Selami Dunia ‘The Last Of Us’ Musim Kedua Bersama Astro di Kwai Chai Hong
Saturday, 3 May 2025
Astro, peneraju kandungan dan hiburan utama Malaysia, bersama Max, perkhidmatan penstriman terkemuka dari Warner Bros. Discovery, membawakan satu pengalaman imersif buat semua di ibu kota. Kwai Chai Hong, lorong bersejarah di Chinatown Kuala Lumpur (Petaling Street), bakal diubah menjadi dunia pasca-apokaliptik yang diinspirasikan daripada siri terkenal HBO Original, The Last of Us musim kedua.
Direka untuk menarik perhatian para peminat serta pengunjung, Max dan Astro bekerjasama dengan artis tempatan, Akid One, bagi menghasilkan mural The Last of Us di Kwai Chai Hong. Lokasi ini turut menampilkan mural khas oleh Daphy yang bertujuan untuk menggambarkan tema-tema utama yang mendefinisikan The Last of Us musim kedua. Keseluruhan pengalaman ini dilengkapi dengan efek bunyi dan pencahayaan sinematik untuk mempelawa orang ramai menyelami dunia yang diinspirasikan daripada musim terbaru siri ini.
Sama ada anda peminat setia drama pemenang anugerah Emmy ini atau sedang mencari lokasi bergambar yang menarik untuk Instagram anda, pameran unik ini adalah destinasi wajib dikunjungi pada bulan Mei. Pameran ini terbuka sepanjang hari dari 1 hingga 11 Mei 2025. Selain itu, para pelanggan Astro turut berpeluang menebus barangan eksklusif The Last of Us musim kedua menerusi aplikasi MyAstro dan Astro dari 9 hingga 11 Mei 2025 di Kwai Chai Hong – selagi stok masih ada (tertakluk pada terma & syarat).
Musim kedua The Last of Us kembali selepas lima tahun sejak penerbitan musim pertamanya. Musim kedua mengisahkan Joel dan Ellie yang terperangkap dalam konflik antara satu sama lain, serta dunia yang jauh lebih berbahaya dan tidak dapat dijangka berbanding sebelumnya. Barisan pelakon yang kembali dalam musim terbaru ini termasuk Pedro Pascal sebagai Joel, Bella Ramsey sebagai Ellie, Gabriel Luna sebagai Tommy dan Rutina Wesley sebagai Maria. Barisan pelakon baharu pula terdiri daripada Kaitlyn Dever sebagai Abby, Isabela Merced sebagai Dina, Young Mazino sebagai Jesse, Ariela Barer sebagai Mel, Tati Gabrielle sebagai Nora, Spencer Lord sebagai Owen, Danny Ramirez sebagai Manny dan Jeffrey Wright sebagai Isaac. Catherine O’Hara turut muncul sebagai pelakon jemputan.
Siri ini boleh ditonton di Max, serta di TV melalui HBO (saluran 411) atau distrim menerusi On Demand. Episod baharu untuk musim kedua akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan episod akhir pada 26 Mei 2025. Mulai 24 Mei hingga 30 Jun 2025, para pelanggan Astro yang baru melanggan Max akan menikmati diskaun 50% daripada harga langganan tahunan biasa untuk pelan Max Standard atau Max Ultimate.
Para Para pelanggan Astro boleh mengubah suai pakej mereka dengan mudah melalui penambahan lebih 14 aplikasi penstriman popular termasuk Max, Prime Video, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi. Mereka juga boleh membuat perubahan langganan mereka dengan mudah melalui aplikasi MyAstro, sama ada untuk mengemas kini pakej, menukar antara penambahan dan perkhidmatan penstriman atau memilih yang baharu, pada bila-bila masa.
Langgani Pek Astro One dengan serendah RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti untuk seisi keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pek Entertainment pada hanya RM129.99/bulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsAll 03 9542 3838.
*Untuk pelanggan baharu sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat.
RAIH 1,500,000 TONTONAN DALAM MASA 12 JAM SAHAJA! | EJEN ALI BERSEDIA MENANTI ANDA 22 MEI 2025 INI!
Satria Bangkit! Sejak tayangan pertama Ejen Ali The Movie, penantian para peminat setianya untuk lanjutan misi Ejen Ali semakin memuncak dan kini berakhir dengan kepuasan! Pelancaran treler sekuelnya semalam mendapat sambutan memberangsangkan apabila berjaya meraih 1.5 juta tontonan dalam tempoh hanya 12 jam di pelbagai platform digital. Pengaruh Ejen Ali ternyata masih mengagumkan dengan semangat peminat semakin membara untuk menyaksikan misi terbaharu yang lebih mendebarkan!
Peminat setia Ejen Ali membanjiri media sosial dengan pujian terhadap visual animasi yang semakin memukau serta jalan cerita yang semakin matang dan menyentuh emosi. Antara reaksi yang dijumpai, ‘Tak sabar weh, serius! Aku umur 24 pun masih minat,’ ‘Meremang bulu roma tengok trailer ni!’ dan ‘Bangganya as Malaysian jadi saksi kemajuan AniMY ni, boleh hasilkan animation yang hampir sama dengan kualiti antarabangsa…’. Rata-rata peminat jelas tidak sabar menyaksikan perjalanan baharu Ali dengan sut Satria, sambil berteka-teki tentang kejutan yang akan menanti mereka di layar besar nanti.
Kembalinya Ali ke arena perisikan MATA kali ini bakal menyaksikan konflik yang lebih kompleks dengan kuasa teknologi baharu dan musuh yang lebih mengancam. Treler berdurasi 2 minit 45 saat itu bukan sahaja memperlihat peningkatan grafik yang mengagumkan, tetapi turut memberi petunjuk kepada misteri dan cabaran baharu yang menanti Ali.
Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Itulah yang menanti peminat menerusi Ejen Ali The Movie 2, sekuel yang dinanti-nantikan hasil kerjasama Primeworks Studios, WAU Animation dan Komet Productions. Sebagai kesinambungan daripada kejayaan terdahulu, filem ini bukan sekadar sebuah sekuel, tetapi sebagai simbol janji untuk mempersembahkan karya animasi bertaraf dunia. Dengan kualiti produksi yang dipertingkat dan olahan jalan cerita yang menyentuh jiwa, filem ini bukan sahaja dijangka memecahkan panggung, malah menjadi karya animasi tempatan yang wajib disaksikan oleh semua lapisan penonton!
Tonton Treler Rasmi #2 di:
YouTube: www.youtube.com/ejenali
TikTok: www.tiktok.com/@officialejenali
Facebook: www.facebook.com/ejenali
Instagram: www.instagram.com/ejen_ali
Twitter: www.twitter.com/ejen_ali
Bersiap sedia, Ejens! Misi diteruskan!
#EjenAli #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMY
MONSTA & ASTRO SHAW LANCAR FILEM TERBARU: PAPA ZOLA THE MOVIE
Friday, 2 May 2025
Ejen Ali The Movie 2 sekali lagi menghidangkan aksi berintensiti tinggi dan emosi yang menggamit jiwa dengan pelancaran Treler Rasmi keduanya hari ini, susulan kemunculan poster utama yang mencetus perbualan hangat sejak semalam. Bersiap sedia untuk sebuah pengembaraan penuh aksi dan detik-detik dramatik di layar perak bermula 22 Mei 2025 ini. Ejen Ali kembali dalam misi baharu dengan pertaruhan yang lebih besar, ancaman yang lebih berani, dan babak aksi yang lebih mendebarkan!
Kali ini, kualiti animasi yang jauh lebih mengagumkan diperkayakan dengan visual memukau serta jalan cerita yang penuh emosi dan ketegangan pastinya bakal membuat penonton tidak sabar menanti ketibaan 22 Mei 2025. Gelombang sokongan daripada peminat sudah mula terasa sejak tayangan semula Ejen Ali The Movie pada Februari 2025 lalu, didorong lagi oleh pelbagai video treler dan lagu tema rasmi, Hanya Kamu oleh Dato’ M. Nasir, di platform striming digital, yang terus membangkitkan keterujaan untuk kepulangan Ejen Ali ke layar besar.
Treler kedua bermula dengan suara yang menyeru Ali untuk bangkit, disusuli ungkapan kata-kata “Kerja kita belum selesai…” yang bergema. Senario ini mendedahkan perbicaraan penuh emosi antara Ali dan Rizwan, bekas ejen MATA yang muncul kembali dengan motif yang tersembunyi. Walaupun berdepan cabaran yang semakin rumit, Ali tekad bertarung menentang musuh lama yang menyimpan dendam kesuma, Neonimus, demi mempertahankan kota futuristik Cyberaya. Ali perlu menguasai sut Satria untuk menyelesaikan misi ini, sebuah ciptaan inovasi teknologi berasaskan kecerdasan buatan terkini oleh agensi perisik MATA yang masih cukup asing buat dirinya. Pelantikan Ketua Teras MATA baharu, Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso) merubah dinamik pimpinan dan strategi dalam pertempuran ini. Sementara itu, kelibat Rizwan yang berganding bersama duo penjahat Dos dan Trez mengundang seribu persoalan.
Alunan beat lagu latar yang menyerlah mencipta pengalaman menonton treler kedua yang membuatkan peminat meremang, sekali gus menyemarakkan keyakinan bahawa Ejen Ali The Movie 2 berpotensi menggegarkan dunia animasi tempatan dan antarabangsa sekali lagi. Kesinambungan kepada Ejen Ali The Movie (2019), sekuel ini mengangkat konspirasi yang semakin mendalam dan musuh yang lebih mengancam dalam rungkaian plot yang bakal menguji semangat pasukan Ali ke tahap tertinggi. Ketika Neonimus rancak menyusun langkah untuk menjerat Ali, setiap pilihan dan tindakan yang diambil Ali sangat kritikal.
Usamah Zaid Yasin, pengarah filem ini, dalam ulasan lanjut berkata, “Pelancaran treler rasmi kedua ini mencetus perasaan teruja buat golongan pengkarya seperti kami. Kami tidak sabar untuk menyambut para peminat di pawagam demi mempersembahkan naratif Ejen Ali pada skala besar dan berintensiti tinggi. Setiap detik dalam filem ini direncana rapi untuk membawa penonton menyelami dunia Ejen Ali dengan lebih mendalam. Jumpa anda di pawagam pada 22 Mei ini!”
Ejen Ali The Movie 2 dibawakan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dengan kerjasama Komet Productions. Terus membakar semangat anda menjelang tayangannya dan sahut panggilan misi dengan menggunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2 di semua platform media sosial.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan terkini, kandungan eksklusif, dan kemas kini di sebalik tabir menerusi saluran YouTube rasmi Ejen Ali serta akaun media sosial Primeworks Studios.Film.
Tonton Treler Rasmi #2 di:
YouTube: www.youtube.com/ejenali
TikTok: www.tiktok.com/@officialejenali
Facebook: www.facebook.com/ejenali
Instagram: www.instagram.com/ejen_ali
Twitter: www.twitter.com/ejen_ali
Bersiap sedia, Ejens! Misi diteruskan!
#EjenAli #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMY
*****************************
Mengenai Ejen Ali the Movie 2
Di bandar futuristik Cyberaya, “Ejen Ali the Movie 2” mengisahkan seorang budak lelaki yang secara tidak sengaja direkrut sebagai ejen rahsia oleh agensi perisikan Meta Advance Tactical Agency (MATA). Ejen Ali bersemangat untuk membuktikan dirinya dalam Projek Satria, sut berperisai yang dibantu Kecerdasan Buatan (AI) terbaru MATA. Semasa Ali bergelut dengan tanggungjawab barunya untuk menguasai Satria, dia harus menerima keputusan MATA untuk memberikan rakan (dan saingannya) Alicia sebagai pemegang seterusnya peranti superkomputer, IRIS. Sementara itu, penggodam Neonimus muncul semula untuk mencetuskan kekacauan terhadap MATA, menandakan konspirasi yang lebih besar di Cyberaya.
Sejak tayangannya di saluran televisyen Malaysia, TV3, pada tahun 2016, “Ejen Ali” telah disiarkan dan distrim di lebih 65 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika Utara, benua India, serta Amerika Utara. Dua musim pertama siri ini diikuti dengan “Ejen Ali The Movie” pada November 2019, yang meraih kutipan box-office yang mengagumkan sebanyak RM30 juta (USD8 juta) di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia, menjadikannya salah satu filem animasi dengan kutipan tertinggi di
Malaysia setakat ini. Bahagian terbaru, “Ejen Ali Season 3”, juga memegang gelaran sebagai harta intelek animasi Malaysia pertama yang diterbitkan bersama Disney+ Hotstar Asia Tenggara, dan pertama kali dilancarkan secara eksklusif di perkhidmatan penstriman tersebut pada Jun 2022.
Mengenai Primeworks Studios
Primeworks Studios adalah syarikat pengeluaran terkemuka di Asia Tenggara yang terlibat dalam perniagaan kandungan kreatif di setiap aspek rantaian media dalam pengeluaran TV dan filem, jualan kandungan, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, kandungan berjenama, serta pelesenan dan peruncitan. Ia adalah syarikat kandungan yang memenangi pelbagai anugerah dan menghasilkan lebih daripada 3,000 jam kandungan menarik setiap tahun untuk pelbagai platform, termasuk televisyen, pawagam, dan digital. Rumah produksi ini adalah tenaga kreatif di sebalik pelbagai genre kandungan termasuk hiburan, animasi, majalah, dokumentari, sukan, dan drama.
Mengenai WAU Animation
WAU Animation adalah sebuah studio animasi CG yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan bakat kreatif dengan pengalaman hingga 17 tahun dalam menghasilkan siri animasi CG dan filem cereka yang memenangi pelbagai anugerah. Di tengah-tengah WAU Animation adalah keinginan untuk mencipta animasi yang dapat menyentuh hati penonton. Kami bercita-cita untuk menceritakan kisah-kisah yang menakjubkan yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga bermakna dan memberi inspirasi, sambil pada masa yang sama disuntik dengan elemen tempatan, kerana kami percaya kuat dalam menampilkan identiti Malaysia yang unik.
BARA NAGA MASIH PANAS! BLOOD BROTHERS KUTIP RM62 JUTA
Thursday, 1 May 2025
BARA NAGA MASIH PANAS! BLOOD BROTHERS KUTIP RM62 JUTA | BB GEGAR BB (BUKIT BINTANG), ORANG AWAM TERKESIMA DENGAN KEJUTAN TANPA HENTI!
Filem aksi Blood Brothers: Bara Naga terus mencipta fenomena luar biasa apabila berjaya mengekalkan kedudukan sebagai juara kutipan box office tempatan selama tiga minggu berturut-turut. Dengan pencapaian ini, Blood Brothers: Bara Naga kini tersenarai dalam kutipan tertinggi pecah panggung dunia perfileman di Malaysia dengan pencapaian RM 62 Juta dalam masa 20 hari tayangan dan tayangan awal. Ini merupakan satu kejayaan manis buat produksi tempatan, malah membuktikan bahawa filem bergenre aksi sentiasa mendapat tempat di hati penonton.
Bagi meraikan kejayaan luar biasa ini, satu acara gempak telah diadakan di Bukit Bintang, destinasi ikonik yang sentiasa dipenuhi pelancong dan warga kota, dengan pengumuman mengejut di papan LED gergasi yang memaparkan jumlah kutipan sebanyak RM 62 juta buat masa ini! Bukit Bintang telah dipilih sebagai lokasi utama kerana ia melambangkan semangat yang tidak pernah pudar, sejajar dengan jiwa Blood Brothers yang sentiasa membara.
Acara malam ini turut diserikan dengan kehadiran Datuk Dr. Yusof Haslam, legenda perfileman tanah air, bersama pengarah Blood Brothers: Bara Naga, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Tidak ketinggalan pelakon-pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Zamarul Hisham, Ray Dap Dap, Amir Nafis dan Razib Salimin turut memeriahkan suasana.
Untuk menambahkan lagi elemen misteri dan eksklusif, seramai 30 orang individu yang berpakaian sut hitam, menyerupai pengawal peribadi, telah ‘menguasai’ kawasan tersebut, mencipta suasana yang penuh ketegangan dan dramatik. Kehadiran mereka bagaikan membawa dunia Blood Brothers hidup di hadapan mata khalayak ramai. Selain itu, persembahan akustik oleh Genji Busker yang mendendangkan lagu tema filem, Bara Jiwa, terus menambahkan kemeriahan dan menjadikan malam tersebut sarat dengan kegemilangan.
Sambutan di tengah-tengah kota ini bukan hanya sekadar promosi, tetapi merupakan satu pernyataan yang jelas: Blood Brothers:Bara Naga akan terus melangkah ke hadapan, terus menarik perhatian, dan semakin mencabar norma dengan caranya yang tersendiri. Sebagai tanda sokongan terhadap industri seni tempatan, WOLO Kuala Lumpur tampil sebagai penaja rasmi penginapan bagi para artis dan tetamu kehormat sepanjang berlangsungnya acara ini.
“Terima kasih di atas sambutan yang cukup memberangsangkan dan luar biasa. Segala yang baik daripada Allah dan segala kekurangan adalah dari kami.Saya amat menghargai sokongan yang diberikan oleh semua penonton, yang sentiasa memberikan perhatian dan semangat terhadap industri perfileman tanah air. Jangan lupa untuk menonton filem-filem tempatan lain yang kini sedang hangat dan meriah ditayangkan di pawagam, yang turut memberikan impak besar dalam dunia perfileman tanah air. Saya amat bersyukur dengan pencapaian ini, serta pembaharuan yang terus dihasilkan untuk memajukan lagi industri perfileman tanah air kita. Sokongan padu daripada penonton adalah sumber inspirasi yang besar untuk kami terus berkarya dan saya berharap karya-karya ini akan terus menghiburkan serta memberi kesan yang mendalam kepada semua. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terus setia menyokong industri perfileman tanah air. Semoga karya-karya anak tempatan terus sukses dan mampu menembusi pasaran global”, kata Datuk Dr. Yusof Haslam.
Kejayaan Blood Brothers: Bara Naga membuktikan bahawa filem aksi tempatan mampu mencipta gelombang besar dalam industri, sekal igus membuka jalan untuk lebih banyak karya berani dan berkualiti dihasilkan. Ia juga menjadi petanda bahawa penonton Malaysia kini lebih terbuka menerima filem tempatan yang menawarkan pengalaman sinematik bertaraf antarabangsa.
Jika anda belum saksikan filem ini, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Blood Brothers:Bara Naga! Saksikan filem aksi penuh intensiti ini yang sedang menggegarkan layar perak dan rasai sendiri debaran yang menjanjikan pengalaman sinematik luar biasa!
BUAT JULUNG KALINYA, ASTRO DAN TVS ANJUR ‘KONSERT MeleTOP TVS’ DI SARAWAK
Wednesday, 30 April 2025
BUAT JULUNG KALINYA, ASTRO DAN TVS ANJUR ‘KONSERT MeleTOP TVS’ DI SARAWAK | Gandingan barisan artis ternama mempersembahkan lagu-lagu popular dan kebudayaan
Astro dengan kerjasama TVS bakal membawakan ‘Konsert MeleTOP TVS’, konsert MeleTOP pertama yang julung kali dianjurkan di luar Semenanjung Malaysia. Konsert dengan tagline “Nang Champiyen Nang Lagend” ini bakal bertemu para peminat pada 17 Mei 2025 di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup), dan juga boleh disaksikan secara langsung di TVS (saluran 122), jam 9.00 malam, serta di Astro ONE dan sooka. Siaran ulangan akan ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) pada 25 Mei 2025, jam 9 malam.
Mengangkat warisan kebudayaan Borneo sebagai tema, konsert ini menggabungkan kebudayaan tradisional tempatan dan juga budaya pop masa kini. Para penonton berpeluang untuk menyaksikan persembahan daripada selebriti ternama, antaranya Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Marsha Milan, Hafiz Suip, Stacy, Floor 88 & Namie, DOLLA, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong (Miss Universe Malaysia 2020), Hairee Francis, Wani Kayrie dan juga Noki. Konsert ini bakal diacarakan oleh gandingan pengacara MeleTOP seperti Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hawa Rizwana dan juga pengacara TVS, Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh.
Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, berkata “Kami di Astro amat berbesar hati dapat menggabungkan dua jenama besar dunia hiburan tanah air, iaitu MeleTOP & TVS untuk membawakan barisan penghibur tersohor Malaysia ke Stadium Bandaraya Miri pada satu malam yang tidak dapat dilupakan. Konsert ini bakal menyatukan artis seluruh Malaysia dan meraikan kepelbagaian etnik dan budaya. Mewakili pihak Astro, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan Konsert ini - TVS, MTCP, Majlis Perbandaran Miri dan seluruh warga Sarawak dan Sabah atas sokongan yang telah mereka berikan selama ini. Muzik sentiasa menyatukan kita semua, dan konsert ini adalah platform di mana kita menzahirkan kebersamaan dalam kepelbagaian.”
Konsert MeleTOP TVS juga turut dikuasakan oleh U Mobile sebagai penaja utama dan Super Kopi (TM) sebagai Kopi Rasmi, serta disokong oleh ERA Sarawak sebagai Geng Radio.
Selain itu, Astro membawakan Hello Miri bermula 9 Mei hingga 11 Mei di Atrium 1, Ground Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Miri, yang juga merupakan rakan penaja lokasi. Ini adalah inisiatif Astro untuk memberi peluang kepada pelanggan dan peminat bertemu dengan artis-artis terkenal serta menyertai pratonton kandungan Astro dan persembahan artis secara dekat sempena meraikan Konsert MeleTOP TVS. Antara artis yang bakal hadir adalah Siti Saleha, Haneesya Hanee, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Wani Kayrie, Adira, Firdaus Rahmat, Ayu Damit (GV), Noryn Aziz (GV), Shahrul Kamal, Nikki Palikat (GV), Kaka Azraff, Tomok, Priscilla Abby, Dinda Dania, Isaac Voo, pelakon antarabangsa drama bersiri “Little Nyonya” iaitu Zhang Ze Tong, Tyler Ten, dan ramai lagi. Lebih menarik, pada 9 Mei akan berlangsung Uji bakat Kilauan Emas 2025 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Peminat juga boleh mengunjungi booth Astro selama 3 hari untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan promosi terbaharu Astro.
Strim MeleTOP TVS dengan Astro ONE atau aplikasi sooka. Pakej Astro ONE menawarkan lebih daripada 95+ saluran dan boleh strim sehingga 4 peranti. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti untuk seisi keluarga. Tingkatkan lagi pengalaman penstriman anda dengan naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps hanya RM90/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro ONE, layari www.astro.com.my sekarang.
![]() |
Tak tahu Adi judge apa masa ni |
Astro Dan Sun NXT Bekerjasama Bawakan Hiburan India Terbaik Untuk Rakyat Malaysia
Tuesday, 29 April 2025
Astro Dan Sun NXT Bekerjasama Bawakan Hiburan India Terbaik Untuk Rakyat Malaysia | Daripada filem blokbuster India ke kandungan seram dan peluang memenangi jam tangan pintar Garmin bernilai sehingga RM5,000, barisan kandungan Astro untuk bulan Mei pasti menepati cita rasa semua
Astro terus komited untuk memberikan pengalaman tontonan yang komprehensif dan menghiburkan kepada semua rakyat Malaysia pada bulan Mei ini. Daripada dunia hiburan India yang meriah menerusi Sun NXT di Astro, ke kandungan seram penuh debaran menerusi SCREAM (saluran 100) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi serta fokus terhadap tanggungjawab alam sekitar sempena Hari Bumi Sedunia menerusi kempen Rimba Kita : Strim & Menang Giveaway.
Bermula hari ini, semua pelanggan Astro berpeluang untuk menambah Sun NXT, destinasi pilihan untuk hiburan India ke dalam langganan mereka. Menawarkan pelbagai pilihan filem, rancangan TV, dan siaran langsung dalam enam pilihan Bahasa India – Tamil, Telugu, Malayalam, Kannada, Bengali, dan Marathi, Sun NXT membawakan hiburan India yang menyeluruh kepada pelanggan Astro menerusi Ultra/Ulti box, laman web atau aplikasi pintar, bila-bila masa, di mana sahaja.
Sun NXT ditawarkan di Astro dalam dua pilihan:
- Sun NXT Lite: Ditawarkan tanpa caj tambahan kepada pelanggan pek Indian Favourites/Maharaja, Sun NXT Lite membawakan kandungan dari enam saluran popular Sun – Sun TV HD, Sun Music HD, Sun Life, Sun News, Adithya, dan KTV – berserta lebih 2,000 jam kandungan on-demand.
- Sun NXT Premium: Ditawarkan kepada semua pelanggan Astro pada harga RM25/sebulan (RRP RM28), pelanggan boleh menikmati semua kandungan Sun NXT, termasuk akses kepada 34 saluran pelbagai bahasa, dan lebih 50,000 jam kandungan on-demand, memberikan pengalaman tontonan yang menyeluruh dan memuaskan .
Strim rancangan popular seperti Raayan, Ethir Neechal Thodargirathu, Kayal, Annam, Jailer, Anandha Ragam, Ilakkiya, Ranjani, dan banyak lagi. Untuk mengaktifkan atau melanggan Sun NXT, layari www.astro.com.my/sunnxt, gunakan aplikasi MyAstro App atau daftar terus melalui Ultra/Ulti box anda.
Siap sedia untuk SCREAM! Saluran khas SCREAM (saluran 100) tawar kandungan seram tanpa henti, percuma untuk semua pelanggan Astro.