Saja update entry ni sebab nak tengok sampul raya siapa cantik tapi tahun ni tak lah meriah sangat sebab kitorang banyak recycle sampul raya tahun-tahun sebelumnya.
1. RRM
2. Richiamo Coffee
3. ASTRO
Sampul raya Astro sama macam tahun-tahun sebelumnya, dalam satu pek ada 3 corak berbeza. Design tahun ni lebih meriah dan cantik. Sayang nak bagi orang tapi rezeki lah siapa yang dapat tu.
4. Law Practice of Junny Erfisyahry
5. Mr TOP
6. Barang Dapur Basah
7. SHELL
Tak pasti lah kenapa sampul raya Shell ada brader koboi terselit dekat situ. Baru balik dari Texas gamaknya.
8. Suria KLCC
Suria KLCC pun guna konsep lebih kurang sama dengan Astro, tahun ni ada dua sampul berbeza warna dalam satu pek. Design yang sama tapi ada sampul warna biru dengan warna hijau gelap.
9. Alliance Bank
Tak pasti lah macam mana boleh dapat sampul raya Alliance Bank sebab tak ada pun ahli keluarga yang ada saving accounts dekat bank ni. Memandangkan design dia biasa je, boleh lah bagi dekat orang masa raya nanti.
10. Proton
Design sampul raya Proton cantik sikit lah berbanding tahun lepas. Tak pasti lah Proton guna kereta apa sebab tak cakna sangat dengan model Proton yang baru ni.
11. Mr. DIY
Tak pasti lah kenapa Mr. DIY tak letak maskot dia dekat sampul but choose floral designs instead. Tapi tak apa sebab senang nak bagi dekat orang.
Mana-mana sampul yang cantik tu selalunya simpan je sebab kalau bagi dekat orang sudahnya ke tanah atau tong sampah. Speechless bila tengok sampul raya kita bagi tu diorang buang depan halaman rumah kita je T.T
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.