Movie Review | Ludo (2020)

Sunday 15 November 2020

Director : Anurag Basu

Writer : Anurag Basu, Samrat Chakraborty

Cast : Abhishek Bachchan, Aditya Roy Kapur, Rajkummar Rao, Pankaj Tripathi, Rohit Suresh Saraf, Fatima Sana Shaikh, Sanya Malhotra, Pearle Maaney, Inayat Verma

Production Company : T-Series, Anurag Basu Productions, Ishana Movies

Distributor : Netflix

Genre : Comedy / Thriller

Running Time : 150 minutes

Release Date : 12 November 2020

Trailer :

Kisah bermula dengan dua watak bermain game Ludo sambil menunggu beberapa watak yang mempunyai kisah hidup berbeza dan nasib yang berbeza. Boleh kata dua watak ni adalah dewa-dewa kematian sebab both of them discuss tentang dosa pahala dan watak mana yang akan masuk syurga berdasarkan amal masing-masing. 

Sattu (Pankaj Tripathi), ketua gangster di kawasan tu pergi bunuh kontraktor kemudiannya culik Rahul (Rohit Suresh Saraf) sebab dia saksi kejadian tanpa sengaja. Dalam perjalanan ke pulau, mereka culik Bhanu untuk dijual buah pinggangnya gara-gara tak dapat bayar balik hutang dan bunga yang dipinjam beberapa tahun sebelumnya. Untuk dijadikan umpan juga supaya Bittu (Abhishek Bachchan) join balik kumpulan gangster tu sebab dia jadi orang kanan Sattu tapi ditangkap polis untuk kes membunuh. 

Sampai di pulau, Akash (Aditya Roy Kapur) dan abang dia datang berjumpa Sattu untuk minta tolong delete video dia bersama Shruti (Sanya Malhotra) di hotel. Video tu dirakam secara curi-curi dalam bilik hotel kemudian disebarkan. Akash cuba minta bantuan pihak polis tapi Shruti sendiri kena datang buat report sebab muka dia yang nampak jelas bukannya Akash. 5 hari sebelum bertolak ke Italy, Shruti join Akash untuk cari hotel mana yang aniaya pelanggan. 

Watak Aloo (Rajkummar Rao) pula cuba untuk selamatkan Manu, suami Pinky (Fatima Sana Shaikh) dan paling jarang bertembung watak yang lain ataupun Sattu. Perkaitannya cuma kontraktor yang dibunuh adalah kawan kepada Manu. Sattu yang membunuh tapi Manu pula ditangkap polis sebab dia datang park kereta malam tu. 

Bila ada 4 cerita dalam satu susur masa dengan watak yang agak ramai, for sure lah akan ada watak yang tenggelam tapi Anurag Basu berjaya seimbangkan dengan menarik dalam format dark comedy. Walaupun watak Bittu dan Mini (Inayat Verma) tak panjang tapi sarat dengan emosi. Geram tengok Mini sebab dia comel sangat. Rasanya elok juga kalau dipendekkan sikit dan buang beberapa scene Akash dengan Shruti. Ending pun kalau terhenti masa Akash terjaga di hospital pun lagi menarik. 

Pertama kali tengok Aditya Roy Kapur bekerja dengan Sanya Malhotra and both looks cute together sebab perangai diorang goofy dan casual. Nothing much for Adi sebab dalam movie ni watak dia ringan je. Sama juga dengan Fatima Sana Shaikh, watak dia cuma menangis dan minta tolong Aloo tapi chemistry dia dengan Rajkummar Rao nampak menarik jugak sebab watak Aloo sejenis emotional fool. Scene comedy pun banyak datang dari watak Aloo dalam imej Mithun Chakraborthy. Raj nailed it! 

Music album dari Pritam kali ni ada beberapa track dari Malayalam sebab watak Sheeja (Pearle Maaney) datang ke India Utara untuk bekerja. Not sure kalau single tracks tu dah memang wujud ataupun baru dicipta untuk movie Ludo tapi yang pastinya music dia fun. Lagu Tere Sirhaane nyanyian Nikhil D’Souza tak dimasukkan dalam music album tapi ada dalam movie. Sayangnya pendek je padahal lagu tu best. Nasib baik ada lagu romantik Aabaad Barbaad dari Arijit Singh.

Lepas kegagalan Anurag Basu dalam movie Jagga Jasoos (2017), dia bangkit balik dengan Ludo. Timing cun jugak untuk buat comeback sebab covid-19 so movie Bollywood tak banyak dan ramai director focus dengan biopic. Bila ada light comedy dan slight masala genre macam ni, memang menghiburkan lah. Ada scene yang macam tak boleh nak terima tapi bak kata dewa tu ‘life is unfair’ so yeah ada beberapa watak yang bernasib baik di dunia tapi jalan dia tetap akan ke neraka haha

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

18 comments

  1. done read, fana :)

    satu pelakon pun aida x kenal hi hi hi hi...
    now, pkpb, back to layan movie, kan :)
    setelah seharian dok busy layan homeschool anak-anak hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fana, mcm tadi akak layan dil bechara, sushant tu.
      da end of story, baru la tau pelakon tu is the late sushant :)
      last night da start tgk movie hindi + tamil semula.
      bosan dah layan citer omputeh.
      mlm ni nak layan ludo plak la.

      Delete
  2. wow, u bg 9.4/10 .. means its good

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak tengok citer Hindi... mesti best ni anak Amitabh Bachchan berlakon...mcm bapa dia.

    ReplyDelete
  4. Wooo Abishek?? Lamanya tak nampak dia berlakon.. heroin dia je tak berapa suka, takpe nanti nak tengok laaa..

    ReplyDelete
  5. Wow, dah la ada fav actress saya, Sanya Malhotra yg berlakon cerita Dangal tu.. Aritu ada jugak nampak dia promote kt fb dia. Mesti tonton ni.

    ReplyDelete
  6. Dari reviewnya cerita macam best. Boleh masuk dalam list ni. Lama dah tak layan movie.

    ReplyDelete
  7. Wow bg 9.4 erk.. mcm menarik je cerita ni. Time-time pkp ni mmg seronok dapat layan cerita mcm ni. Ada unsur² jenaka mmg pilihan Kak liez.lgpun lama xlyn cerita hindustan

    ReplyDelete
  8. That's quite a high rating. Honestly it has been really a long time since I last watched any Hindi movie. But to know that Amitabh Bachchan's son is acting in this movie makes me want to watch it. :)

    ReplyDelete
  9. Thank for sharing! Although I don't really watch hindi movies, but this I definitely give a try!

    ReplyDelete
  10. wahh okay boleh layan cerita ni nnti. nampak macma menarik. boleh layan dgn family sebab diorg pun suka filem hindi :)

    ReplyDelete
  11. Mula2 baca blur jugak sebab banyak pulak watak ya nak kena fahamkan.hehe.. Tapi nampak best rating review pon tinggi

    ReplyDelete
  12. Banyak nye watak dia..haha iena tak kenal pun pelakon pelakonnya..jaeang tengok movie sangat.tengok review macam menarik..kalau bosan bosan boleh tgk

    ReplyDelete
  13. Tinggi jugak dapat 9.4 over 10. Worth watching la maksudnya. Tapi pening bila banyak watak. Nama pun susah nak bezakan. Hahaha. Btw kenal sorang je pelakon. Hihi

    ReplyDelete
  14. minat betul awak cerita2 hindustan/tamil ya. banyak review movie2 dorg. nie mesti lagu2 hindustan semua terer nie. hahahhaa

    ReplyDelete
  15. Love bollywood film. Tapi movie ni belum sempat layan lagi. 😊

    ReplyDelete
  16. Wow, another movie worth watching based on the rating.. 9.4 tinggi juga tue, jalan cerita pun menarik juga ni.. Nak add dalam watch list dulu, weekend nanti boleh santai2 tengok movie ni..

    ReplyDelete
  17. Menarikkkk boleh tgk lepasni. Kita mmg ske Hindustan kr tamil kr.. Mmg layann.. Hahha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.