MERAIKAN MAJLIS HARI RAYA DAPUR PANAS DIGITAL BERSAMA TV3 DAN ALTERNATE RECORDS

Thursday, 24 April 2025

Majlis Hari Raya Dapur Panas Digital bersama TV3  dan Alternate Records telah berlangsung dengan meriahnya di Balai Berita, Bangsar. Majlis yang mendapat sokongan padu daripada F&N selaku penaja utama dan Pepper Labs sebagai rakan kolaborasi telah dihadiri oleh barisan pengurusan Media Prima, F&N, Pepper Labs, pasukan Dapur Digital serta para artis di bawah naungan Alternate Records.

Majlis ini juga dimeriahkan dengan persembahan yang bertenaga daripada Marygrace, Kai Deva, Mariam dan Zazzleen, diikuti persembahan memukau oleh Ameerais, Suara, Zizi Safira dan Wanie Ooi. Antara selebriti Media Prima lain yang turut serta memeriahkan acara termasuklah Mior Malek Raiyani, Amirulhakim Lokman, Fariha Onn, Fiza Sabjahan, Fatin Hamimah, Rena Hazrena, Fahmi Izzudin dan Asrulnizam Kadir.


Satu lagi tarikan utama ialah demonstrasi penyediaan teh tarik oleh peserta Dapur Digital Kerinchi, iaitu Puan Masri Binti Md Husin yang menggunakan produk F&N yang berjaya mencuri perhatian tetamu, menyuntik elemen interaktif dan mempererat hubungan dalam suasana penuh kemesraan dan nostalgia.

Sajian istimewa juga menjadi tumpuan majlis pada pagi ini, disediakan oleh pasukan Dapur Digital Kerinchi yang menampilkan juadah raya seperti nasi tomato, mi kari, popia karbonara, puding karamel, agar-agar sirap, sirap bandung dan teh tarik, semuanya menggunakan produk F&N seperti Krimer Manis dengan Kalsium dan Krimer Sejat Penuh Krim Ideal. Minuman 100PLUS ACTIVE dan 100PLUS ZERO turut disajikan sebagai pelengkap yang menyegarkan.

Majlis ini juga merupakan penutup rasmi bagi kempen Dapur Panas Digital, sebuah inisiatif bermakna hasil kerjasama TV3 dan Pepper Labs, dengan sokongan padu daripada F&N selaku penaja utama. Program ini bertujuan memperkasakan wanita komuniti B40, khususnya usahawan daripada Projek Perumahan Rakyat (PPR), dengan memberi mereka peluang untuk berniaga dan meningkatkan potensi diri sepanjang bulan Ramadan yang lalu.

Melalui kempen ini, para usahawan PPR diberi ruang untuk menjalankan perniagaan di Bazaar Ramadan sekitar Kuala Lumpur, antaranya di Kg Baru (Jalan Raja Uda), Bangsar Baru (Jalan Telawi), dan Seksyen 1 Wangsa Maju. Hidangan yang dijual menggunakan produk F&N sebagai bahan utama, manakala 100PLUS ACTIVE dan 100PLUS ZERO ditampilkan sebagai minuman rasmi sepanjang kempen. Kehadiran selebriti Media Prima seperti Fiza Sabjahan, Rena Hazrena, Fatin Hamimah, Nurin Ramzyn, Fariha Onn dan Nabilah Wazer turut menggamatkan suasana di tapak bazar.

Bagi yang ingin menyaksikan perjalanan inspirasi para wanita hebat Dapur Panas Digital, kandungan digital boleh ditonton di media sosial rasmi TV3. Anda juga jangan lepaskan peluang untuk saksikan segmen khas Dapur Panas Digital dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) pada Isnin, 28 April 2025.

***********************

Mengenai TV3

TV3 merupakan saluran televisyen No.1 di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1984. TV3 telah mendominasi pasaran penyiaran menerusi penerbitan drama berkualiti seperti Melur Untuk Firdaus, Suamiku Lelaki Pendosa, Kerana Cinta Itu Ada, dan Jaga Aku Selamanya merupakan sebahagian daripada drama-drama bersiri yang telah mencipta fenomena besar. 

TV3 telah berjaya menambat hati penonton menerusi rancangan hiburan ikoniknya seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat, Famili Duo, Melodi, I Can See Your Voice dan Master In The House. Buletin Utama, 999, Fail Mahkamah, dan Majalah 3 terus kukuh sebagai rancangan berita dan dokumentari terunggul pilihan utama rakyat Malaysia hingga mencecah jutaan penonton setiap hari. 

Platform media sosial @TV3Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang mengagumkan (24 juta pengikut di YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok) dan menjadi salah satu digital platform terbesar di negara ini. 

Untuk mendapat informasi terbaharu berkaitan program menarik di TV3, layari akaun rasmi media sosial @TV3Malaysia, atau strim langsung secara eksklusif di Tonton, myFreeview CH103, Astro CH103, serta unifi CH103.

Mengenai F&N

Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) ialah sebuah syarikat yang diperbadankan dan patuh Syariah yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. Kumpulan mempunyai perolehan tahunan sebanyak RM4 bilion daripada perniagaan terasnya dalam pembuatan, jualan dan pemasaran produk minuman, tenusu dan makanan. Dengan warisan yang kaya menjangkau 140 tahun, F&NHB hari ini sinonim dengan produk berkualiti dan halal yang dipercayai turun temurun. 

F&NHB mempunyai portfolio 22 jenama yang merupakan peneraju dalam banyak segmen seperti; 100PLUS, F&N Fun Flavours, F&N SEASONS, OYOSHI, F&N Magnolia, FARMHOUSE, F&N ICE MOUNTAIN; Susu Pekat dan Sejat di bawah jenama F&N, TEAPOT, Gold Coin, Cap Junjung, IDEAL dan CARNATION; serta ketupat dan sos jenama NONA. Anak syarikat F&NHB, Cocoaland, juga merupakan pengeluar gula-gula kenyal terbesar di Malaysia dengan Lot 100 sebagai jenama utama syarikat 

F&NHB ialah komponen Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) berbekalkan komitmennya yang kukuh terhadap amalan perniagaan bertanggungjawab dalam bidang alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Kumpulan menggaji lebih 2,500 orang di seluruh operasinya di Malaysia, Brunei, Thailand dan Indochina. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fn.com.my.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.