Pekena Kueytiaw Tomyam Di Restoran Suthipong Bangkok Subang Bestari

Sunday 5 March 2023


Dah lama restoran Suthipong Bangkok ni beroperasi di Subang Bestari tapi tak pernah pun tergerak kaki nak melangkah masuk ke sini. Entah kenapa, sebab takut harga mahal mungkin sebab memang authentic Thailand. Macam restoran Thai x Kopitiam tu kaw kaw dia charge harga untuk satu hidangan tomyam. 




Ada banyak menu popular dari negara Thailand yang dihidangkan dan ada juga menu yang baru pertama kali nampak macam Miang Pla Phau, Kaeng Som, Songkrang dan lain-lain lagi. Baru pada I lah sebab tak pernah jejak kaki ke Thailand. Yang dah biasa ke sana mungkin bukan sesuatu yang baru lah. 

Memandangkan tak tahu apa yang sedap, order yang biasa makan dekat mana-mana kedai tomyam - Kueytiaw Tomyam. Dah datang restoran Thai, kena lah try tomyam dia sedap ke tidak. Lepastu order green tea sebab gedik sejak dah merasa green tea Starbucks. Adik order nasi goreng kampung dengan telur mata dan laici kang. 

Tengok pada warna kuah pun dah boleh tahu level pekat dekat mana. Kena lah dengan tekak sebab pekat walaupun tak banyak isi dekat dalam. Nasi Goreng Seafood pun sedap. Yang tak sedapnya, air dia sebab manis leting. Menyesal pulak order air beria sebab tak mampu nak habiskan pun kalau dah manis macam tu. Lepas ni kalau datang sini kena order air kosong je. Next time macam nak try Miang Pla Phau dengan pulut mangga dia pulak. Nampak menarik dan sedap ;)

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.