Movie Review | Bhool Bhulaiyaa 2 (2022)

Saturday 2 July 2022


Director : Anees Bazmee
Writer : Aakash Kaushik, Farhad Samji (dialogues)
Cast : Tabu, Kartik Aaryan, Kiara Advani, Rajpal Yadav, Rajesh Sharma, SanjayMishra, Mehak Manwani, Milind Gunaji 
Production Company : T-Series Films, Cine1 Studios
Distributor : AA Films
Genre : Horror / Comedy
Running Time : 145 minutes
Release Date : 20 May 2022
Trailer :


First of all, congrats to Bhool Bhulaiyaa 2 for entering Rs200cr club this year and hitting No. 1 globally at Netflix. It’s a huge deal for Bollywood producers and filmmakers because cinema is alive again. 

Movie Bhool Bhulaiyaa 2 bermula dengan upacara mengikat hantu di rumah agam milik keluarga Thakur kerana roh Manjulika menghantui mereka sekeluarga. Manjulika berjanji akan berada di rumah tersebut selagi dendamnya belum dibalas. Keluarga Thakur kemudiannya berpindah keluar dari rumah agam tersebut ke kediaman baru. 


18 tahun kemudiannya, Ruhaan Randhawa (Kartik Aaryan) berjumpa dengan Reet Thakur (Kiara Advani) dalam perjalanan pulang ke Rajashtan. Kerana perangai licik Ruhaan, mereka berdua terselamat dari insiden ngeri kerana bas yang dinaiki jatuh ke dalam gaung. Reet dapat idea supaya berpura mati sehingga tunang dia, Sagar berkahwin dengan adiknya (Mehak Manwani). 

Reet dan Ruhaan bersembunyi di rumah agam lama kerana bagi Reet, kisah Manjulika cuma mitos keluarga. Belum sempat mereka bermalam di situ keluarga Reet datang kerana lampu di rumah usang tersebut menyala terang. Ruhaan terpaksa menyamar sebagai Rooh Baba dan bagitahu roh Reet ingin keluarganya adakan majlis perkahwinan secepatnya. 


Dah tentu lah sepanjang Ruhaan dan keluarga Reet tinggal di sana untuk majlis perkahwinan tersebut, banyak perkara aneh yang berlaku. Manjulika berusaha untuk menyeru sesiapa saja untuk buka pintu yang dikunci dengan jampi oleh tok sami. Dalam masa yang sama, Chhote Pandit (Rajpal Yadav) dan Bade Pandit (Sanjay Mishra) cuba untuk bongkarkan penipuan Ruhaan dengan Reet. 

Walaupun Kartik Aaryan adalah watak utama dalam movie Bhool Bhulaiyaa 2 arahan Anees Bazmee tapi lakonan Tabu lebih menyerlah sama ada sebagai Manjulika mahupun kembarnya Anjulika. Tak lah Kartik Aaryan tenggelam sepenuhnya sebab dia masih lagi mempunyai kelebihan bila comic timing dia tepat dan lawak yang biasa pun tampak menghiburkan. 

Penceritaan Bhool Bhulaiyaa 2 juga agak panjang sampaikan ada babak yang nampak draggy dan tak perlu macam pertelagahan antara Reet dengan Ruhaan. Masa Ruhaan dengan Reet berlari untuk sembunyi dari orang kampung tu macam merepek sebab Reet beria pakai gelang kaki berloceng. Senang lah orang nak dengar kalau macam tu. 


Sama juga dengan babak kelakar dari Bade Pandit sebab lawak dia cuma muncul kerana kelemahan pendengaran. Kalau setiap masa nak guna lawak yang sama pun jadi penat jugak. Babak Manjulika dengan Anjulika bergaduh tu pun nampak lemah sangat walhal dekat awal cerita Manjulika dikurung kerana ilmu hitam yang diamalkan. Watak dia pun psiko dan penuh hasad tapi jadi lemah pula di hujung cerita. Hilang impak yang penulis bina dari awal. 

Visual Bhool Bhulaiyaa 2 pun kurang memuaskan bila terlampau banyak close up shots sedangkan beberapa babak lebih menarik dan menonjolkan elemennya bila menggunakan teknik kamera yang lain. Macam babak Ruhaan terkejut dengan Anjulika lepas mimpikan Manjulika yang cuba menyerang dia. Sama juga dengan babak Manjulika bunuh beberapa watak bila babak tu kurang gerun sebab tak nampak apa yang dia buat. 


Music album Bhool Bhulaiyaa 2 antara kelemahan utama sebab tak menarik dan tak melekat dalam kepala pun macam music album Bhool Bhulaiyaa 1. Jauh beza hasil gubahan lagu Pritam dengan Sandeep Shirodkar bila music album installment pertama masih lagi diulang sehingga kini. 

Lagu romantik Hum Nashe Mein Toh Nahin jadi perhatian pun sebab Arijit Singh. Rengsa juga lah tengok chemistry Kartik dengan Kiara dalam lagu tu. Most of the time Kiara macam space out dan nak cepat balik rumah je. Nasib baik lah Sandeep tebus balik dengan lagu Mere Dholna yang dilakonkan oleh Tabu. 



Nak kata movie Bhool Bhulaiyaa 2 tak menarik tu tak lah walaupun banyak kelemahan di sana sini sebab naskhah ni diadun dalam templat komedi seram jadi jalan cerita tu masih lagi menghiburkan. Mungkin ada beberapa plot yang predictable dan cliché tapi okay je nak layan bersama keluarga di hujung minggu. 

Happy juga lah bila tengok Anees Bazmee letak beberapa homage dan tribute kepada previous installment. Kalau dalam previous installment, penulis ketengahkan mental health, dalam installment baru pula penulis tunjuk isu tok sami tunggang agama. 


Rasanya Anees Bazmee dah boleh cari penulis skrip untuk Bhool Bhulaiya 3 dengan cerita yang baru pula. Nak kekalkan Kartik atau Tabu pun tak apa sebab dua pelakon ni yang naikkan franchise Bhool Bhulaiyaa ke aras yang lebih tinggi. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 6.5/10

5 comments

  1. Terjebak tengok movie Tamil sebab suami suka. Boleh suggest dia tengok nanti

    ReplyDelete
  2. Yang first pun baru cadang nak tengok.. hehehe.. Dah ada yang kedua.. Tertinggal sungguh..

    ReplyDelete
  3. Kalau ada Tabu dalam filem, semua watak lain boleh tenggelam dengan strong presence dia

    ReplyDelete
  4. wahh.. menarik..! tapi bab Kiara tu masih ada mix feeling. kadang suka lakonan dia, kadang tak suka.. hehehee.. so, nanti nak tengok dia dlm filem ni pula.. :)

    ReplyDelete
  5. Wow! Tengok poster dia menarik betul. Cinematography pun cantik.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.