Birthday En. Fendy & Jijah Satay

Wednesday, 30 April 2025


Birthday En Fendy antara yang terawal di RRM sebab bulan April. Kitorang plan nak beli kek masa lunch tapi kek dari wife En Fendy dah sampai dulu, Dah lah cantik, kreatif pulak tu. Kek ni asalnya kek batik tapi ada fondant layer untuk decoration on top. Baker ni famous jugak dekat TikTok tapi lupa dah nama akaun dia sebab tak ambil gambar bag sekali. 


😃: Datuk nak join ke celebrate birthday En Fendy?
😒: Kenapa pulak I taknak join?
😃: haha tanya je kot kot Datuk busy 
😒: Jangan main tanya je, sekarang hati saya sensitif!
😃: ha ha ha okay noted Datuk

hmmm risau...

Tak tahu Adi judge apa masa ni

Rasanya guna kek partner orang bagi dah jadi culture dekat sini hshshs nak beli kek beria pun orang dekat sini tak makan kek sangat. Nak beli makanan lain pun dah meriah sangat dengan makanan  so duit tu spend untuk hadiah birthday. Surprisingly kek besar cenggitu pun susah nak habis sebab ramai yang tengah on diet so tak makan sugary stuff. Tapi berjaya lah jugak habisnya sebab kek batik ni sedap. 


Petangnya Lalamove hantar Jijah Satay ke office, ini pun dari Kak Lenny jugak. Jenuh Lalamove tu confirmkan penerima sebab nama Izharul tapi jadi Hairul. Colleagues bagitahu Jijah Satay ni antara satay yang famous dekat TikTok tapi cawangan dia tak banyak tapi tengok dekat box tu dah wujud lama dah dai tahun 2016 lagi. Mungkin sebab I tak minat sangat makan satay so tak tahu. 

Rasa satay ni sedap, perapan dia cukup rasa tapi kuah dia ceroi sikit sampai tak melekat dekat satay. Sayanglah sebab kuah dia banyak, tak ngam sukatannya dengan satay but that's okay lah biar lebih jangan kurang. 

Anyway happy birthday boss kecik, semoga jumpa pelapis baru yang boleh kurangkan stress dan sakit kepala you di office. Thanks dekat Kak Lenny jugak belanja kek dan satay yang sedap untuk office. Semoga makin murah rezeki Kak Lenny sekeluarga. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.