Movie Review : Romeo Akbar Walter

Sunday 18 October 2020

Director : Robbie Grewal

Writer : Robbie Grewal, Ishraq Eba, Shreyansh Pandey

Cast : John Abraham, Mouni Roy, Jackie Shroff, Sikandar Kher, Anil George, Alka Amin, Shadaab Khan, Purnendu Bhattacharya

Production Company : VA Film Company, Viacom18 Studios, Kyta Productions, Red Ice Productions

Distributor : Panorama Studios

Genre : Thriller / Action

Running Time : 139 minutes

Release Date : 5 April 2019

Trailer :

Berlatarbelakangkan Indo-Pakistani War pada tahun 1971, Romeo Akbar Walter (John Abraham) adalah nama kepada seorang RAW agent yang dihantar oleh Chief Srikanth Rai (Jackie Shroff) ke Pakistan untuk mengintip nama-nama besar dan plan mereka. Movie ni diinspirasikan dari kisah benar perisik India, Ravinder Kaushik. 

Dah lama sebenarnya Srikanth Rai perhatikan Romeo Ali yang bekerja di bank bersama Parul (Mouni Roy). Bila tiba masanya, pihak RAW buat plan untuk tengok skills Romeo sama ada dia dah bersedia untuk bekerja sebagai spy. Dia teragak pada mulanya sebab dia taknak tinggalkan ibu dia bersendirian di India. Srikanth dah berjanji untuk bagi top security kepada Waheeda Ali (Alka Amin). 

2 tahun Romeo training fizikal dan mental supaya tak kantoi yang dia seorang spy. Identiti dia sebagai Romeo diubah kepada Akbar Malik yang tinggal di sempadan India-Pakistan. Ibu bapa dia meninggal 8 tahun lepas dan bekerja sebagai hotel manager. Misi pertama dia adalah untuk menjadi orang kepercayaan Isaq Afridi (Anil George). 

Dalam masa 3 bulan je dia dah dapat jadi orang kanan Isaq Afridi dan gunakan konflik antara Isaq dan anak dia, Nawab Afridi (Shadaab Khan) sebagai pelindung untuk stay di situ dan tahu apa plan Pakistan. Isaq pula rapat dengan General Jahangir (Purnendu Bhattacharya) dan mereka seludup senjata api untuk letupkan kawasan perkampungan di Badlipur untuk mulakan peperangan dengan negara India bila kebanyakan penduduk di situ dilatih untuk berperang. 

Romeo berjaya hantar mesej kepada Srikanth tentang plan tersebut tapi Pakistan ubah tarikh last minute kemudiannya pergerakan Romeo diawasi oleh Colonel Khan (Sikandar Kher) dan diseksa dalam tahanan dia. 

Jalan cerita Romeo Akbar Walter agak predictable dari awal lagi masa rompakan di bank, Isaq Afridi diserang di hotel, panggilan telefon terakhir antara Akbar dan Srikanth juga penglibatan Akbar dalam letupan di Badlipur. First half mungkin okay tapi bila masuk second half pun boleh predict, dah hilang dah rencah thriller tu. Dah la action pun tak banyak. 

Movie ni jadi bosan sebab range lakonan John agak limited dan movie-movie dia sebelum ni kurang bercakap tapi lebih kepada action so bila dia kena banyak bercakap tanpa emosi, movie jadi kurang impak dan hambar. Unnecessary scene bila ada babak percintaan Romeo dan Parul sebab Mouni tak mampu menyerlah dengan screentime yang amat pendek. Chemistry dia dengan John pun tak menjadi. Both of them nampak awkward. Nasib baik soundtrack not bad.

 

Asalnya movie Romeo Akbar Walter diberikan kepada Sushant Singh Rajput dan watak RAW pun dah diolah mengikut karakter Sushant tapi disebabkan director Robbie Grewal ubah skrip lepas Sushant sign contract hingga menyebabkan major delay, Sushant terpaksa keluar dari movie ni sebab dia terikat dengan jadual movie-movie lain walaupun first look dah keluar. 

Sushant kata dia suka skrip asal dan kalau movie ni dibawakan oleh Sushant, I guess watak RAW lebih menjadi especially part dramatik dan scene akhir bila RAW tabik hormat pada bendera India walaupun dia terpaksa tukar identiti kepada rakyat Pakistan. Dengan lagu Vande Mataram sebagai background music, scene macam ni memang penting untuk movie patriotik. Dari awal sampai habis terbayangkan Sushant yang berlakon. Sayangnya….

Movie ni cuma inspirasi dari kisah sebenar so kebanyakannya dah diubah bila kisah asal lagi menyayat hati sebab Ravinder Kaushik dihantar ke Pakistan pada usia 21 tahun untuk belajar di university sana kemudiannya masuk tentera dan bina keluarga di sana. Bila identiti dia terbongkar, negara India tak mengaku sebagai rakyat dan tak ambil dia kembali walaupun banyak rahsia yang dibongkar kepada India tanda cinta kepada negara. Dia meninggal dalam penjara kerana batuk kering dan penyakit hati selepas 2 tahun disiksa fizikal dan mental di Pakistan. 

Kalau team production stick dengan kisah asal, mungkin movie Romeo Akbar Walter lebih menarik, beremosi dan tinggi nilai patriotiknya. Sesuai lah dengan tema untuk mengangkat kisah spy India yang dianggap sebagai hero yang tidak didendang kerana kerjaya mereka. Tap credit pun tidak diberi tapi nama Abhishek Bachchan pula yang diangkat tanpa sebab. But heyyyyy, dalam movie ni ada mention Kuala Lumpur tau sebab ayah Deepika Padukone, Prakash Padukone menang Badminton Championship tahun tu. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6/10

6 comments

  1. awal tu okey lagi, dah sampai pertengahan selamat nyenyak depan laptop hahaha!

    ReplyDelete
  2. setuju ! kalau stick dengan kisah asal mungkin lebih menarik !

    ReplyDelete
  3. best!! excited gila klu ada movie luar mentioned malaysia kan

    ReplyDelete
  4. baca sinopsis awal macam best excited juga dengan filem ni sekali awak cakap hambar terus terasa hambar..haha tapi menarik juga sebenarnya filem ni maybe diorang patut fokus pada jalan cerita dan acting drpd action scene.

    ReplyDelete
  5. permainan poker dengan pelayanan CS yang ramah dan terbaik hanya di IONQQ :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  6. Baca yang kisah benar tu lebih menyentuh emosi.. Kalau diorang stick mesti lagi memikat penonton kan.. Sayang je..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.