BUAT JULUNG KALINYA, ASTRO DAN TVS ANJUR ‘KONSERT MeleTOP TVS’ DI SARAWAK | Gandingan barisan artis ternama mempersembahkan lagu-lagu popular dan kebudayaan
Astro dengan kerjasama TVS bakal membawakan ‘Konsert MeleTOP TVS’, konsert MeleTOP pertama yang julung kali dianjurkan di luar Semenanjung Malaysia. Konsert dengan tagline “Nang Champiyen Nang Lagend” ini bakal bertemu para peminat pada 17 Mei 2025 di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup), dan juga boleh disaksikan secara langsung di TVS (saluran 122), jam 9.00 malam, serta di Astro ONE dan sooka. Siaran ulangan akan ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) pada 25 Mei 2025, jam 9 malam.
Mengangkat warisan kebudayaan Borneo sebagai tema, konsert ini menggabungkan kebudayaan tradisional tempatan dan juga budaya pop masa kini. Para penonton berpeluang untuk menyaksikan persembahan daripada selebriti ternama, antaranya Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Marsha Milan, Hafiz Suip, Stacy, Floor 88 & Namie, DOLLA, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong (Miss Universe Malaysia 2020), Hairee Francis, Wani Kayrie dan juga Noki. Konsert ini bakal diacarakan oleh gandingan pengacara MeleTOP seperti Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hawa Rizwana dan juga pengacara TVS, Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh.
Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, berkata “Kami di Astro amat berbesar hati dapat menggabungkan dua jenama besar dunia hiburan tanah air, iaitu MeleTOP & TVS untuk membawakan barisan penghibur tersohor Malaysia ke Stadium Bandaraya Miri pada satu malam yang tidak dapat dilupakan. Konsert ini bakal menyatukan artis seluruh Malaysia dan meraikan kepelbagaian etnik dan budaya. Mewakili pihak Astro, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan Konsert ini - TVS, MTCP, Majlis Perbandaran Miri dan seluruh warga Sarawak dan Sabah atas sokongan yang telah mereka berikan selama ini. Muzik sentiasa menyatukan kita semua, dan konsert ini adalah platform di mana kita menzahirkan kebersamaan dalam kepelbagaian.”
Konsert MeleTOP TVS juga turut dikuasakan oleh U Mobile sebagai penaja utama dan Super Kopi (TM) sebagai Kopi Rasmi, serta disokong oleh ERA Sarawak sebagai Geng Radio.
Selain itu, Astro membawakan Hello Miri bermula 9 Mei hingga 11 Mei di Atrium 1, Ground Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Miri, yang juga merupakan rakan penaja lokasi. Ini adalah inisiatif Astro untuk memberi peluang kepada pelanggan dan peminat bertemu dengan artis-artis terkenal serta menyertai pratonton kandungan Astro dan persembahan artis secara dekat sempena meraikan Konsert MeleTOP TVS. Antara artis yang bakal hadir adalah Siti Saleha, Haneesya Hanee, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Wani Kayrie, Adira, Firdaus Rahmat, Ayu Damit (GV), Noryn Aziz (GV), Shahrul Kamal, Nikki Palikat (GV), Kaka Azraff, Tomok, Priscilla Abby, Dinda Dania, Isaac Voo, pelakon antarabangsa drama bersiri “Little Nyonya” iaitu Zhang Ze Tong, Tyler Ten, dan ramai lagi. Lebih menarik, pada 9 Mei akan berlangsung Uji bakat Kilauan Emas 2025 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Peminat juga boleh mengunjungi booth Astro selama 3 hari untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan promosi terbaharu Astro.
Strim MeleTOP TVS dengan Astro ONE atau aplikasi sooka. Pakej Astro ONE menawarkan lebih daripada 95+ saluran dan boleh strim sehingga 4 peranti. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti untuk seisi keluarga. Tingkatkan lagi pengalaman penstriman anda dengan naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps hanya RM90/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro ONE, layari www.astro.com.my sekarang.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.