Lunch Di Top Teppanyaky, IOI Mall Putrajaya
Sunday, 30 July 2023
Tak pernah makan lagi dekat Top Teppanyanky walaupun selalu nampak so Sheera ajak makan dekat situ sebab sedap katanya.
Tak pernah makan lagi dekat Top Teppanyanky walaupun selalu nampak so Sheera ajak makan dekat situ sebab sedap katanya.
PENCARIAN PELAKON WATAK SUPERHERO IKONIK MALAYSIA ‘KELUANG MAN’ | Sesi Uji Bakat Bermula 28 Julai – 13 Ogos 2023
Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular dan menjadi fenomena sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man bakal diangkat ke layar perak. Filem Keluang Man versi ‘live action’ ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan bakal diarahkan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashraf Hashim.
Sedang memulakan fasa pra-produksi, kini filem Keluang Man sedang mencari bakat yang bersesuaian untuk watak utama. Sesi uji bakat fasa pertama dibuka bermula 28 Julai sehingga 13 Ogos depan.
Pencarian bakat ini terbuka buat semua warganegara Malaysia, lelaki, berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun, fasih berbahasa Melayu, berperwatakan menarik dan berpersonaliti unik serta mempunyai fizikal yang tegap. Mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri adalah satu kelebihan.
Bagi yang berminat, layari platform media sosial Instagram Astro Shaw atau Astro Gempak bagi mendapatkan imbasan kod QR untuk menghantar video tentang diri dan personaliti anda. Imbas kod QR, muat naik video berdurasi maksimum 3 minit tentang personaliti anda berserta gambar, dan tekan butang hantar. Video hendaklah dalam format mp4 sahaja (saiz fail tidak melebihi 300mb).
Calon yang terpilih dalam senarai pendek akan mendapat notifikasi dari pihak produksi. Mereka akan diberikan penerangan tentang ciri-ciri karakter untuk proses uji bakat fasa kedua secara fizikal di Kuala Lumpur/Selangor. 10 bakat yang terbaik akan dipilih untuk saringan fasa ketiga sebelum pihak produksi mendedahkan siapa yang berjaya membawa watak Keluang Man.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Watak ikonik ini amat dekat dengan penonton. Dalam usaha menghasilkan karya berkualiti, Astro Shaw mengambil langkah untuk meneroka inisiatif ini dengan membuka peluang kepada para selebriti tanah air serta masyarakat umum di luar sana untuk mempamerkan bakat terpendam. Kami berharap pencarian ini dapat menampilkan bakat yang menepati kriteria watak adiwira itu”.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.keluangman.com atau kunjungi media sosial Instagram, Twitter, TikTok Astro Shaw atau Astro Gempak.
Imbas kod QR bagi pendaftaran sesi uji bakat.
FILEM PERSONAL SHOPPER, HURU-HARA ZOMBI MENCUIT HATI | Gabungan Pelawak & Pelakon Popular Yassin, Adeline Tsen, Amir Raja Lawak, Man Raja Lawak, Azri Iskandar
Filem komedi Personal Shopper kini ditayangkan di Astro First dan dibintangi oleh Shatirah Amanda, Adeline Tsen, Azri Iskandar, Aleza Shadan, Yassin Senario, Kak Girl, Amir Raja Lawak, Ungku Hariz, Man Raja Lawak, Vanessa, dan ramai lagi. Personal Shopper merupakan filem hasil daripada Dana Program TV/OTT di bawah program Dana Kandungan Digital (DKD) agihan Finas dengan kerjasama Astro.
Banyak babak-babak mencuit hati ditampilkan dalam Personal Shopper. Personal Shopper mengisahkan tentang seorang gadis bernama Felora yang telah mengambil vaksin yang salah di pasaran gelap. Vaksin tersebut adalah untuk kemurungan haiwan spesies homo sapien dan kesannya telah menyebabkan Felora bertukar menjadi zombi dalam tempoh 24 jam. Dengan bantuan Shah Rock, mereka cuba mencari Doktor Kasim untuk merawat Felora. Dalam perjalanan, pertemuan bersama Rabbani menyebabkan hormon zombi di dalam badan Felora sehingga menjadi ganas. Keadaan terus menjadi huru hara dan harapan Felora untuk kembali normal semakin nipis.
Filem yang ditayangkan di Astro First sejak 6 Julai lalu adalah merupakan terbitan Spectrum Century dan arahan oleh Khalid Nadzri.
Pengarah: Azri Izhar & MP Roslin MD Sharif
Pelakon: Ayda Jebat, Fadlan Hazim, Amar Baharin, Dato’ Ziela Jalil, Emelda Rosemila, Husna Mustaffa, Dato’ Raja Shah Rezza, Shah Iskandar
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Episod: 50 episod
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2023
Waktu Tayangan: Isnin – Jumaat, 6 petang
Sinopsis:
Qistina, pekerja ladang yang berhadapan dengan pelbagai cabaran bersama ibunya setelah dia jatuh cinta dengan Luqman, anak kepada Tuan Budi, pemilik ladang tersebut. Namun percintaan mereka dipenuhi onak duri lantaran kematian Tuan Budi apabila hubungan mereka dihujani fitnah. Nasib Qistina menjadi lebih tragis apabila dia ditinggalkan dalam keadaan hamil oleh Luqman yang sudah terkesan dengan fitnah, memaksa Qistina untuk keluar dan membina kehidupan sendiri.
Pecahan Watak :
Ayda Jebat sbg Qistina
Fadlan Hazim sbg Luqman
Amar Baharin sbg Zyan
Shah Iskandar sbg Aniq
Pengarah: Norhanisham Muhamad (Labu)
Produksi: Radius One Sdn Bhd
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Episod: 18
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2023
Waktu Tayangan: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Sinopsis
Akhil telah dicabar oleh musuh ketatnya, Borhan untuk mencuri barang seorang pelajar perempuan yang paling popular iaitu Zakiah Merican. Jika Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan, Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya.
Dengan bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui untuk menjalankan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki. Cikgu Marzuki merupakan pesaing Cikgu Daniel dalam cubaan untuk memenangi hati Cikgu Murni.
Kesempatan ini diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka. Namun tanpa mereka sedari, sesuatu perangkap sedang menanti mereka setelah mereka Berjaya memasuki asrama perempuan itu.
Pecahan Watak :
Tuah Adzmi sbg Akil
Baihaqi Majid sbg Mat Piah
Adam Eji sbg Widad
Izz Ilham sbg Cupin
Azhan Rani sbg Cikgu Marzooki
Syarnaaz Ahmad sbg Cikgu Daniel
Amelia Christie sbg Zakiah Merican
Zarul Iman sbg Borhan
Aya Amiruddin sbg Balkis Tonggek
Datin Natasha sbg Murni
Adzim Hariz sbg Ghani
Amsyar Aziz sbg Munawer
Flora Haron sbg Angah