam terpaksa pulang. Dalam mendidik kanak-kanak pengemis tersebut, salah seorang murid Adam yang bernama Erna telah membantu menggalas tanggungjawab untuk mengajar rakan-rakannya itu. 

SUPERHERO IKONIK MALAYSIA ‘KELUANG MAN’ KEMBALI & BAKAL DIFILEMKAN

Monday, 23 May 2022


SUPERHERO IKONIK MALAYSIA ‘KELUANG MAN’ KEMBALI & BAKAL DIFILEMKAN
| Astro Shaw dan Iconic Animation Studio Ikat Perjanjian Dalam Menerbitkan Filem

Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular dan menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man bakal diangkat ke layar perak. Penerbit dan peneraju industri perfileman tanah air, Astro Shaw telah menandatangani lesen hak cipta adaptasi ke filem bersama pemegang IP (Harta Intelek) Keluang Man, Iconic Animation Studio Sdn Bhd baru-baru ini bagi menerbitkan filem aksi pertama Keluang Man. Kerjasama ini sekaligus menjadi titik permulaan buat Astro Shaw dan Iconic Animation Studio dalam memperkenalkan semula IP animasi adiwira legenda ini kepada generasi baharu serta bakal melahirkan universe adiwira tempatan terbesar.

Keluang Man merupakan siri animasi popular dan diminati ramai pada akhir tahun 90-an dan awal 2000-an. Siri animasi adiwira pertama tanah air ini diilhamkan oleh Allahyarham Haji Kamarudin Bin Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Kamn Ismail bersama pengasas Dan Pemilik UAS Animation, Natashah Datuk Hj Md Noor dan pertama kali disiarkan pada tahun 1998. Mempunyai 7 musim dengan lebih 140 episod, Keluang Man menampilkan jalan cerita amat unik yang mempamerkan adiwira yang diinspirasikan oleh keluang dan turut diselitkan dengan elemen komedi. Borhan yang juga Keluang Man ialah seorang pesakit di sebuah hospital mental di Tumpoi dan berubah menjadi adiwira bagi membanteras jenayah pada waktu malam dengan bantuan rakannya, Tiong Man.

Watak adiwira tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa ajaib istimewa tetapi dibentuk dengan ilmu persilatan, naluri dan sikap kejujuran yang tinggi. Rentetan daripada reaksi positif para peminat dan penonton sejak animasi ini ditayangkan, terdapat banyak permintaan untuk mengembangkan lagi animasi kegemaran ramai ini. Dengan kehadiran filem baru Keluang Man yang bakal diterbitkan, Astro Shaw dan Iconic Animation Studio komited untuk menghasilkan karya terbaik dengan memastikan legasi Keluang Man terus hidup bersama generasi baharu dan akan datang.

“Kami rasa amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan dan peluang untuk bekerjasama dengan Iconic Animation Studio dalam mengangkat karya animasi legenda ini ke pentas yang lebih besar iaitu layar perak. Kami percaya jenama Keluang Man amat besar dalam industri seni animasi tempatan dan mempunyai peminat tersendiri yang membesar bersama siri animasi ini. Meskipun jenama ini telah lama disiarkan, namun apabila ia diulang tayang selepas 10 tahun kemudian, ia masih mendapat sambutan baik dan itu membuktikan animasi adiwira ini mampu meninggalkan kesan di hati penonton dan sentiasa relevan mengikut peredaran zaman. Kami harap berita baik ini dapat memberi keterujaan buat peminat dan sekaligus dapat membuktikan karya animasi tempatan mampu diangkat ke tahap yang lebih tinggi.” - Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad

“Jenama Keluang Man telah bertapak dalam industri animasi lebih 26 tahun dan ia masih diingati serta diperkatakan dalam kalangan peminatnya. Kami yakin ramai yang menantikan kemunculan semula animasi Keluang Man ini. Malah, perancangan untuk membawa animasi ini ke filem juga telah lama dibuat. Alhamdulillah, akhirnya impian ini bakal terlaksana dan lebih rasa berbesar hati kerana ia bakal direalisasikan bersama penerbit terkemuka Malaysia, Astro Shaw. Jadi, nantikan kemunculan semula Keluang Man tidak lama lagi.” - Pengarah Iconic Animation Studio Sdn Bhd, Muhamad Firdaus Bin Omar

"Iconic percaya dengan semangat kebersamaan pemilik hakcipta, pemilik jenama termasuklah para waris mereka dalam merealisasikan filem ini dengan Pasukan Kreatif Astro Shaw, Keluang Man bakal menjadi legenda besar Industri Animasi tempatan bertaraf Global." - Ketua Pegawai Eksekutif Iconic Animation, Ida Rahayu Md Noor

Bekas Penolong Pengarah Animasi Keluang Man, Amir Hamzah Hashim yang juga Presiden Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) menyambut baik berita ini dan menyokong penuh usaha pihak Astro Shaw dalam merekayasa dan meneroka ruang pasaran baharu bagi jenama Keluang Man. “Sebagai antara penggiat awal dan dipertanggungjawabkan sebagai Penolong Pengarah Animasi dalam produksi asal dahulu, berita ini sangat menyegarkan dan memberi lebih energi kepada kami untuk terus menghasilkan karya baharu bagi tatapan peminat adiwira tempatan ini, saya berharap para peminat dapat menyokong dan memberi reaksi positif apabila ditayangkan kelak.”

Keluang Man bakal memulakan pra-produksi dalam masa terdekat dan pihak Penerbit akan mengumumkan jangkaan tayangannya di pawagam kelak. Ikuti info dan perkembangan filem Keluang Man ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Nasib Malang Berbau Kopi

Khamis lepas order breakfast guna Grab sebab dah jelak makan sandwich dekat Family Mart. Lagipun perut masa tu macam sebu jadi nak makan yang sup je lah. Teringin nak makan croissant Starbucks tapi semalamnya baru je makan. 

Belek punya belek dekat Grab tu order lah Hor Funn dekat Old Town dengan iced white coffee sekali. Sementara tunggu tu check email dengan siapkan kerja yang tergendala semalamnya. Bila Grab rider sampai, dia sebut nama Farhana which is me so I ambil je lah tapi macam pelik kenapa dekat bungkusan tu ada logo San Francisco. 


Bila tengok resit, nama dia Ray lengkap details menu yang dia order dekat San Francisco Coffee. Nak kata chambering student Ray yang belanja I macam pelik jugak sebab I tak ada tolong dia buat kerja langsung. Last I contact dia dua minggu lepas. Kalau dia belanja I pun kenapa details sangat apa yang dia order ni kan?

I call rider tanya dia kenapa order I San Francisco bukan Old Town lepastu dia baru tersedar yang dia salah hantar. Sepatutnya makanan Ray ni dekat unit sebelah. Then okay lah, tukar je lah kan? No big deal lah sebab benda boleh settle. 

Tapiiiiii haihhhh rider Grab tu datang jumpa I balik lepastu bagitahu si Ray ni dah makan makanan I and I was like whyyyyy??? Dah la restoran berbeza, makanan pun berbeza then kenapa dia makan ek? Lapar sangat ke sampai tak boleh tunggu isu ni settle dulu? Selekeh gila perangai dia. Dah la tak call minta maaf ke apa. 


Jadi nak marah sebab I tak suka kopi dari San Francisco Coffee, dah la dia order Vanilla Latte double shot espresso. Dah la kopi pekat lepastu dia request extra shot pulak. Sakit kepala lepas minum kopi ni padahal dah tambah secawan air masak. Walaupun I dapat croissant tapi SFC ni memang bukan franchise yang digemari lah. Macam merepek je buat croissant egg mayo tapi bila makan scrambled eggs dia berterabur. Siapa la yang cerdik sangat masukkan scrambled egg bukannya telur goreng biasa. 

Muhasabah diri betul bila makan tu sebab I memang nak croissant at the first place tapi I order yang lain sesuai dengan maslahah dan keadaan diri masa tu tapi takdir pertemukan jugak dengan croissant dari tempat yang I tak suka dan datang dalam keadaan yang I tak suka. Macam tu ke jodoh I nanti like yewww hmmm noooo :'(

 

Sejak Restoran Gamelan dengan Kedai Kopi Oasis keluar dari Oasis ni dah tak ada dah restoran nasi campur. Ada la mamak dekat depan tu tapi takkan lah hari-hari nak makan nasi dengan kari? Ada masa order je dari Gamelan tapi mahal sikit lah sebab ada delivery charge jugak. 

Minggu lepas ternampak restoran baru buka dekat tapak Coffee ETC. Happy bila tengok board Restoran Dapur DD ni ada sediakan nasi campur dengan ikan bakar. Fuhhh dah lama tak makan ikan bakar sebab kena menapak ke apartment. Nak ke situ bab parking susah satu hal, restoran dia kecik satu hal jugak. 


Restoran Dapur DD buka dari 8 pagi sampai jam 6.30 petang so kalau tak sempat breakfast dekat rumah boleh tapau dekat sini sebab ada bihun goreng, kueytiaw goreng, nasi goreng dengan nasi impit. Nasi lemak pun ada yeayyy. 

Untuk makanan tengahari memang banyak sangat lauk yang disediakan. Patin masak lemak tempoyak, ayam berlada, cencaru masak sambal, kari ayam, ayam masak lemak, kembung masak asam pedas, lala masak pedas, tempe goreng sambal, ayam masak kicap etc



Bahagian sayur pun banyak pilihan sebab kalau tak makan sayur goreng, ada section untuk pelbagai jenis kerabu. Ada kerabu mangga, kerabu kacang panjang, kerabu kacang botol dengan kerabu ulam. Sayur rebus dengan ulam-ulaman pun ada jugak. Memandangkan ada ikan bakar maka ada lah aneka sambal jugak. Happy wei tengok ada sambal tempoyak!


Dekat sebelah section sayur tu ada bahagian goreng-goreng macam ikan kering, ayam goreng, popcorn ikan, nugget dan seangkatan dengannya. Telur masin dengan telur dadar pun dekat sini jugak. Yang bestnya, ,dekat Dapur D ada pisang goreng dengan cucur sayur tapi kena beli cepat sebab minggu lepas ada pakcik tu borong pisang goreng sampai habis dua pinggan T.T


Masa order air dekat Dapur DD nampak teh dia bancuh pekat dalam jag besar tapi bila order masuk dalam gelas jadi ceroi. Menyesal jugak lah order sebab tak rasa sangat pun teh dia. Melayang 4 hengget. Air epal asam boi pun tak rasa epal sangat sebab dia lebihkan asam boi dan air. 

Dekat kaunter ikan bakar tu ada nampak jugak Dapur DD letak Mi Kari dengan Laksa tapi tak sure dia start jual dari pukul berapa. But the fact diorang jual dua menu ni pun dah cukup membahagiakan sebab ada banyak pilihan. Berapa harga semangkuk tu tak pasti, sedap ke tidak pun tak pasti sebab tak cuba lagi. 

Masa kitorang makan haritu memasing puji sedap untuk menu berlauk. Ikan bakar pun sedap sebab tak kering. Cicah dengan air asam fuhhh happy! Buat masa sekarang Dapur DD tak buat goreng-goreng ala carte sebab tak cukup staff. Diorang tengah mencari lagi pekerja. Even nak bayar pun kena guna wang tunai je sebab belum register lagi untuk cashless payment. 


Tengok dekat cashier counter, Restoran Dapur DD ni terima tempahan untuk majlis hari jadi, meeting, jamuan makan dengan majlis bertunang tapi tak tahu macam mana dia kira per pax. Tapi mudah lah lepas ni kalau meeting ataupun ada klien VIP nak datang boleh order dekat sini. Yeayyy!

Movie Review | Senior Year (2022)

Sunday, 22 May 2022

Director : Alex Hardcastle

Writer : Andrew Knauer, Arthur Pielli, Brandon Scott Jones

Cast : Rebel Wilson, Sam Richardson, Zoë Chao, Mary Holland, Justin Hartley, Chris Parnell, Angourie Rice, Avantika Vandanapu, Michael Cimino, Jeremy Ray Taylor, Brandon Scott Jones, Alicia Silverstone

Production Company : Paramount Pictures, Paramount Players, Broken Road Productions, Belle Hope Productions

Distributor : Netflix

Genre : Comedy

Running Time : 111 minutes

Release Date : 13 May 2022

Trailer :


Stephanie Conway (Angourie Rice) mempunyai kehidupan remaja yang sempurna. Popular di sekolah, ketua pasukan sorak Harding High dan mempunyai teman lelaki yang kacak. Malangnya dia koma selepas jatuh semasa persembahan dan bangun 20 tahun kemudiannya. Tak mungkin lah Stephanie nak teruskan kehidupan seperti biasa sedangkan kehidupan dia terhenti pada umur 17 tahun. 

Stephanie guna kuasa veto Martha (Mary Holland) sebagai pengetua sekolah untuk benarkan dia masuk ke Harding High semula. Dia perlu dapatkan balik populariti, jadi kapten pasukan sorak dan tiara Prom Queen. Sangkanya mudah untuk kehidupan sempurna dari perspektif dia tapi banyak benda yang dah berubah dalam zaman Gen Z. Pelajar paling popular dipegang oleh Bri (Jade Bender) dan cheerleding team cuma pasukan sorak tanpa stunts atau tarian mengghairahkan. 

Walaupun naskhah komedi arahan Alex Hardcastle mempunyai banyak momen tribute pada zaman 90-an tapi kecederaan Stephanie agak besar untuk tutup mata begitu saja. Tambah pula bila video dari tahun 1990 muncul dan viral di socmed. Jadi persoalan utama kenapa ayah Stephanie (Chris Parnell) tak failkan saman untuk percubaan membunuh. 20 tahun jangka masa yang lama untuk pesakit koma dan bil hospital mesti melambung tinggi. Masa Tiffany Balbo (Zoe Chao) bagitahu admission fee untuk prom dah naik harga pun Jim dah murung. 

Lagi merepek bila Stephanie sendiri tak mengamuk bila dia koma gara-gara konspirasi Tiffany untuk dapatkan title Prom Queen? Takkan lah dia terlampau obses dengan prom sampai macam tu sekali? Watak Tiffany dengan Blaine (Justin Hartley) pun lebih kurang je tak matang walaupun dah ada anak besar. 

Plot Senior Year sepenuhnya ikut formula movie komedi zaman 90an dan predictable sangat dari awal sampai habis. Tapi yang buatkan movie ni seronok ditonton secara santai bila Rebel Wilson perlu lakonkan watak 17 tahun yang cranky. Angourie pun lakonkan watak Stephanie dengan cemerlang bila dia kena hidupkan watak Stephanie ikut karakter Rebel Wilson. Vintage wardrobe dengan hairstyle pelbagai gaya pun membantu dia nampak sebagai pelajar sekolah yang cool dan menyerlah antara semua. 

Happy betul bila Alex Hardcastle masukkan playlist 90-an terutamanya lagu Crazy – Britney Spears dengan lagu Kelly Clarkson. Sambil layan movie sambil karok depan Netflix. Makeup Rebel Wilson masa menari lagu Crazy tu mirip betul dengan Britney Spears. Cuma macam merepek lah cheerleading team dia tak pandai menari langsung walhal Gen Z ada TikTok dan Instagram Reels yang penuh dengan dance challenge setiap minggu. 


Personally for me movie Senior Year ni mungkin lebih menarik kalau Stephanie jumpa boyfriend muda dekat sekolah tu selain dari jatuh cinta dengan Seth (Sam Richardson). Baik Seth ataupun Blaine kedua-duanya hambar untuk jadi watak kekasih Stephanie yang popular dan hyper. Senang sangat Stephanie suka dengan Seth padahal bukannya diorang rapat sangat pun masa sekolah dulu. Nak kata dia terharu sebab Seth selalu ada pun, dia tak kisah pun siapa yang datang jenguk dia dekat hospital. 

Watak Janet Singh (Avantika Vandanapu) dan Yaz (Joshua Colley) tak dikembangkan dengan baik walahal mereka adalah substitute kepada Martha dan Seth di zaman 2022. Nak rasa kesian dengan Martha dan Seth pun agak susah sebab watak diorang tak dikembangkan dan momen Stephanie lepak dengan diorang pun tak banyak sangat. 

Secara santainya boleh tahan lah nak layan comeback movie Rebel Wilson selepas perubahan badan yang drastic tapi kalau sebagai naskhah komedi dan teen flicks, I lagi seronok ulang balik movie Mean Girls. Booooo!

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 6.3/10