Family Day LPJE di Nahara Resort, Kalumpang Day 1

Tuesday, 9 September 2025

Tahun lepas LPJE buat family day dekat Chalet Pak Tam, Kemensah. Tahun ni upgrade sikit buat dekat Nahara Resort dan bermalam di sini. Untuk family day ni, LPJE book 4 buah Chalet Type B dan dua bilik dorm. Yang berkahwin boleh menginap dalam chalet sementara yang bujang tidur di dorm memandangkan anak dara lagi ramai. Ikutkan nak ambil semua chalet tapi dah ramai yang book masa tarikh 23 Ogos - 24 Ogos 2025

Kitorang berkumpul dekat pejabat LPJE jam 6.30 pagi sebab nak gerak konvoi 4 kereta tapi sebab Izzah tak dapat dihubungi, terpaksa lah tunggu sampai jam 7.30 pagi. Nak tunggu lama pun tak boleh juga sebab takut timing untuk aktiviti lain akan lari so kitorang gerak je dulu mana yang ada. Perjalanan dari Subang Bestari ke Nahara Resort dalam satu jam. 

Sampai lambat sikit sebab berhenti kejap di tepi jalan bila Mira nak cabut bendera dekat kereta. Perjalanan dia mudah je sebab straight dekat atas highway tu, sempat juga layan sunrise. Lepas exit Tanjung Malim pun tak berliku sangat sebab navigation dari Waze sangat membantu sampai lah tiba di Nahara Resort. 

Jalan untuk masuk ke Nahara Resort je sempit sikit dan perlu bagi laluan kepada kereta yang lawan arah. Selain Nahara Resort, ada banyak lagi resort dekat Kalumpang ni. Yang kitorang perasan masa tu Damai Resort, Chalet Keluarga Sakri dan Kalumpang Training Centre. Yang lain tak pasti apa namanya. 

Sampai je dekat Nahara Resort ni bagitahu ada family day dekat sini sebab kalau tak inform management nanti kena bayar parking. Sebelum datang tu dah inform managament no plat kereta yang terlibat tapi dia kata tak perlu. Mention je bila dah sampai nanti. Settle park kereta depan chalet, kitorang bergerak ke padang kecil depan dorm untuk breakfast sebab makanan dah sampai jam 8 pagi. 



Depan chalet type B tu ada dua padang, satu padang besar dan satu lagi padang kecil. Padang besar untuk park kereta sebab Nahara Resort ni ada dua jenis pengunjung. Satu yang jenis balik hari, satu lagi yang menginap di situ. Yang ramainya adalah yang balik hari so kebanyakan kawasan lapang di resort ni digunakan sebagai tempat parkir kereta. 


Masa riki riki Nahara Resort ni ada isu juga sebab masa tengok layout, nak guna padang kecil depan dorm tapi management tak bagi. Tak faham kenapa tak bagi sedangkan tak ada penginap lain yang guna pun. Kitorang nak letak dua kanopi untuk stesen makanan je sebab dekat sini je yang sesuai memandangkan Nahara Resort tak ada dewan makan atau pondok besar untuk large pax. Bila mengadu dekat owner surprisingly dapat pulak guna. 


Sambil breakfast sambil bergambar tapi itu lah kenapa gambar I ambik lagi cantik eh? Tak berseni betul tangan adik I, dah lah muka jadi blur T.T


Selesai breakfast kitorang pergi melawat kawasan sebab Ms Junny dan Syahin tak sampai lagi sebab stuck dalam traffic jam. Nasib baik kitorang gerak awal sebab tak lama lepas kitorang keluar dari highway tu ada accident antara lori dengan motor. Sebab diorang stuck dalam jam, terpaksa lah anjak aktiviti sukaneka ke pukul 11 pagi. 

Untuk aktiviti sukaneka nanti semua wajib pakai baju jersey LPJE yang ditempah khas untuk Family Day ni. Funny story pasal jersey ni, dari malam Khamis sampai ke pagi Sabtu I sehabis daya tarik jersey supaya dia mengembang. Masa tempah dah ikut saiz tapi bila sampai dekat tangan dia mengecut. Nak buat exercise kempiskan perut memang tak dapat lah cerita dia, minum air lemon panas sebaldi pun belum tentu kempis. 

Berjaya ke tidak method stretch baju tu? Well korang nampak I pakai kan so berjaya lah. Dari melekat dekat badan jadi longgar dan selesa. Baju dah settle, tudung pulak buat perangai nak menggelembung bagai hmm baran.



















Pokok 'kokondong' dah tinggal setengah buahnya. *siapa tak tahu reference buah kokondong dia bukan millenials*





Mostly yang datang mandi akan park kereta dekat sini dibantu oleh staff Nahara Resort. 



Sungai di Nahara Resort ada 4 kawasan. Kawasan paling atas bersempadan dengan Kalumpang Resort and Training Centre tapi cetek, kemudian bahagian tengah ada satu yang cetek, satu lagi dalam, kemudian kawasan paling bawah dan dalam. 





Di bahagian kiri dan kanan sungai ada pelbagai jenis ruang untuk disewa oleh pengunjung yang datang. Kalau gazebo kena bayar RM30 untuk satu sesi. Payung pula RM20 untuk satu sesi kemudian pondok yang ada barbecue pit berharga RM40-RM60 bergantung pada saiz. Dekat Nahara Resort ni ada dua sesi, satu sesi pagi dan satu lagi sesi petang. Selesa ke tak tu tak pasti lah sebab kitorang menginap so tak ambil ruang-ruang ni. 

Actually ada plan nak ambil tapi penuh walhal dah book awal tapi management susah sangat nak respond so redho je lah apa yang dapat masa tu. 















Selesai sesi melawat kawasan, balik semula ke padang kecil untuk bergosip sebab ada orang bawa muka baru join Family Day LPJE. 



Catch up and membawang session

Program Family Day bermula jam 11 pagi bila Ms Junny dengan Syahin dah sampai. Izzah masih lagi otw sebab dia kena cari stesen minyak dulu. 


Belakang padang besar untuk parking kereta, ada satu padang kecil. Dekat padang ni lah kami akan guna untuk aktivti sukaneka. Check-in time adalah jam 2 petang jadi sementara tu kitorang bersukaneka kemudian makan tengahari lepastu baru masuk bilik masing-masing. 


Sebelum mulakan aktiviti, Managing Partner LPJE bagi ucapan dulu sebagai perasmian kepada Family Day & Retreat di The Nahara Resort, Kalumpang. 




Lepas ucapan, kita bergambar dan buat video beramai-ramai sebagai kenangan dan content social media. Ni yang penting sebenarnya. Thanks to Sofea yang berusaha pastikan gambar cantik dan tak ada yang tutup mata. 






Selesai bergambar, semua dibahagikan kepada 3 kumpulan dan beratur di padang kecil untuk aktiviti sukaneka. 



Permainan sukaneka yang pertama adalah Candy Relay. Setiap orang dalam kumpulan kena bawa gula-gula yang diberikan ke seberang sana menggunakan sebatang sudu plastik. Kumpulan paling laju dan selesai dalam masa yang diberikan, akan dikira sebagai pemenang. 





At first susah nak faham sebab tak ada demo, nasib baik lah commitee bagi can ulang balik lepas ramai yang tak faham cara nak main permainan ni. Kumpulan I dapat tempat pertama walaupun tak faham instruction awalnya. 

Lepas permainan pertama, permainan kedua pula setiap kumpulan kena hantar seorang wakil untuk kutip gula-gula dengan mata tertutup. Arahan akan diberikan oleh ahli kumpulan yang tinggal. Seorang lagi wakil kena kira jumlah semua gula-gula yang dikutip. Permainan kedua ni tak boleh nak tapau sebab susah. Nak dengar arahan untuk kutip pun boleh tersilap dengan suara ahli kumpulan lain. Yang dikutip pun belum tentu gula-gula. 

Geng tak larat nak main

Lepas permainan sukaneka berkumpulan, committee beralih kepada permainan sukaneka individu pulak dan permainan pertama ialah Musical Cup. Sama saja konsepnya dengan Musical Chair tapi orang tak berebut kerusi bila lagu berhenti sebaliknya berebut cup. 







Nampak macam fun main musical cup ni tapi seram sebab semua tangan pantas betul rebut cup. Dua kali rebut cup, dua kali terjatuh sebab terkejut tengok kep[antasan masing-masing. Kata nak main chill chill je but it's damn competitive. Hamper dia jajan je weh kenapa beria sangat nak main? Tacoddd T.T



Kecoh jugak masa main kutip gula-gula sambil tutup mata ni. Nampak macam senang tapi dalam cawan mungkin kita kaut daun kering ataupun batu. Rasa berat macam banyak tapi gula-gula yang kita kaut mungkin 10 je. Tak sangka pun Aufa boleh menang game ni sebab dia tak nak main awalnya tapi rezeki orang tak ada yang tahu kan?



Tempat Kedua Musical Cup

Tempat Pertama Musical Cup


Tempat Kedua Cari Candy

Tempat Pertama Cari Candy

Selesai sesi pemberian hadiah kepada semua kumpulan dan individu, makanan tengahari pun dah dihidangkan, semua pun menjamu selera. Lupa nak ambik gambar sebab masa tu dah lapar T.T

Lepas makan tengahari, kitorang request untuk check-in awal sebab tak ada penginap pun sebelum tu. Lepas buat bayaran, angkut barang masuk bilik kemudian keluar mandi di sungai sampai Asar. 

Fenomena Gerhana Bulan Penuh atau dikenali sebagai Blood Moon yang berlaku pada baru-baru ini seakan menjadi ‘petanda’ kepada kemunculan filem seram terbaharu, “Qifarah” yang bakal menghantui pawagam seluruh negara 9 Oktober ini!

Fenomena Blood Moon berlaku apabila bulan kelihatan berwarna kemerahan akibat pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi, sekali gus mencuri perhatian peminat astronomi dan orang awam.

Dalam pelbagai budaya dan kepercayaan,  Blood Moon sering dikaitkan dengan unsur mistik dan ilmu hitam. Ia dianggap waktu paling power untuk ritual memanggil entiti atau melakukan upacara ghaib. Inilah simbolisme yang diangkat dalam “Qifarah,” menjadikan fenomena alam ini seolah-olah selari dengan jalan cerita filem tersebut.

Diterbitkan oleh Skop Productions dengan kerjasama MyWay Pictures dan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, “Qifarah” bukan sekadar filem seram biasa. Ia mengisahkan seorang lelaki yang terjerat dalam legasi keluarganya yang mengamalkan ilmu hitam sejak kecil. Filem ini membawa mesej tentang akibat menyimpang dari jalan kebenaran, serta balasan (qifarah) atas dosa dan perbuatan syirik. 

Adakah dia mampu membebaskan dirinya daripada sumpahan warisan, atau akan menjadi korban seterusnya dalam rantaian hitam yang tidak berpenghujung?

Dengan sinematografi yang suram dan elemen mistik yang menyeramkan, ia dijangka memberi kesan bukan sahaja daripada segi hiburan, tetapi juga kesedaran kepada penonton. Diterajui pula dengan lakonan mantap Remy Ishak, Sharifah Sakinah dan Liyana Jasmay, filem ini bersedia mencipta fenomena seram tempatan yang sukar dilupakan.

Nantikan treler rasmi “Qifarah” dalam masa terdekat! Janji kami akan membuatkan penonton semakin teruja menunggu tayangan penuhnya pada 9 Oktober ini.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Qifarah, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios.

Kuala Lumpur, 9 September 2025 – Di sebalik kehangatan dapur dan cita-cita yang membara, ‘Me.N.U’ menghidangkan sebuah kisah cinta penuh inspirasi berlatarkan dunia kulinari. Dibintangi oleh Nabila Razali dan Andi Bernadee sebagai teraju utama, drama ini menyelami perjalanan seorang wanita yang berani mempertahankan impian untuk menjadi chef, meskipun berdepan tentangan keluarga dan pelbagai cabaran hidup yang tidak terduga.

Drama 10 episod arahan Faliq Sharif ini turut menampilkan barisan pelakon berkarisma seperti Natasya Mahyan, Puteri Awani, Ako Mustapha, Noniswara dan Azizah Mahzan. Kisah bermula apabila kerjaya Lisa (Nabila Razali) sebagai chef tergugat selepas dia cuba membela rakan sekerjanya yang dibuli.

Namun, tekad Lisa tidak pernah goyah. Dia berusaha untuk membuka restorannya sendiri, tetapi hasrat itu terhalang apabila permohonan pinjamannya ditolak oleh Haris (Andi Bernadee), seorang pegawai bank. Pertemuan tegang itu akhirnya menjadikan mereka seperti anjing dengan kucing yang sentiasa bertelagah.

Di sisi lain, Haris sedang merancang untuk melamar kekasihnya, Alya Nova (Puteri Awani), seorang pempengaruh media sosial terkenal. Namun rancangannya tidak kesampaian apabila satu kejadian menggugat hubungan mereka. Dari detik itu, pertengkaran antara Haris dan Lisa mula berubah menjadi dekat, membuka ruang kepada ikatan yang lebih mesra.

Kehadiran Haris kini menambah warna dalam hidup Lisa, tetapi dengan dilema antara cinta, impian dan keluarga, yang mana satu bakal dia utamakan?

Mengulas mengenai wataknya, Nabila Razali berkata, "Setiap langkah, walaupun kecil, memberi pengajaran dan menjadikan kita lebih kuat. Lisa terus cekal menghadapi cabaran, demi mengejar apa yang paling bermakna baginya." Bagi Nabila, ‘Me.N.U’ bukan sekadar drama romantik komedi; ia turut menyingkap konflik keluarga, aspirasi anak muda dan keberanian seorang wanita untuk berdiri teguh mengejar keinginannya tanpa mudah menyerah.

‘Me.N.U’ menjanjikan resipi hiburan yang penuh rasa, dekat dengan realiti generasi muda yang masih mencari makna hidup. Ia hadir sebagai dorongan untuk terus melangkah dan yakin pada kemampuan diri, walaupun berliku.

Jangan lepaskan tayangan perdana ‘Me.N.U’ bermula 11 September 2025, eksklusif hanya di Tonton! Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.