Eco Bakery Sungai Besar Cawangan Ke-5

Tuesday, 3 May 2022


Sebaik saja selesai shopping dekat Eco Shop Sungai Besar, terus melangkah laju ke Eco Bakery sebab tak pernah lagi rasa makanan dekat sini. al-maklumlah baru je Eco Shop come up dengan idea ni. Kalau Eco Shop menggunakan warna merah terang sebagai warna tema, Eco Bakery pula menggunakan warna hijau malap. Kontra betul walaupun di bawah satu syarikat. 


Dekat Eco Bakery ni bukan setakat ada bun, roti, muffin dan pastries tapi ada aneka pilihan toast, jam dengan kek juga. Harga makanan dekat dalam bakery ni terikat dengan RM2.90 lah rata-ratanya. Sebelum ni Eco Bakery tawarkan harga RM2.50 tapi mungkin diorang naikkan harga sejak harga barang dah naik. Yang ditawarkan di Eco Bakery ni murah sikit lah berbanding bakery lain. Saiz pun ada perbezaan juga even rupa fizikal pun tak lah fancy macam bakery yang popular. 


Masa pergi Eco Bakery ni dah banyak lah makanan yang dah habis sebab dah petang. Bulan puasa pulak tu, jadi tak banyak lah yang Eco Bakery sediakan sebab tagline diorang ialah Roti Hari Ini. Kang kalau tak habis, membazir pula ye dak? 

I perasan dekat monitor dan poster Eco Bakery ni ada beberapa menu baru jadi Eco Bakery ni mungkin akan tambah lagi pelbagai jenis pastries untuk tarik lebih ramai pelanggan. Mana tahu esok lusa ada sushi pula sebab harga sushi pun lebih kurang harga menu makanan dekat sini je. 



Selain makanan, Eco Bakery pun ada juga menyediakan aneka minuman dan juga pencuci mulut seperti aiskrim tapi disebabkan bulan puasa, tak dapat lah nak cuba. Boleh je nak try sebab tak puasa tapi lecehnya lah nak makan dalam kereta. Takut belum sampai kawasan parkir, aiskrim dah cair macam aiskrim Family Mart. 

Aiskrim dekat Eco Bakery ada perisa La' Chocolate, Salted Caramel Coconut dan Mixed Flavor. Yang Mixed Flavor tu entah ada perisa apa sebab tak ada description in details pun. 


Minuman dekat Eco Bakery ada Espresso, Black Coffee, Bamboo Salty Coffee, Mocha, Cafe Latte, Hot Chocolate, Teh Tarik, Soya, Teh Buah Pic, English Breakfast Tea, Iced Black Coffee dengan Iced Eco Coffee. Yang tak bestnya dekat Eco Bakery selain tiada tempat duduk disediakan, Cafe Latte juga cuma ada hidangan panas. 


Sebab nak cuba rasa kopi Eco Bakery, try je lah beli Iced Eco Coffee dengan harga RM2.90 juga. 


'Rasa ini, Saiz ini,, Harga ini, hanya di Eco Bakery' katanya tapi rasa kopi dia macam kopi dekat restoran biasa tu je. Kalau beli kopi yang ada susu pun dia akan pakai susu tin atau susu sejat. Clearly I memang tak akan beli dah la, bukan sebab tak sedap tapi tak kena dengan tekak. Susu pun I prefer susu segar memandangkan susu tin banyak gula. Untuk yang nak enjoy minum kopi dengan harga murah dan bersaiz besar, this is the place. 


Ni antara pastries yang I dah cuba. I suka black sesame bread tu sebab rasa bijan hitam dia sedap dan tak pahit walaupun letak banyak sampai melimpah keluar. Croissant tu a bit keras walaupun dia besar. Yang lain so so je lah rasa dia, sesuai dengan harga. So kalau nak menghilangkan lapar mungkin okay lah tapi kalau nak sedap, beli dekat bakery lain. 

Kedai Eco Shop Sungai Besar Memang Besar!


Sebelum ni kalau balik ke Sabak Bernam memang jadi aktiviti wajib singgah ke Eco Sabak Bernam sebab boleh borong barang murah dekat situ. Paling best kalau boleh borong pasu, tanah ataupun mug seramik sebab saiz dia besar. Sejak Eco shop buka cawangan dia dekat Citta Mall, dekat sebelah Oasis Square Ara Damansara tu memang dah jarang lah ke Eco Sabak sebab dekat je depan mata. 

Masa balik Sabak nak beli baju raya ternampak lah Eco Shop baru buka cawangan baru dekat Sungai Besar. Kemain besar Eco Shop ambil lot kedai dekat situ. Sudahlah besar, dua tingkat pulak tu. Memang puas hati lah kalau shopping barang dekat sini. Parking pun senang sebab luas dan banyak sebab dekat lot belakang tu belum ada kedai masuk lagi. 



Bahagia betul kalau tengok section ni, tak kisah lah dekat mana-mana cawangan Eco pun. 


Baru tahu Eco Shop pun ada jual para tapi para dia pendek lah. Nipis pulak tu. Sesuai untuk letak pasu bunga tiruan ataupun scented candle. 


Tergelak kecil tengok motivational board dalam bahasa Melayu. Kudos Eco Shop!


Things that I don't think I need but I actually need it.....


Murah ye harga kotak makanan kertas ni tapi kenapa peniaga selalu jual makanan mahal benar ek?


Datang menyinggah ke Eco Shop Sungai Besar ni sebab nak tengok storage dia tapi tak banyak pilihan pulak. Mungkin sebab dah ramai yang borong sakan untuk Raya atau mungkin memang habis stok. Nasib baik lah storage kecil yang dicari berjaya jumpa walaupun tinggal sisa saja. Ada yang dah retak bagai tapi okay lah sebab nak beli sikit je, nak letak dekat office. 


Bahagian makanan tak pernah mengecewakan


First time nampak ada sos lemon tapi tu lah, I tak berapa gemar menu yang berkuah lemon ni. Kembang tekak bila makan. 


Antara kelebihan Eco Shop Sungai Besar ni ialah Eco Frozen! Dah lama cari siew mai frozen keluaran Eco ni. Jangan tanya apa rasa dia sebab masa ni beli j tapi tak sempat nak makan. Tapi siew mai dengan dumpling ni tak jauh mana pun lah beza dia. Pusing-pusing cenggitu jugak lah rasa dia ye dak?

Hasil tour Eco Shop Sungai Besar ni dapat lah dua plastik besar memborong sakan dekat sini. Banyak barang dah habis sebab orang dah borong untuk Raya even section bunga tiruan pun serupa disepahkan zomba. Habis berterabur sana-sini. Dah la bulan puasa, kesian dekat staff Eco Shop kena bersihkan. Haihhh sivik masih lemah ye. 

Berbuka Puasa Dengan Pizza Hut, Sabak Bernam

Monday, 2 May 2022

Restoran Pizza Hut mula beroperasi di Sabak Bernam pada bulan Mac 2022 haaa kira baru sangat lah kan datang ke pekan Sabak. Besar juga lah lot kedai yang diambil Pizza Hut ni sebab ambil corner lot dan 2 tingkat atas. Dari jauh dah nampak warna bangunan merah menyala dengan logo Pizza Hut sebesar alam tu. 


I tak lah happy sangat sebab tak gemar sangat pizza keluaran Pizza Hut sebab base dia tebal, tak macam Domino's Pizza. Tapi disebabkan adik request nak berbuka dengan Pizza Hut, maka terpaksa lah jejakkan kaki ke sini. 

Kebetulan Pizza Hut tengah buat combo pizza dan side dish. Beli satu pizza sama ada saiz personal, regular ataupun large dan boleh dapat dua side dishes percuma. Agak susah jugak nak pilih menu yang mana sebab adik cakap dia tak kisah. Kan senang kalau dia spesifik sebab I tak makan Pizza Hut T.T


Sudahnya I ambil satu Beef Pepperoni saiz regular dengan roti bawang putih dari set combo promo. Tambah satu Supreme Chicken saiz regular dengan Marinara Meatball dan sup cendawan. Lama jugak lah nak tunggu order siap sampai satu jam sebab staff Pizza Hut terlupa nak siapkan meatball tu. Nasib baik lah restoran Pizza Hut ni dekat dengan Mr. DIY. Tak la rasa nak marah sangat sebab asyik tercongok kat situ je kan.  



Bila balik rumah, masa hidang tu macam kecewa lah dengan rupa pizza yang kitorang dapat sebab hangus. Hilang terus selera nak makan bila tengok rupa cenggitu. 



Tak lah expect sama cantik macam dalam gambar tapi I deserve ke makan pizza hangus macam ni? Nak sembang apa lagi pasal rasa kalau hangus kan? Lepasni memang order Domino's je kalau family I nak makan pizza. I baru tahu kewujudan Halo Delivery dekat Sabak Bernam so lepas ni nak try order dekat situ kalau malas nak keluar ke Sungai Besar. 

Blog Performance April 2022

Sunday, 1 May 2022


Terkejut dengar pengumuman raya tadi bila Hari Raya Aidilfitri tahun ni jatuh sehari awal dari tarikh yang ditetapkan dalam kalendar. Rezeki lah untuk para perantau yang balik ke kampung lepas 2 tahun tak dapat beraya gara-gara pandemik. 

Memandangkan raya mengejut, terpaksa lah update blog secara ekspres sebab Hari Raya pertama dengan kedua haruslah sibuk beraya. Performance untuk bulan April 2022 tak lah bagus sangat tapi tak lah teruk sangat. Tak bagus sangat sebab tak sempat sangat nak update blog dan tak sempat langsung nak blogwalking. 

1. PV

Berbeza dengan bulan Mac 2022 bila PV bulanan jatuh 100k sebab tak sempat nak update banyak benda. Lagipun masa bulan puasa ni ramai yang mencari resipi atau menu hidangan juadah berbuka jadi kita bagi laluan kepada blog niche tu lah. Perasan jugak bulan April ada entry makanan yang naik mendadak view dia. 

I happy tengok all time pageviews dah mencecah 2.5 juta jadi ada harapan lah nak dapat 3 juta sebelum hujung tahun kalau tak ada aral melintang. Takut jadi macam tahun lepas bila dah nak mencecah 2 juta tup tup Google buat hal sampai 3 bulan pv merudum. 

2. Posts


Entry yang masuk dalam Popular Post untuk bulan April 2022 agak berbeza dengan bulan sebelumnya dan kebanyakannya entry yang memang freshly update. Memandangkan view jatuh maka view untuk entry yang masuk dalam Popular Post pun tak lah tinggi mana, main ratus je. Ramai juga ek yang dah start cari rujukan untuk drama Kuasa sebab dah mula tayang April lepas. 

3. Keywords


Drama Rahsia Hati Perempuan ditayangkan balik ke dekat Astro? Tapi Astro kot, memang sejenis ulang tayang. Bila ada entry berkaitan dengan drama atau movie muncul dekat keyword tu dah tahu dah puncanya apa. Tak faham kenapa ada yang cari iced toffee nut latte padahal Krismas dah lama habis. Ada Starbucks franchise yang lupa update menu ke? Hshshshs jk >.<


4. Bilangan Entri

Walaupun tak sempat nak update blog tapi pulun jugak lah update semua press release dari beberapa klien tetap. Intisari Rancangan Astro tu membantu sangat bila malas nak fikir nak update entry apa. Ada je review yang perlu update tapi tak sempat nak mengarang, nak cari bahan yang berkaitan lagi. Sudahnya copy paste press release and publish. 

Tak suka sangat entry bulanan penuh dengan press release tapi apakan daya, sibuk dengan kerja hakiki. Terkejar sana-sini kang mula lah stress. Untuk bulan 5 ni I try shoot sampai 100 entry walaupun nampak macam merepek tapi kita cubaaaaa!!! 

Kepada yang menyambut Hari Raya Aidilfitri, selamat beraya dan berhati-hati dalam perjalanan pergi dan balik. Untuk yang bercuti sakan, have fun! 

Terima Kasih WebTV Asia Hantar Gift Box Raya!

Saturday, 30 April 2022

Terharu betul bila dapat whatsapp dari PR WebTV bagitahu yang diorang nak drop by untuk hantar gift box Raya. Tak sangka la boleh dapat gift box ni dari mana-mana streaming platform so bila dapat rasa awww sangat. 


Masa PR WebTV, Ellysha dengan Nana sampai tu memang penuh gift box Raya dalam kereta diorang. Tak sangka langsung boleh dapat sampai 2 box. Fuhhh, penuh tangan nak pegang. Dekat luar kotak ada reben warna gold dengan sticker WebTV yang dibuat khas untuk Hari Raya Aidilfitri. 

Bila buka kotak tu ada kad ucapan dari WebTV Asia, sejadah kecil dan dua jenis kuih raya. Nampak simple tapi bermakna lah sebab WebTV bagi kuih raya favorite I, kuih bangkit. Sekarang ni dah susah nak cari kuih bangkit ni sebab ramai seller dok pulun buat tart nenas, cadburry ataupun hershey dan seangkatan dengannya. 


Walaupun gift box Raya ni nampak simple je tapi ingatan tu yang buat rasa terharu lebih. I selalu dapat jemputan dari WebTV tapi timing selalu tak kena so hopefully movie screening nanti dapat pergi. Anyway, terima kasih WebTV Asia untuk gift box Raya ni, terima kasih Kak Nana yang selalu ingat dan support I dari dulu. Semoga Lebaran kali ni terasa bermakna dan meriah dari tahun sebelumnya untuk semua staff WebTV :)