LEGO TREASURE IN THE HOUSE!

Thursday 14 July 2022

Bulan lepas ada update pasal pencarian keychain LEGO untuk engrave nama Treasure di KLCC dengan Pavillion tapi tak berjumpa juga sebab dah habis stok. Di saat orang lain bergembira tayang keychain LEGO, I berduka sendiri lah sebab dapat habuk LEGO je. 

Scroll dekat Pasar Treasure di Twitter terjumpa dengan OP yang nak let go LEGO Treasure. Dekat keychain LEGO tu dah ukir nama Hyunsuk dah. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang lah ibaratnya walaupun keychain LEGO tu warna merah jambu tapi lantak lah. 

Kalau nak beli baru kena tunggu ada stok itupun belum tentu ada warna ungu ataupun warna emas lepastu nak ukir nama pun kena beratur panjang katanya. Daripada menyusahkan diri kenapa tak beli yang dah siap je kan? 

Tadaaaaaa!!!!

Ni lah keychain LEGO Treasure tu. I letak dekat purse supaya sentiasa nampak di mata haa gituhhhh. Tak pasti harga keychain LEGO ni berapa sebab owner tu beli dekat Legoland, Johor. Masa I beli pun dia bagi photocard limited edition Treasure Summer Camp 2021 so RM38 tu bukan harga sebenar keychain ni lah. Mesti la dia markup harga jugak sebab upah dia pergi sana kan? Photocard yang dia bagi siap ada transparent casing lagi. 

Baik betul siap bagi freebies comel!

Untuk yang belum jumpa keychain tu I boleh cakap bertabahlah sebab susah nak cari. Minggu lepas I pergi LEGO dekat One Utama pun tak ada stok keychain LEGO ni. Tak sampai hati nak tanya staff takut dia mengeluh berat haha. 

2 comments

  1. nasib baik ini bukan dalam senarai minat ammi...dah tua kot..dah tak kuasa nak kumpul2 benda camni

    ReplyDelete
  2. mestilah senyum je kan setiap kali pandang LEGO pink tu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.