Movie Review | Guna-Guna Istri Muda (2024)

Monday, 12 May 2025


Pengarah: Razka Robby Ertanto   
Penulis Skrip: Ackyl Anwari, Alim Sudio, Titien Wattimena
Pelakon: Anjasmara, Lulu Tobing, Happy Salma, Carissa Perusset, Abidzar Al Ghifari, Elang El Gibran, Donny Damara
Syarikat Produksi: Falcon Black Pictures, Falcon Pictures  
Pengedar: Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 98 minit
Tarikh Tayangan: 28 November 2024
Trailer:


Filem Guna-Guna Istri Muda mengisahkan tentang kehidupan Burhan (Anjasmara), seorang usahawan yang terkenal dan kaya mula berubah setelah berkahwin dengan isteri baru bernama Angel Basuki (Carissa Perusset). Awalnya Burhan berjanji dengan Vivian (Lulu Tobing), perkahwinan mereka akan aman-aman sahaja tapi kerana ketamakan Angel, seluruh keluarga menjadi porak-peranda. Anak-anak Vivian dah pujuk supaya Vivian tinggalkan Burhan dan Jalani hidup sendiri atau tinggal dengan mereka di luar negara tapi anaknya yang bongsu masih memerlukan bapa. 

Angel mengugut Sumi (Happy Salma) untuk menghantar santau kepada Burhan supaya harta kepuanyaan suaminya dimiliki sepenuhnya. Namun, kuasa ilmu hitam Sumi tidak dapat menembusi pendinding yang digunakan Vivian. Bukan saja menjaga solat, Vivian turut mempunyai Aki Kholil (Donny Damara) untuk mengawasi dan melindungi keluarga tersebut dari sebarang ilmu hitam. 


Naskhah seram arahan Razka Robby Ertanto merupakan remake kepada filem Guna-Guna Istri Muda (1977). Tak pasti kalau ada penambahbaikan atau perubahan pada mana-mana babak sebab filem asal pun dah lama sangat. Walaupun menggunakan genre seram sebagai genre utama tapi filem Guna-Guna Istri Muda tak menggunakan hantu atau makhluk ghaib langsung. Filem ini lebih banyak memaparkan dunia ilmu hitam. 


Dalam filem berdurasi 98 minit ni, ada dua watak dengan ilmu yang sama tapi menggunakannya pada jalan yang berbeza. Sumi guna ilmu dia ke arah jalan yang negatif dan membahayakan manusia manakala Aki Kholil menjadi manfaat kepada orang lain yang memerlukan pertolongan. Menarik juga lah idea filem Guna-Guna Istri Muda ni sebab menggunakan ilmu sihir ke arah yang baik. 


Dekat awal filem nampak menarik lah penceritaan Guna-Guna Istri Muda tapi bila Leo (Abidzar Al ‐ Ghifari) nak balas dendam dekat Angel sebab cederakan muka dia, jalan cerita dah mula merepek. Masa Kawan-kawan Angel patahkan jari Leo macam patahkan kayu tu macam tak boleh terima lah sebab tak real. Macam mana Leo boleh tanam bunjut sihir dekat perkarangan rumah Burhan pun questionable juga sebab dah dijaga oleh Akhi Kholil. 

Masa Vivian beria makan kek pandan dari stranger pun merepek sebab dia tak baca doa satu hal, tak syak langsung makanan tu ada sesuatu bila dihantar tanpa nama dan secara tiba-tiba. Patutnya watak dia perlu lebih berjaga-jaga lepas apa yang jadi dekat anak saudara dia, Roy (Elang El Gibran) yang diguna-guna oleh Angel lepas minum air. Jangankan Vivian, Roy pun tak ambil pengajaran lepas kejadian tu.

 

Ambil masa juga lah untuk Sumi keluar dari pengaruh Angel, bukan sebab Angel licik tapi watak Sumi sendiri yang lambat bertindak sampai membuka ruang untuk Angel menggila. Penulis macam sengaja tone down watak Sumi supaya Angel boleh pergi jauh. Walaupun watak Angel dikembangkan dengan bagus sebagai antagonis tapi slowly jadi draggy. Menyampah tengok babak klimaks Vivian kena santau sebab tak ada sekali pun Vivian baca ayat Kursi ataupun 3 Qul untuk kurangkan gangguan. 


Sinematografi Guna-Guna Istri Muda not bad lah untuk filem seram and since filem ni tak ada hantu, lighting tak terlampau gelap. Cumanya kalau tak suka benda-benda yang menggelikan, better jangan tengok filem ni sebab ilmu santau yang dihantar agak yek. Santau dia kinda believable for me sebab tak melampau macam filem Santet Segoro Pitu (2024). Melampau means badan tak terbelah dua dengan gergaji. 


Kalau nak layan filem ni, layan atas risiko sendiri sebab jalan cerita dia tak lah bagus tapi tak lah teruk sangat. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 5/10

Movie Review | The Firefighters (2024)


Director: Kwak Kyung-taek
Writer: Kwak Kyung-taek
Cast: Joo Won, Kwak Do-won, Yoo Jae-myung, Lee Yoo-young, Kim Min-jae, Oh Dae-hwan, Lee Joon-hyuk, Jang Young-nam
Production Companies: Escroad Pictures, Ascendio, Osine Films
Distributor: By4M Studio
Genre: Drama
Running Time: 106 minutes
Release Date: 04 December 2024
Trailer:

‘Dear God, when I am called to the duty, wherever the flame may be, grant me the strength to save one life. Before it is too late, let me protect a child and save an elderly person who trembles in fear. Keep me vigilant and always ready, and if it is your will that I lose my life, grant me your graceto protect my wife and family.’

Filem The Firefighters arahan dan penulisan Kwak Kyung-taek diadaptasikan dari tragedi kebakaran sebenar yang berlaku di sebuah unit shoplot lama di Hongje-dong, Korea Selatan pada tahun 2001. Sebelum filem The Firefighters bergerak ke babak klimaks, penulis memaparkan layanan orang sekeliling dan juga Kerajaan terhadap anggota bomba. 


Dari awal lagi kesemua anggota bomba berhempas-pulas menyelamatkan mangsa yang memerlukan bantuan sama ada kebakaran, tangan tersepit pada mesin, kemalangan, negosiasi bersama mangsa dan banyak lagi.  Cheol-woong (Joo Won) menambahkan lagi kesulitan kerana masih baru dalam bidang tersebut. Bagaimanapun anggota bomba yang lain Ki-cheol (Lee Jun-hyuk), Hyo-jong (Oh Dae-hwan), Seo-hee (Lee Yoo-young), Yong-tae (Kim Min-jae) dan yang lain sentiasa berlapang dada untuk mengajar dia. 

Malangnya, setelah kebakaran berlaku di bangunan lama menyebabkan tragedi hingga Cheol-woong developed PTSD dan direhatkan selama 4 bulan. Sepanjang bercuti, dia sibukkan diri mengulangkaji untuk ujian kelayakan sebagai pegawai Kerajaan. Cheol-woong berazam untuk mengubah nasib anggota bomba dengan pakaian keselamatan yang lebih tahan lasak semasa aktiviti menyelamatkan mangsa. 


Dekat Korea Selatan, sebelum tahun 2001, anggota bomba tidak disenaraikan sebagai pekerja Kerajaan malah peruntukan dana sentiasa dipotong menyebabkan mereka terpaksa membeli baju keselamatan yang murah. Kalau dalam filem ni boleh nampak ahli keluarga sentiasa risaukan anggota bomba sebab risiko yang dihadapi sangat tinggi tapi pelik juga sebab watak Kapten Jin-seob (Kwak Do-won) agak keras kepala dan bahayakan nyawa anak buah dia sekali. 


Masa kebakaran dekat Nogbeon-dong, dia bertegas nak cari mangsa sampai jumpa kemudian bahayakan nyawa anak buah sedangkan In-ki (Yoo Jae-myung) dah arahkan untuk keluar. Sama juga kejadiannya bila selamatkan mangsa di Hongje-dong padahal anak buah dia dah bagitahu tingkat 3 semua clear sebelum api makin marak. Tak pasti SOP bomba dekat sana macam mana sampai Kapten berani lagi masuk walaupun dah nampak risiko api makin marak sebab angin bertiup kuat dan kemungkinan untuk bangunan runtuh tu tinggi. Mungkin sebab institusi swasta, bila dapat kes besar, akan dapat komisyen yang tinggi sebab ada dialog dari In-ki sebelum bertolak ke Nogbeon-dong. 


Tak semua yang diceritakan dalam filem The Firefighters adalah kisah benar sebab ada babak yang dimasukkan untuk meningkatkan lagi elemen dramatik. Better kalau penulis tak masukkan kedegilan Kapten Jin-seob pada kebakaran awal tapi ceritakan ketegangan In-ki hantar proposal untuk permohonan dana. 

Masa Sun-ja (Heo jin) meroyan minta selamatkan anak dia dekat dalam bangunan patutnya pengarah masukkan lagi desakan dari orang sekitar kebakaran tu sebab dekat kisah sebenar pun memang orang kawasan situ yang bertegas sampai Kapten terpaksa masuk balik. Sayang lah pengarah tak guna push factor yang kuat sampai babak yang tegang jadi dangkal. Dah la kita memang tak berkenan dengan watak anak Sun-ja tu, bila bomba buat keputusan macam tu, makin bertambah rasa nak marah. 


Salah satu kekuatan The Firefighters terletak pada sinematografi dari Lee Yong-gap dalam memaparkan situasi yang dihadapi oleh anggota bomba. Bagaimana sesebuah kemalangan boleh menjadi genting dan setiap reaksi dari setiap anggota atau orang sekeliling boleh menyumbang ketegangan dalam sesuatu perkara. 

Rasa berdebar bila tengok close-up cam dari pov anggota bomba dalam kebakaran sebab asap tebal dan api yang marak bataskan penglihatan anggota. Bila ada close-up baju bomba terbakar atau kipas melebur pun dah boleh bayangkan macam mana panasnya keadaan dalam bangunan tapi tetap berusaha mencari mangsa dalam masa yang singkat. 


Lega bila tahu Kerajaan Korea Selatan iktiraf anggota bomba sebagai petugas Kerajaan selepas insiden hitam di Hongje-dong tapi kasihan dengan anggota yang terlibat sampai hilang nyawa gara-gara kegagalan Kerajaan mengurus tadbir. Recommended to watch. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.3/10
Directors: Zach Lipovsky, Adam Stein
Writers: Guy Busick, Lori Evans Taylor, Jon Watts
Cast: Kaitlyn Santa Juana, Teo Briones, Richard Harmon, Owen Patrick Joyner, Rya Kihlstedt, Anna Lore, Brec Bassinger, Tony Todd
Production Companies: New Line Cinema, Practical Pictures, Freshman Year, Fireside Films
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Thriller / Horror
Running Time: 110 minutes
Release Date: 16 May 2025
Trailer:

Filem bermula dengan babak Iris Campbell (Brec Bassinger) bersama tunangnya, Paul (Max Lloyd-Jones) menghadiri majlis pembukaan Restoran Menara Skyview pada tahun 1968. Dari awal Iris berasa tidak sedap hati kerana restoran tersebut terlalu tinggi dan siap 5 bulan lebih awal dari yang dijadualkan. Iris juga ternampak kanak-kanak lelaki yang nakal dan mencuri syiling dari kolam. Pengawal tegur perkara buruk akan terjadi sekiranya syiling tersebut diambil. 

Sebaik saja menjejak kaki di restoran tersebut, banyak perkara yang berlaku tapi Paul berjaya melamar Iris pada waktu senja. Ketika menari di lantai tarian kaca dengan dendangan lagu Shout dari Isley Brothers, restoran tersebut mula retak dan runtuh sedikit demi sedikit. Kesemua yang berada di restoran tersebut mati dengan tragis dan Iris bersama seorang kanak-kanak lelaki adalah yang terakhir jatuh ke bawah. 


Sebaik saja tersedar dari bayangan tersebut, Iris selamatkan semua orang di dalam restoran dan Skyview ditutup sehingga sekarang. Bayangan Iris menjadi mimpi buruk cucunya, Stefanie Reyes (Kaitlyn Santa Juana) hingga hampir setiap malam dihantui. Prestasi Stefanie menurun kerana dia tidak mendapat tidur yang cukup lalu hilang fokus dalam kelas. 

Rakan sebilik Stefanie cadangkan supaya dia pulang ke rumah dan cari tahu tentang Iris dan Skyview. Sebaik sahaja pulang, Stefanie berjumpa dengan Iris yang tinggal di dalam kabin, jauh terpencil di dalam hutan. Iris beritahu tentang Death dan bagaimana kesemua yang berada di dalam Skyview telah meninggal selepas berjaya selamatkan diri dari kematian ngeri. Iris serahkan buku tentang Death kepada Stefanie dan berharap supaya keturunan dia juga akan selamat dari Death. 


Selepas 14 tahun, franchise Final Destination kembali ke panggung untuk menghidupkan kembali one of the major traumas for 90’s kids. Final Destination: Bloodlines berpatah balik ke tahun 1968 untuk memperbetulkan kesilapan Death bila ramai mangsa terselamat. Death menjejak satu-persatu mangsa yang terselamat untuk bunuh mereka kembali seperti format yang diceritakan sebelum ni. 

Ada babak Stefanie baca balik semua keratan akhbar yang dikumpulkan oleh Iris semenjak Paul meninggal. Dekat situ boleh nampak beberapa watak dan kejadian besar yang berlaku macam kapal terbang meletup dalam Final Destination 1 (2000), Sam Lawton yang dijejaki oleh Death ketika jambatan runtuh Final Destination 5 (2011), dan banyak lagi. 


Bila dah lama New Line Cinema tak terbitkan filem dari franchise popular ni, banyak juga homage dan tribute kepada instalment yang lain dimasukkan dalam kebanyakan babak. Yang pastinya watak J.B. (Tony Todd) adalah cameo yang special untuk peminat Final Destination sebab bukan sahaja Death mencari dia di dalam filem malah di dunia nyata juga bila dia tinggalkan mesej kepada fans sebelum meninggal kerana kanser kolon. 

Masa tengok babak Erik (Richard Harmon) terkejut pemanggang api dia buat hal, dah start tak senang duduk sebab dalam Final Destination 1, pemanggang tu antara punca kematian. Mesin rumput di laman rumah Howard Campbell (Alex Zahara) pencetus trauma untuk babak perempuan mati akibat mesin rumput dalam The Final Destination (2009). Sama juga dengan lori balak yang jadi punca kematian ramai orang dalam Final Destination 2 (2003). Masa Darlene (Rya Kihlstedt) sebut nama hospital, dia tak sengaja mention Clear Rivers, nama watak dalam Final Destination (2000). 


Mungkin ada banyak lagi reference yang diselitkan sebagai homage tapi sebab tak tengok sebelum tengok yang terbaru, tak ingat dah. Kalau nak pergi tengok Final Destination: Bloodlines, better tengok dulu Final Destination 1 sampai 5 supaya lebih faham dan rasa connect dengan references yang dimasukkan oleh pengarah Zach Lipovsky dan Adam Stein sebab both of them adalah peminat tegar kepada franchise Final Destination. 

Boleh kata Final Destination: Bloodlines ni menggunakan konsep yang tak lari jauh dari format asal cuma tak ngeri sangat berbanding yang sebelum ni. Gore tu ada, kejutan dan saspens tu ada tapi kurang padu dari yang sebelumnya. Alur penceritaan Final Destination: Bloodlines dah menarik dengan plot di Skyview kemudiannya masuk ke latar masa sekarang di mana cucu-cucu Iris dah besar. 


Lepas babak dekat hospital, klimaks macam lemah dan tergesa-gesa. Menyampah tengok Stefanie yang gagal keluar dari seat belt padahal dia boleh keluar dengan mudah tanpa perlu panik. Watak dia terus jadi lemah lepas jumpa dengan J.B. padahal dia boleh plan untuk cheat death macam Kimberly Corman buat dalam Final Destination 2 (2003) buat. Risky but worth to try kan? Thrill dan saspens tak sekuat The Final Destination bila watak Janet boleh terselamat. Dapat tengok babak Erik tersangkut dekat rantai besi lepastu dah tak ada dah. 

Rasa tak puas bila perjalanan Iris muda hingga dibenci keluarga cuma disimpulkan dalam perbualan Howard bersama Stefanie. I harap New Line Cinema akan wujudkan beberapa instalment untuk ceritakan pengalaman Iris sepanjang tempoh tu. Kenapa penulis buat watak Iris jadi gila dalam tempoh yang lama sedangkan Death ada senarai yang panjang untuk dibunuh sebelum sampai turn Iris? Unless Iris jadi mental sebab anak-anak dia adalah keturunan Paul juga so ada possibility Howard dengan Darlene mati lebih awal. Sayang sangat sebab watak Stefanie, Charlie, Erik, Julia dan Bobby ada reference tapi ke tong sampah juga akhirnya. I prefer ending tu jadi permulaan perjalanan kepada instalment baru. 

p/s: Masa keluar dari hall lepas habis tayangan, terdengar bunyi syiling bergolek dekat lantai. Kecut kitorang masa tu sebab trauma dari movie tak habis lagi. Bila tengok bunyi tu rupanya serpihan simen bukannya duit syiling. Kus semangat weh.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.7/10

Drama Review | Bidaah (2025)

Sunday, 11 May 2025


Pengarah: Mohd Fazli Yahya 
Penulis Skrip: Eirma Fatima 
Pelakon: Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Marissa Yasmin, Vanida Imran, Hasnul Rahmat, Fazlina Ahmad Daud, Fathia Latiff, Malia Baby, Shazia Rozaini,  
Syarikat Produksi: Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Penyiaran: VIU 
Genre: Agama / Drama 
Jumlah Episod: 15 Episod (42 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 06 Mac 2025 – 05 April 2025 
Trailer: 


Mencecah tontonan 2.6 billion di Malaysia hingga menjadi sebutan di negara jiran, Indonesia, drama Bidaah karya ciptaan Eirma Fatima mengetengahkan tema kultus ajaran sesat. Kumpulan Jihad Ummah ni lebih kurang sama dengan kumpulan Global Ikhwan atau Al-Arqam di Malaysia. Penyelewengan agama, penindasan terhadap wanita juga anak yatim dan lain-lain lagi.

Naskhah Bidaah arahan Mohd Fazli Yahya bermula dengan plot Baiduri (Riena Diana) menemani ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud) ke sebuah kawasan terpencil untuk mendengar kuliah agama oleh Walid (Faizal Hussein). Terkejut dengan kelakuan pengikut Jihad Ummah bila mereka sanggup minum air basuhan kaki Walid untuk mengambil barakah Mursyid. 


Baiduri tekad ingin selamatkan ibunya dari terpesong lebih jauh dan juga pengikut Jihad Ummah yang lain. Dalam diam kemunculan Baiduri mencuri perhatian Abi Saifullah (Hasnul Rahmat) dan Walid sendiri untuk dijadikan isteri. Walid sudah mempunyai 4 orang isteri – Ummi Hafizah (Marissa Yasmin), Ummi Rabiatul (Vanida Imran), Masyitah (Fathia Latiff) dan yang paling muda ialah Habibah (Malia Baby). 

Tak lama kemudian anak sulung Abi Saifullah, Hambali (Fattah Amin) pulang ke Jihad Ummah setelah tamat belajar di Yaman. Sama seperti Baiduri, Hambali terkejut dengan ajaran dan amalan bidaah yang wujud di Jihad Ummah. Beberapa kali dia menegur Walid dan Abi tapi tidak diendahkan kerana kedua-dua orang kuat ajaran tersebut pandai bermain dengan kata-kata. 


Hambali bawa Baiduri berjumpa dengan ustaz dan rakannya untuk rujukan dan nasihat sebelum laporkan kegiatan Jihad Ummah kepada pihak berkuasa. Mereka berdua juga perlu berhati-hati supaya langkah mereka tidak dihidu oleh Walid dan ahli Jihad Ummah yang lain. 

‘Antara tanggungjawab utama sebagai seorang Muslim agar selamat dunia dan akhirat, bukan sahaja wajib melaksanakan Rukun Islam dan bukan sahaja wajib untuk meyakini Rukun Iman. Antara tanggungjawab utama sebagai seorang Muslim juga adalah mencapai maqam ihsan, iaitu apabila dia menyembah allah seolah-olah dia melihat-Nya.’ - Baiduri


Naskhah agama dari Eirma Fatima diambil dari pengalaman sebenarnya ketika mendalami ilmu agama dan mencetuskan ilham untuk menghasilkan drama bersiri Bidaah sepanjang 15 episod. Ramai yang puji kerana jalan cerita yang segar dan menarik ditambah dengan beberapa aksi panas oleh Walid dan ahli Jihad Ummah yang lain. Ada juga yang mempertikaikan kewujudan drama Bidaah. 

Sebagai penonton dan rakyat Malaysia, of course lah I happy sebab pihak produksi tempatan boleh bebas berkarya sejak streaming platform wujud. Terima sambutan yang positif pula dari luar negara walaupun cuma jiran seberang tapi sesuatu yang cukup besar maknanya. Sebelum ni Eirma Fatima sendiri pernah bersedih bila karya dia dihalang penyiaran hanya kerana ada babak yang mengguris hati satu pihak. Bila ada streaming platform ni dia dah tak perlu risau dengan keresahan hati orang sebab sekatan streaming platform tu tak strict sangat. 


Berbalik kepada drama Bidaah, I truly enjoy the experience cuma jalan cerita di awal drama dah menarik sampai tertunggu-tunggu Baiduri dan Hambali beraksi. Bila masuk Episod 12 dah mula lemah dah watak Baiduri. Beria emosi bila ustaz minta mereka sendiri yang buat laporan polis tapi bila Hambali tanya apa langkah seterusnya, dia nak jadi hero pulak. Dah la lambat betul dia nak pick-up yang Walid nak dia jadi isteri padahal warna baju dah sama dah pun. 

Masuk Episod 13 makin emo bila dia tahu Mia, Dewi dengan remaja lain seronok belajar dengan Walid padahal Baiduri sebagai Srikandi selalu keluar dari kawasan perkampungan tu. Pelik bila Hambali hantar mesej kepada ustaz supaya segerakan laporan kepada JAKIM padahal dia yang patutnya buat laporan. Lepastu dia pula yang push ustaz tu supaya jangan lengahkan perkara. I macam tertanya lah apa effort Hambali dan Baiduri? Apa function watak Asyikin (Hanna Faresha) dengan Rizqi (Nafiz Muaz)?


Patutnya dekat episod hujung tu penulis kena masukkan watak polis undercover lepas Baiduri dan Hambali buat laporan polis sebab dekat episod akhir pihak polis bagitahu yang mereka dah lama mencari kumpulan Jihad Ummah ni. Bila penulis terlampau bebankan watak-watak utama, cerita jadi draggy. 

Sinematografi Bidaah dari Mahadi Said mewujudkan perkampungan Jihad Ummah yang cantik dan menarik, sesuai lah dengan visi Walid yang nak gabungkan Islam dengan Nusantara Melayu. Seronok tengok rumah Abi dengan rumah Walid. Tak pasti lah rumah setiap watak di satu tempat yang sama atau berbeza sebab shooting dekat banyak tempat – 101 Resort, Janda Baik, Tasik Widuri Adventure Park, Bukit Beruntung, Villa Helms Retreat, Hulu Langat, Kg. Rantau Panjang, Bt14 Hulu Langat, Laman Dayung, Kuang dan Gua Damai Extreme Park. Team busana pakaian semua watak pun perlu dipuji sebab pandai cari jubah Muslimah yang selesa. Ada purdah instant pulak tu sampai rasa nak beli sepasang lepas layan drama Bidaah ni. 


Music album drama Bidaah ada 5 lagu dengan lagu Masa – Daqmie sebagai lagu tema dan 4 buah lagu dari Eiga Music Publishing sebagai lagu sisipan. Chorus lagu Masa ni best tapi sesuai jadi pendukung babak emosi dalam drama sahaja. Kalau nak masuk dalam Spotify playlist macam terlampau perlahan but that’s just me. Mungkin orang lain dah buat add to Liked Playlist dah. 

Barisan pelakon deliver persembahan yang terbaik sama ada pelakon utama mahupun sampingan. Tak sangka influencers Malia Baby pandai berlakon walaupun screentime dia tak banyak tapi I rasa dah ramai yang nampak bakat lakonan Malia. Harapnya lepas ni ada tawaran dari produksi lain dengan watak yang berkualiti macam Bidaah. 


Lakonan Fattah sebagai Hambali mempunyai kekuatan tersendiri dan tak sedikit pun terlindung walaupun banyak berkongsi skrin dengan pelakon senior seperti Hasnul Rahmat dan Faizal Hussein. Ekspresi muka dia pun banyak main peranan terutama bila dia marah dan terkejut atau keliru bila berbahas tentang kegiatan bidaah Jihad Ummah. Sembang pasal Faizal Hussein, lepas ni entah boleh buang bayangan Walid lepas tengok performance dia dalam Bidaah. Melekat betul muka miang dia dalam gua tu. 

Kalau ada yang belum layan drama Bidaah lagi, just go watch it. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10

Susulan pengumuman Tayangan Awal Peminat Ejen Ali The Movie 2 yang bakal berlangsung serentak di sembilan lokasi pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) terpilih pada 18 Mei 2025, sambutan luar biasa telah diterima apabila kebanyakan lokasi kini hampir penuh ditempah dalam tempoh kurang 24 jam!

Ini membuktikan betapa tingginya keterujaan para peminat yang telah sekian lama menantikan kemunculan semula Ejen Ali di layar perak. Ramai tidak mahu melepaskan peluang menjadi antara yang pertama menyaksikan misi terbaharu yang menjanjikan aksi yang mendebarkan dan kejutan emosi. 








Ini bukan sekadar tayangan awal, fenomena ini adalah perhimpunan ejens dari pelbagai lokasi dan peringkat umur, barisan setia yang berdiri teguh menyokong Ejen Ali untuk menyahut panggilan misi membanjiri pawagam daripada HQ MATA. 

Peringatan buat semua ejens yang berjaya mendapatkan tiket, khususnya peminat cosplay, HQ MATA menyeru anda untuk melapor diri dengan penuh gaya dalam gear MATA lengkap! Misi ini bukan misi biasa, sudah tiba masanya untuk kita tunjukkan bahawa animasi Malaysia adalah untuk semua, bukan hiburan buat kanak-kanak sahaja!

Sebuah filem animasi penuh aksi untuk semua lapisan umur! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman menonton luar biasa Ejen Ali The Movie 2.

Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Gunakan #EjenAliTheMovie2 #TayanganAwalPeminat #MisiPawagam #AksiAnimasi #EATM2 #AniMy untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!

Raya 2025 | Beraya Rumah Ms Junny LPJE & Muzium Figura

Saturday, 10 May 2025


Raya ke7 kitorang beraya dekat rumah Ms Junny, Managing Partner LPJE. Rumahnya sebelah taman je tapi kena naik kereta sebab berbukit. Boleh juga lah cakap sebab malas nak berjalan sebab jalan dekat situ gelap. Kena lalu kawasan penuh dengan anjing pun satu hal juga. 




Awal tu dah plan nak pergi petang tapi sebab tunggu yang lain, dari petang ke lepas maghrib lepastu jadi lepas isyak. Biasalah, kita hanya merancang tapi jadi lain juga sudahnya. Asalkan sampai dengan perut yang lapar sebab Ms Junny masak Nasi Bukhari. Sebelum jumpa tuan rumah sempat lah bergambar sekejap sebab nak buat OOTD post. Bawal Publika tu dari Faten, farewell gift sebelum dia pergi berkhidmat di AGC. Nasib baik ada baju kurung merah, boleh pakai masa raya. 



Nasib baik Ms Junny tak prepare banyak menu untuk malam tu sebab kitorang tak ramai dan tak makan banyak pun. Tuan rumah hidang raw vegetables sebab healthier, nasib baik I memang makan so takde lah tuan rumah merajuk. Sebelum ni yang datang semua tak sentuh raw vegetables dia padahal dia borong banyak dekat Jaya Grocer. 



Sambil makan sambil borak pasal life updates but mostly pasal legal talk lah sebab yang datang pun semuanya yang kerja dekat law firm hshshs


Anyway rumah Ms Junny ni antara rumah yang sentiasa penuh dengan orang waktu raya macam ni sebab ramai yang datang nak tengok koleksi figura dekat rumah. Kalau ikutkan dekat tingkat atas dan loteng ada koleksi jugak tapi tak dibawa turun sebab mana ada tempat dah nak letak. 


Figura edisi hantu ni koleksi baru sebab tahun lepas I pergi tak ada lagi edisi ni. Husband dia kumpul semua figura hantu ni dari setiap negara. Luar negara tak lah banyak sangat macam hantu tempatan. Ada figura yang seram juga lah sebab sama macam the actual ghost. Bukan I cakap tapi yang menjual tu cakap. Kalau dia tipu maka tipu lah benda ni, kalau betul maka betul lah. Betul atau tipu tetap tak mengubah fakta yang I tak suka edisi ni. 









Kebanyakan figura ni ada harga masing-masing lah, kita rasa macam ringgit je tapi boleh cecah ribu sebab pernah ternampak seller update pasal Ms Junny beli koleksi dia. Mungkin ada yang limited edition tapi I tak tahu. Nak sembang pasal koleksi ni pun tak reti sangat sebab I tak layan pun Thundercat ke Power Rangers, Transformers dan seangkatan dengannya. Nama je lah tahu, series tak tengok pun. Tengok movie Star Wars pun tersengguk dekat first half apatah lagi nak habiskan the whole franchise. 



Selain kitorang yang datang beraya masa ni, ada juga orang lain yang datang beraya sambil belek koleksi figura baru. Tahun lepas, timing kitorang beraya sama dengan pelukis majalah Ujang tak silap. Sebelum balik dapat lah satu sketch dari kartunis tu. 






Sembang punya sembang tiba-tiba terkjejut sebab anak bongsu tuan rumah kalah battle. Dia punya frust tu kalah kitorang yang kerja dekat law firm. Katanya sebab takut kena buang dari group lepas kalah so dia kena buat appeal untuk stay dalam group. 

😅: Hah? Main game pun ada appeal jugak? Buat appeal dekat mana? Magistrate court ke session court?
😐: Ada lah aduhhh macam mana boleh kalah tadi
😅: Kalah ke appeal ke jangan lupa time limit sampai pukul 10.30 malam je. Hari ni umi bagi lebih sikit sebab raya. 
😐: Takpe, pukul 10.30 kejap lagi simpan lah handphone ni, yang penting diorang approve dulu appeal ni. 

Dia punya frust tu sampai stress eating, kena ambil tempoh bertenang baru buat appeal. Nasib baik appeal dia diterima. Kalau tak confirm tak boleh tidur lena malam tu. 


Sebelum balik husband Ms Junny bagi ole-ole dari Jepun. Comel gila karakter ni tapi I tak tahu dia ni anime character ke sepupu sepapat Labubu.