Ms Laila Called to the Bar!

Tuesday, 15 September 2026

 

Sehari sebelum long call, Datuk dah announce dalam group besar untuk jemput semua warga RRM pergi ke majlis long call Laila. Hari Jumaat tu dah pakai cantik-cantik sebab nak pergi High Court KL. Pagi tu kitorang breakfast sama-sama sebab Datuk Hisham belanja nasi lemak. 

Lepas habis makan, kitorang gerak satu kereta sebab yang lain ada urusan lain. Satu kereta tu ada I, Aiesyah, Ashikin, Teha dengan Atie. Ikutkan plan asal nak gerak pukul 10.15 sebab nak singgah florist ambil bunga yang kitorang dah tempah hari sebelumnya. Tapi dalam perjalanan tu tempahan tak siap lagi, florist pun cakap nak hantar ke mahkamah terus. 


Dari simpang masuk dekat highway pun dah penuh kereta, dekat parking depan mahkamah pun lama menunggu sebab ramai yang parking dekat situ gara-gara MATTA Fair. Van pun buat drop-off dan pick-up dekat depan mahkamah. Tiga kali pusing baru jumpa parking yang betul-betul depan mahkamah sebab Aiesyah tak suka berjalan jauh. 


Sebab masuk dalam court pun kena jalan jauh jugak. Laila dekat tingkat 3, BKKK 2 tapi lama jugak lah nak selesai. Berkicap jugak kitorang tunggu dekat luar sebab kamar mahkamah dia dekat tempat panas. 



Me: Teha, jangan termenung. nampak kesian
Teha: Oh ye ke okay okay
Teha: Kak Ana, u dah tahu ke mimpi Atie?
Me: Mimpi apa?
Teha: Eh Atie, u tak cerita ke?
Atie: Ohhhh mimpi tu!
Me: Issyyhhh mimpi apa ni? 
Atie: Haritu I mimpi satu office nangis-nangis peluk u. 
Me: Wehhh asal?!
Teha: U nak resign tapi tak bagitahu orang pun. Last day baru u bagitahu. 
Me: Oh shit, tu memang niat I. Isyyhh apa ni sampai masuk mimpi orang lain. Kantoi busuk je. 

Tak lama lepastu semua termenung sebab panas dekat luar lepastu takde energy nak borak. Kalau borak kang haus. Haus kena turun bawah pergi kafeteria, lepastu kena jalan lagi. 


Bila ada boss sekali dekat sini kena la jaga perangai, kalau tak dah masuk dalam mana-mana bilik untuk dapatkan aircond. Walaupun I bawa kipas tangan, angin dia tidak membantu ye. Tetamu dekat sebelah pun dah berapa kali keluar masuk tapi sidang belum tamat lagi. 


Cantik kan bunga diorang?

Mati kutu dekat situ, kitorang masuk je dekat dalam kamar mahkamah sebab tak tahan eh panas dia. Muka pulak dah merah. Berdiri dekat pintu pun lantak lah, yang penting dapat aircond. Dapat sisa angin pun okay daripada tersejat dekat luar. Sambil sejukkan diri sambil mencari Laila tapi tak nampak. Mungin tengah tunggu sijil dari Yang Arif. 


Tak lama lepastu Laila keluar jumpa keluarga dia dan semua warga RRM. Yeayyy dah boleh flex practicing cert dekat orang. Tahniah Laila dah jadi peguam, lepas ni boleh dapat bilik sendiri dah dekat RRM. Sebelum semua partners dan mover gerak pergi ke Solat Jumaat, kitorang bergambar dulu sebagai kenangan dan tanda hadir ke long call Laila.




Dah habis bergambar dekat atas, turun bawah pulak sebab nak bergambar dekat tangga tapi ramai pulak orang. Masa tunggu tu ternampak Hilmi nak balik, sempat sembang kejap sebab dah lama tak jumpa. Jarang dapat jumpa kenalan dekat court masa long call ni unless diorang ada bicara ataupun attend long call jugak. 


Sementara tunggu Aiesyah, Laila dengan Ashikin bergambar dekat belakang court, kitorang rest kejap dekat seat depan lif. Lega dapat air-cond, lega jugak dapat duduk sebab dah sejam berdiri. Nasib baik tak pakai heels. 


Tengah borak tu entah macam mana boleh terkeluar topik pasal MBTI, sudahnya Atie dengan Teha busy menjawab personality test sebab nak tahu MBTI masing-masing tapi kena scam sebab kena bayar untuk tahu keputusannya 😩

Pukul 12 lebih kitorang bergerak keluar dari High Court KL untuk lunch tapi sangkut lama sebab van berhenti untuk drop-off sampai makan jalan, menghalang laluan orang. Tak ada masalah pun kalau dia park dekat tepi elok-elok. Nasib hari Jumaat, tak rushing kena balik ke office. Sabar je lah. 

‘TERBANG’ ANGKAT JIWA MALAYSIA DENGAN ADRENALIN TINGGI DAN EMOSI MENYENTUH HATI | ‘Bawa dunia perlumbaan rali yang jarang diterokai, beri pengalaman baharu filem tempatan’  

14 September 2026, Kuala Lumpur – Filem aksi penuh adrenalin dan rasa bangga terhadap anak Malaysia, TERBANG bersedia menggegarkan pawagam seluruh tanah air bermula 17 September ini. TERBANG membawa kisah inspirasi tentang perjalanan pasukan rali Malaysia yang diketuai legenda Karamjit Singh dalam membuktikan bahawa apabila rakyat bersatu dan bekerjasama mencapai satu tujuan, tiada apa yang mustahil untuk dicapai. 

Sejak pelancaran trailer serta beberapa tayangan tertutup, TERBANG terbitan Astro Shaw menerima reaksi positif daripada penonton yang menyifatkan filem ini sebagai sebuah pengalaman sinematik yang mendebarkan, menyentuh emosi dan membangkitkan rasa kagum  terhadap kemampuan produksi tempatan. 

Lebih dari sekadar filem sukan permotoran, TERBANG menampilkan keseimbangan yang teliti di antara emosi dan ketegangan dalam penceritaan. Di bawah arahan Chiu Keng Guan, dan digerakkan bersama pasukan produksi WooHoo Pictures, setiap aspek produksi dibangunkan dengan pendekatan yang sangat terperinci, termasuklah daripada props yang mempersembahkan latar tahun 2002, koreografi aksi rali, reka bentuk bunyi, hingga ke visual yang memberi rasa realistik seolah-olah penonton berada di dalam perlumbaan.

Filem ini membuka banyak ruang pembelajaran baharu buat pengarah dan seluruh pasukan, terutamanya dari aspek teknikal. Penggambaran perlumbaan rali memerlukan pendekatan yang sangat berbeza, termasuk cara merakam aksi berkelajuan tinggi, serta memastikan penonton dapat merasai intensiti perlumbaan itu sendiri.

Penggambaran dijalankan di beberapa lokasi seperti Kuala Lumpur, Selangor, Perlis dan New Zealand, yang mana turut memperkukuhkan skala visual, sekali gus memberikan dimensi antarabangsa kepada naratif tempatan yang dibawakan.

Dari sudut penulisan yang diketuai Hazwani Mahayuddin bersama pasukan penulis Astro Shaw, skrip TERBANG dibangunkan secara berperingkat bagi memastikan naratif kekal kemas dan tidak terperangkap dalam nada yang terlalu bersifat motivasi. Sebaliknya, penceritaan dirangka agar membolehkan penonton daripada pelbagai generasi dan latar, dapat menikmati perjalanan ini sebagai kisah yang menghiburkan, dekat dan relevan dengan pengalaman masing-masing.

Menerusi TERBANG juga, semangat kebersamaan dalam kepelbagaian latar turut diterjemahkan melalui baraisan pelakon berkaliber seperti Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Diana Danielle, Luqman Hafidz, Qasrina Karim, Razib Salimin, Ruminah Sidek, Peggie Ng, Ng Meng Tuck, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar.

Menurut Penerbit Eksekutif TERBANG dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Kami melihat TERBANG sebagai sebuah filem Malaysia untuk semua. Ia adalah sebuah kisah yang lahir daripada semangat, keberanian dan cita-cita anak tempatan yang tidak pernah kenal batas. Berlatarkan dunia sukan rali yang jarang diterokai di layar perak, TERBANG membawa satu perspektif baharu yang bukan sahaja mendebarkan, tetapi juga dekat dengan jiwa penonton. Apa yang kami tekankan adalah keseimbangan antara emosi, aksi dan penceritaan, supaya ia terasa jujur tanpa rasa terlalu sarat dengan mesej, dan boleh dinikmati oleh pelbagai generasi. Kami percaya kekuatan cerita ini terletak pada keupayaannya untuk memberi kesan kepada penonton secara peribadi, walaupun latarnya dalam dunia sukan. 

Kami berharap apabila penonton keluar dari pawagam, mereka bukan sahaja rasa tersentuh dan terinspirasi dengan kisah yang dipaparkan, tetapi turut berasa bangga melihat kemampuan filem tempatan telah berkembang dari segi kualiti, skala produksi dan mutu penceritaannya.”

Bagi melengkapkan pengalaman aksi dan adrenalin yang dibawa filem ini, TERBANG menjalin kolaborasi strategik bersama STING, jenama minuman berkarbonat yang mencerminkan fokus, tumpuan, serta semangat keberanian. Kerjasama ini sekali gus menyerlahkan semangat juang serta membangkitkan rasa bangga terhadap pencapaian Malaysia di pentas dunia.

Manakala, filem ini diiringi lagu tema filem bertajuk ‘Menyala’ nyanyian penyanyi terkenal, Amir Masdi.

Diterbitkan Astro Shaw dengan kerjasama EJJ Films, Enotech Pictures, Aventure Space, manakala, produksi oleh WooHoo Pictures, serta membabitkan rakan strategi STING, rakan Inovasi U Mobile, serta sokongan melalui kebenaran penggunaan elemen jenama daripada PROTON, PETRONAS, EON Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), dalam membawa kembali semangat era tersebut ke layar perak.

TERBANG mengisahkan tentang Ajeet yang meninggalkan dunia rali demi mencari ketenangan di sisi isterinya, Lisa. Namun lima tahun kemudian, takdir memaksa dia kembali ke trek. Bergandingan dengan Kitt, seorang pemandu muda dan panas baran, Ajeet harus berdepan konflik dalaman, persaingan sengit, dan bayangan rasa bersalah yang tidak pernah padam. Dengan sokongan Lisa, kepimpinan Rahim, serta kepakaran Imran dan pasukannya, mereka bangkit ke pentas dunia. 

Ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 17 September 2026, filem TERBANG juga dipersembahkan dalam format 4DX yang menawarkan pengalaman sinematik yang menyeluruh melalui kerusi bergerak dan kesan persekitaran seperti angin, air dan bau.

Gunakan #TERBANG #FilemTERBANG di platform media sosial. Bagi mengetahui info terbaharu TERBANG, boleh ikuti di semua akaun digital Astro Shaw untuk maklumat lanjut.

RM16 JUTA SELEPAS 18 HARI! CHELOT TERUS KUASAI PAWAGAM!

Monday, 14 September 2026

CHELOT terus mencipta kejayaan di pawagam apabila berjaya mencatat RM16 JUTA kutipan selepas 18 hari tayangan termasuk Tayangan Awal!

Lebih membanggakan, CHELOT kekal sebagai filem #1 DI MALAYSIA selama 18 hari berturut-turut!

Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi bukti sokongan padu anda semua yang terus memilih CHELOT dan menyokong karya tempatan. Terima kasih kerana terus bersama kami dalam perjalanan filem ini! 

Buat yang masih belum menonton, jom terus support karya tempatan arahan Adrian Teh! Ajak geng, keluarga dan kawan-kawan untuk saksikan CHELOT di pawagam seluruh Malaysia dan rasai sendiri aksi serta debarannya di layar besar! 

Primeworks Studios, selaku Rakan Pemasaran bagi CHELOT, mengajak anda untuk terus mengikuti perkembangan terkini filem ini dan berkongsi keterujaan menerusi tanda pagar #CHELOT.

TERIMA KASIH, MALAYSIA!

#CHELOT

ZAHIRIL ADZIM TAMPIL SEBAGAI SUAMI YANG MENDUA MENERUSI ‘ISTERI KE-2’| UJIAN ZURIAT & DILEMA POLIGAMI MENGUJI NILAI KESETIAAN TONTON ORIGINAL MOVIE TERBAHARU 

KUALA LUMPUR, 15 September 2026 – Mengharungi bahtera rumah tangga tanpa kehadiran cahaya mata merupakan antara dugaan paling mencabar buat pasangan Trying-To-Conceive (TTC). Apabila desakan dan impian seorang suami untuk bergelar bapa menjadi terlalu menebal, keyakinan serta kepercayaan isteri sanggup dipertaruhkan demi merealisasikan hasrat berkenaan. Pentas konflik emosi ini bakal disajikan secara eksklusif menerusi naskhah Tonton Original Movie terbaharu bertajuk Isteri Ke-2 yang akan menemui penonton pada 16 September 2026 secara eksklusif di platform Tonton.

Karya sentuhan pengarah Syed Fariz terbitan Anomalous Films ini menampilkan gandingan pelakon hebat tanah air seperti Zahiril Adzim, Azira Shafinaz dan Baizura Kahar. Jalan cerita berpusat kepada watak Azrul (Zahiril Adzim) yang mengambil keputusan berpoligami dengan Sarah (Azira Shafinaz) demi mendapatkan zuriat. Keputusan mendua ini sekali gus meretakkan ikatan perkahwinan yang terbina dan menguji kesabaran isteri pertamanya, Maya (Baizura Kahar).

Kisah pengkhianatan ini mula memuncak apabila Maya menghidu kecurangan suaminya dan mengambil langkah mengekori pergerakan Azrul. Satu demi satu petunjuk timbul tanpa perlu dicari sehingga akhirnya membongkar rahsia bahawa dirinya telah dimadukan. Penonton bakal dibawa menyaksikan dilema Azrul dalam menyelamatkan kedua-dua rumahtangganya serta persoalan sama ada impiannya untuk menjadi seorang ayah bakal tercapai di penghujung kisah.

Mengulas mengenai penglibatannya, Zahiril Adzim menjelaskan bahawa naskhah berkaitan isu kecurangan bukanlah satu perkara asing kerana ia realiti yang berlaku dalam masyarakat setiap hari. Bagi beliau, kekuatan sesebuah karya tidak terletak pada isu semata-mata, sebaliknya bergantung kepada cara eksekusi, penyampaian cerita serta kualiti penceritaan itu sendiri.

Naskhah Tonton Original Movie ini boleh distrim secara eksklusif di Tonton menerusi langganan TontonUp serendah RM9.90 sahaja. Langganan ini turut memberikan akses kepada koleksi Tonton Originals yang lain, rangkaian drama pilihan TV3, siri anime, drama Korea dan pelbagai kandungan premium lain.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram di @tontonmy.

Penyanyi, pelakon dan pengacara baharu, Azeva, tampil memeriahkan pentas Borneo Rising untuk minggu kedua, menggantikan Sherry Alhadad yang mempunyai komitmen kerja di Semenanjung. Bergandingan bersama Zizan Razak, Azeva mencuri perhatian dengan personaliti unik dan bersahajanya, sekali gus menambahkan lagi warna pada persaingan minggu ini yang berlangsung di ITCC.

Minggu kedua menyaksikan Petrova terus mengungguli kedudukan dengan markah keseluruhan 73.18%, diikuti Joy di tempat kedua dengan 64.36%, manakala Dabra melengkapkan tiga kedudukan teratas dengan 63.59%. 

Sementara itu, Michelle (48.27%), Jecinta (42.04%) dan Aadel (39.04%) menduduki kelompok tiga terbawah. Namun, hanya Jecinta dan Aadel yang perlu meneruskan perjuangan ke Battle Song pada minggu hadapan selepas Michelle diselamatkan oleh juri, Shila Amzah.

Mengangkat tema “Trend X Ethnic”, episod minggu ini sekali lagi menyaksikan tiada peserta yang tersingkir, menjadikan persaingan antara para peserta semakin sengit menuju minggu seterusnya. Siapakah yang bakal bertahan dalam Battle Song antara Jecinta dan Aadel?  

SENARAI LAGU & MARKAH PESERTA

Petrova: Tak Adil - Aisha Retno (73.18%)

Harvard: Jangan Paksa Rindu - Ifan Seventeen (61.01%)

Afiq: P. Ramlee Saloma - ALPHA (59.74%)

Syukri: Berharap Kau Kembali - Fabio Asher (57.90%)

Dabra: Perkasa - Mimi Fly & Aman Ra (63.59%)

Rizzani: Diam - Hael Husaini (54.25%)

Harris: Hijab Rindu - Black (59.90%)

Aadel: Aku Bukan Narsisis - Hazama (39.04%)

Joy: Seribu Kemanisan - Dato’ Sri Siti Nurhaliza (64.36%)

Jecinta: APT - Rose ft Bruno Mars (42.04%)

Faris: Aishiteru 2 - Zivilia (50.66%)

Michelle: Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah (48.27%)

INFO PROGRAM ‘BORNEO RISING’

Borneo Rising, program pencarian bakat dengan vokal padu, kerjasama CelcomDigi Berhad, bakal bersiaran selama lapan (8) minggu bermula dari 6 September 2026 secara langsung dari ITCC Mall, Penampang Sabah, setiap Ahad jam 9PM, menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), serta boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

▪ Borneo Rising turut menampilkan RTM sebagai rakan penyiar strategik, Astro Gempak sebagai Rakan Digital dan ERA, ERA Sabah & ERA Sarawak sebagai Rakan Radio Rasmi.

▪ 12 barisan peserta yang bakal berentap di pentas Borneo Rising ialah Dabra dari Likas Sabah, Jecinta dari Miri Sarawak, Petrova dari Papar Sabah, Harris dari Kuching Sarawak, Syukri dari Kinabatangan Sabah, Aadel dari Kuching Sarawak, Afiq dari Sandakan Sabah, Michelle dari Landu Sarawak, Joy dari Sandakan Sabah, Faris dari Kuching Sarawak, Harvard dari Penampang Sabah, dan Rizzani dari Tawau Sabah.

▪ Borneo Rising menawarkan pengundian pantas dan automatik menerusi WhatsApp tanpa perlukan aplikasi. Imbas kod QR di kaca TV, pilih peserta dan jumlah undi, serta tambah nilai kredit CelcomDigi bila-bila masa. Undian awam ini menyumbang 20% daripada keputusan akhir, manakala 80% selebihnya dinilai oleh juri. Layari gempak.com/borneorising untuk maklumat lanjut.

▪ Para juri mempunyai kuasa untuk menyelamatkan seorang peserta serta menentukan siapa yang akan bertanding dalam pusingan “battle”. Dalam pusingan itu, juri akan memutuskan siapa yang layak meneruskan perjuangan dan siapa yang akan meninggalkan pertandingan.

▪ Pemenang utama Borneo Rising berpeluang menerima sebuah single dan video muzik baharu, pembangunan kandungan digital, sokongan pemasaran dan promosi, serta peluang pendedahan merentas platform televisyen, radio dan digital Astro, wang tunai dan trofi sumbangan Astro.

Saksikan episod seterusnya Borneo Rising, setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104), TV Okey (Saluran 146) serta secara On Demand menerusi Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2026 – TV3 sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyajikan kandungan hiburan terunggul dan meluas buat rakyat Malaysia menerusi pelancaran slot drama terbaharu, Camelia, yang dijadualkan menemui penonton bermula 14 September 2026. Slot khas ini dibawakan bagi memenuhi fenomena serta permintaan tinggi peminat tempatan terhadap naskhah drama dari Thailand yang terkenal dengan daya tarikan serantau yang sangat kuat.

Mengambil inspirasi daripada keindahan bunga Camelia yang melambangkan cinta, kekaguman, ketabahan dan keindahan abadi, slot ini menjadi manifestasi kepada setiap perjalanan watak heroin dalam setiap naskhah yang dibawakan. Dari perjuangan mengatasi pengkhianatan, menentang takdir, hinggalah menemui cinta sejati, slot Camelia merakam perjalanan penuh keberanian serta transformasi wanita yang membuktikan bahawa cinta tetap mampu mekar biarpun dalam situasi yang paling sukar.

Slot Camelia akan bersiaran secara eksklusif di TV3 pada setiap Isnin hingga Rabu, jam 12.05 tengah hari.

Sebagai naskhah pembuka tirai slot baharu ini, TV3 membawakan drama romantik sejarah (historical romance) popular tahun 2024 dari Thailand, Surviving Beauty. Mula ditayangkan dari 14 September hingga 18 November 2026 sebanyak 30 episod, drama ini menampilkan barisan pelakon terkemuka Thailand seperti Amanda Obdam, Phet Thakrit dan Denkhun Ngamnet.

Surviving Beauty mengisahkan perjalanan hidup Cherkwan (Amanda Obdam), seorang gadis bandar yang jelita tetapi terpaksa melarikan diri ke kawasan pergunungan Phu Phraya Lor selepas difitnah membunuh pengantin lelakinya pada hari perkahwinan mereka. Dalam usaha membersihkan namanya, Cherkwan meminta perlindungan daripada Chalaybutr (Phet Thakrit), abang kepada rakan baiknya.

Namun, kehadiran Cherkwan tanpa disengajakan telah menyemarakkan semula persaingan sengit antara Chalaybutr dan musuh tradisinya Khetkham (Denkhun Ngamnet), seorang pemilik lombong tempatan yang tegas dan berpengaruh. Ketika Cherkwan berjuang untuk bertahan hidup di kawasan luar bandar yang terpencil, dia terperangkap dalam cinta tiga segi sambil membongkar rahsia keluarga yang lama terpendam, dendam lama dan persaingan perniagaan yang pahit. Cabaran demi cabaran ini bakal menguji batas kesetiaan, pengorbanan dan kekuasaan cinta sejati.

Sebelum menembusi pasaran Malaysia, Surviving Beauty merupakan naskhah bersiri yang mencatatkan kejayaan luar biasa sewaktu bersiaran di stesen Channel 3 Thailand. Drama ini berjaya mendominasi carta rating TV harian bagi slot tayangannya, malah kejayaan ini turut dikuatkan lagi dengan kemunculan sulung Ratu Cantik Thailand (Miss Universe Thailand 2020), Amanda Obdam, yang memegang watak utama. Selain menguasai skrin televisyen, naskhah ini turut tular di platform media sosial dengan menduduki tangga teratas trend di X Thailand pada setiap minggu, di samping meraih jutaan tontonan menerusi platform penstriman digital seperti 3Plus dan TrueID.

Pengurus Besar, Strategi Kandungan & Audiens, TV3 & TV9, Rangkaian TV & Kandungan Media Prima, Puan Marlia Zul Amran berkata, pelancaran slot baharu ini merupakan langkah strategik dalam terus memberikan variasi tontonan terbaik buat audiens tempatan. "Drama Thailand mempunyai daya tarikan emosi dan penceritaan yang amat dekat di hati audiens Malaysia. Menerusi penjenamaan slot Camelia, kami bukan sahaja membawakan karya hiburan berkualiti tinggi, malah mengetengahkan kisah-kisah wanita yang cekal dan berjiwa besar. Kami yakin slot ini bakal menjadi peneman setia penonton TV3 pada sebelah tengah hari," jelasnya.

Saksikan tayangan perdana drama Surviving Beauty di slot Camelia, bermula 14 September 2026, setiap Isnin hingga Rabu jam 12.05 tengah hari hanya di TV3.  atau strim lebih awal menerusi Tonton pada setiap hari Jumaat bermula 10 September 2026l di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

#CameliaTV3 #DramaThailandDiTV3

Lirik Lagu Kepak Kepuk - Afieq Shazwan


Nampak dekat Youtube Music ada lagu baru dari Afieq Shazwan, genre pop etnik kreatif. Tak pernah lagi Afieq nyanyi genre ni. Bila dengar vibe dia sama macam lagu Cak Cak Cekuk - Wani Kayrie. Bertambah lagi satu lagu dalam playlist pengantin atau kahwin. 

Music video Kepak Kepuk ni memang berlatarkan suasana perkahwinan Melayu disuntik budaya beberapa kaum lain juga, meriah sangat! 



LIRIK LAGU KEPAK KEPUK
Penyanyi: Afieq Shazwan
Komposer: Affan Mazlan & Danish Norr
Lirik: Affan Mazlan & Danish Norr
Studio: FMC Music Sdn Bhd

[Chorus]
Pandang-pandang tak jemu-jemu
Tapi dia malu-malu
Kepak kepuk
Kompang dipalu

Bila mata bertentang mata
Senyum senyum sampai telinga
Aduh si hati
Dah mula berbunga-bunga

[Pre-chorus]
Jangankan lautan ku sanggup renangi
Gunung tinggi ku daki
Demi mencincinkan dia

[Chorus]
Pandang-pandang tak jemu-jemu
Tapi dia malu-malu
Tak mengapa Cik Adik
Hai Kanda juga begitu
Pandang-pandang tak jemu-jemu
Tapi dia malu-malu
Kepak kepuk
Kompang dipalu

Kalau dia diambil orang
Sakit hati sampai nak terlentang
Bila dia kata iya
Sengih-sengih dah macam kerang

[Pre-chorus]
Jangankan lautan ku sanggup renangi
Gunung tinggi ku daki
Demi mencincinkan dia

[Chorus]
Pandang-pandang tak jemu-jemu
Tapi dia malu-malu
Tak mengapa Cik Adik
Hai Kanda juga begitu

[Chorus]
Pandang-pandang tak jemu-jemu
Tapi dia malu-malu
Tak mengapa Cik Adik
Hai Kanda juga begitu
Pandang-pandang tak jemu-jemu
Tapi dia malu-malu
Kepak kepuk
Kompang dipalu

Dipandang-pandang
Hai manis sayang
Alala sayang

[Pre-chorus]
Jangankan lautan ku sanggup renangi
Gunung tinggi ku daki
Demi mencincinkan dia

[Chorus ]
Pandang-pandang tak jemu-jemu
Tapi dia malu-malu
Tak mengapa Cik Adik
Hai Kanda juga begitu
Pandang-pandang tak jemu-jemu
Tapi dia malu-malu
Kepak kepuk
Kompang dipalu

[Chorus ]
Pandang-pandang tak jemu-jemu
Tapi dia malu-malu
Tak mengapa Cik Adik
Hai Kanda juga begitu
Pandang-pandang tak jemu-jemu
Tapi dia malu-malu
Kepak kepuk
Kompang dipalu

[Outro]
Ingin dia ku petik
hai jadi isteriku

WANITA HARI INI | Wajah Baharu, Lebih Segar & Padat, Inspirasi Tanpa Sempadan

Thursday, 10 September 2026

Kuala Lumpur, 10 September 2026 – Program bual bicara wanita popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI) bakal tampil dengan wajah baharu menerusi pendekatan yang lebih segar dan dinamik, memperluas kehadirannya merangkumi televisyen dan platform digital dengan kandungan yang lebih relevan buat wanita masa kini.

Bermula 13 September 2026, WHI akan menemui penonton menerusi slot baharu setiap Ahad, jam 2.00 hingga 3.00 petang, dengan menampilkan segmen utama seperti WHI Trend, WHI Cantik, WHI Menu, WHI Curhat, WHI Kasih, Pesona Nona, selain topik perbincangan semasa yang dekat dengan kehidupan wanita masa kini.

Selain pengisian utama pada hujung minggu, WHI turut mendekati penonton menerusi WHI Vibe, segmen ringkas berdurasi lima minit yang akan disiarkan Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah hari. Kandungan digital baharu WHI pula akan dimuat naik pada jam 12.00 tengah hari menerusi platform digital rasmi, memberikan lebih banyak peluang kepada penonton untuk mengikuti perkembangan dan inspirasi daripada WHI pada bila-bila masa.

Jadual siaran baharu:

  • WHI Vibe: Isnin - Jumaat, 12.00 - 12.05 tengah hari
  • WHI: Ahad, 2.00 - 3.00 petang

Pelbagai pengisian dalam WHI yang lebih segar:

  • WHI TREND - Menampilkan pelbagai trend semasa dalam gaya hidup, hobi, dekorasi, fesyen dan petua harian.
  • WHI CANTIK - Berkongsi topik kecantikan dan kesihatan, termasuk penjagaan diri serta isu kesihatan kulit dan tubuh.
  • WHI MENU - Menyentuh tentang resipi mudah, hidangan bajet, makanan tular serta ulasan tempat makan.
  • WHI CURHAT - Mengangkat kisah kehidupan yang menyentuh hati termasuk tentang cinta, kehilangan, keluarga, kerjaya dan cabaran yang dilalui. 
  • WHI KASIH - Meneroka pelbagai aspek hubungan dalam keluarga, percintaan dan persahabatan.
  • PESONA NONA - Temu bual bersama selebriti dan wanita inspirasi untuk menyelami kisah, pengalaman serta sisi peribadi mereka.

Perubahan ini turut menyaksikan WHI memperluas barisan hosnya apabila Fiza Sabjahan, Syahira Izzaty dan Sugeeta Chandran akan bergandingan bersama tiga wajah baharu iaitu Hanna Faresha, Nurin Razmyn dan Izza Izelan. Kesemua perkembangan ini diperkenalkan menerusi sidang media yang berlangsung hari ini di Balai Berita, Bangsar.

Di sebalik penambahan barisan hos, setiap wajah baharu hadir dengan latar belakang serta kepakaran tersendiri. Hanna Faresha, pelakon berbakat dan ikon gaya hijab; Nurin Razmyn, seorang pempengaruh; serta Izza Izelan, wartawan penyiaran berpengalaman, bakal melengkapi barisan hos sedia ada dengan perspektif masing-masing. 

Menurut  Puan Farah Shamsudin, Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Strategi Kandungan & Audiens, Rangkaian TV & Kandungan Media Prima, “WHI mempunyai nilai tersendiri sebagai sebuah jenama yang telah lama menemani audiens menerusi pelbagai generasi. Dalam landskap media yang sentiasa berubah, kami sentiasa menilai cara terbaik untuk menyampaikan pengalaman yang memenuhi kehendak penonton hari ini. Transformasi ini mencerminkan komitmen kami untuk membawa WHI terus berkembang, sambil mengekalkan identiti dan kekuatan yang telah membina kepercayaan penonton selama ini.”

Dengan gabungan pengalaman, wajah baharu serta kandungan yang lebih luas, WHI terus menjadi platform yang meraikan inspirasi, perkongsian dan aspirasi wanita Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai Wanita Hari Ini (WHI), ikuti laman media sosial rasmi @TV3Malaysia di Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok, serta Wanita Hari Ini TV3 di Facebook, @whitv3 dan @inspirasi_nona di Instagram, WHI TV3 dan inspirasi_nona di Threads, serta @whitv3malaysia_official di TikTok.

CHELOT terus mencipta momentum di pawagam apabila berjaya mencatat RM14 JUTA kutipan selepas 14 hari tayangan termasuk Tayangan Awal!

Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi menjadi bukti sokongan padu rakyat Malaysia terhadap karya tempatan. Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus dan kerana terus memilih CHELOT sebagai tontonan anda di pawagam.

Dengan aksi, debaran dan kisah penuh muslihat yang dibawakan, perjalanan CHELOT masih belum berakhir!

Jom terus support karya tempatan arahan Adrian Teh dan saksikan CHELOT di pawagam seluruh Malaysia hari ini! Ajak geng, keluarga dan kawan-kawan untuk sama-sama menikmati pengalaman penuh aksi dan debaran CHELOT di layar besar.

Primeworks Studios, selaku Rakan Pemasaran bagi CHELOT, mengajak anda untuk terus mengikuti perkembangan terkini filem ini dan berkongsi keterujaan menerusi tanda pagar #CHELOT.