Movie Review : Bypass Road

Wednesday 25 March 2020


Director : Naman Nitin Mukesh
Writer : Neil Nitin Mukesh
Cast : Neil Nitin Mukesh, Adah Sharma, Shama Sikander, Gul Panag, Taher Shabbir, Rajit Kapur, Pahal Mange, Manish Chaudhary, Mukesh Bhatt
Production Company : Miraj Film Creations, NNM Films
Distributor : PVR Pictures
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 118 minutes
Release Date : 8 November 201
Trailer :


Movie drama thriller arahan dan skrip dari adik-beradik Nitin Mukesh mengisahkan tentang Vikram Kapoor (Neil Nitin Mukesh), pereka fesyen yang terkenal di Alibaug, Mumbai yang terlibat dalam satu kemalangan tragis tapi disebabkan luck, dia berjaya sembuh dari koma. Cuma kaki dia belum pulih sepenuhnya dan terpaksa bergantung dengan kerusi roda.


Malam yang sama, model company dia, Sarah Briganza (Shama Sikander) bunuh diri dengan tembak kepala di ruang tamu rumah. Tapi Inspektor Roy (Manish Chaudhary) syak Sara dibunuh bila pistol yang ada merupakan kepunyaan pakcik Vikram, Pratap Kapoor (Rajit Kapur). Tambah pula bila guard apartment tu nampak tunang Sara, Jimmy (Taher Shabbir) berdiri sebelah mayat Sara.


Sementara polis buru Jimmy, Vikram pula seperti diintip lelaki misteri. Banyak kejadian pelik yang berlaku di rumah dia sendiri lepas keluar dari hospital. Urusan di pejabat dia serahkan semuanya pada Radhika Nair (Adah Sharma). Vikram syak makcik dia, Romila (Gul Panag) yang plan untuk bunuh supaya dapat kaut semua harta.


Makin kuat sangkaan dia bila terjumpa nota dari ex staff, Narang (Sudhanshu Pandey) kepada Romila dalam laci. Vikram dengan Romila tak pernah berbaik tapi cuba untuk tak bergaduh depan Nandini (Pahal Mange), anak Pratap dan Romila yang Vikram anggap seperti adik sendiri.


Beberapa minggu lepas Vikram keluar dari hospital, Pratap sekeluarga pergi kenduri kahwin saudara dan biarkan Vikram di rumah ditemani orang gaji, Kaka (Mukesh Bhatt). Malam tu Kaka dibunuh dengan kejam dan pembunuh bertopeng datang untuk langsaikan hutang dia dengan Vikram.

Jalan cerita Bypass Road nampak menarik pada awal movie tapi bila masuk second half nampak cliché dengan thriller drama yang lain. Nasib baik plot twist dia not bad untuk dicerna. Konflik keluarga orang kaya dan perangai suka sakitkan hati staff.


Walaupun kaya teruk, diorang ada seorang je pembantu rumah untuk buat semua kerja. Ada satu scene masa Romila sengaja pecahkan frame gambar, banyak betul instruction Pratap bagi dekat Kaka. Kesian orang tua tu nak kena buat semua kerja padahal dah umur 80 kot. Have some sympathy boleh tak? Nak minum air teh pun terpekik suruh Kaka hidangkan.


Anyway, rumah diorang cantik sangat. Paling suka bahagian dapur sebab ada decoration pokok pisang hiasan dekat bahagian tengah. Tapi tak selamat lah sebab dekat dapur lah pembunuh tu masuk. Tak faham kenapa Kaka tak lock semua pintu. Tapi kalau lock pun boleh masuk jugak sebab rumah ni kelakar. Banyak duit tapi labur sikit je untuk security walaupun baru lepas ada kes cubaan untuk membunuh.



Visual average je dalam movie ni, nothing much to see. Sama jugak dengan music score. Music album dia tak best. Nasib baik lagu So Gaya Yeh Jahan nyanyian Nitin Mukesh sendiri, Jubin Nautiyal dan Saloni Thakkar.


Patutnya lagu cinta Vikram dengan Radhika tak perlu ada pun takpe. Lakonan Neil Nitin sebagai Vikram quite good tapi watak Radhika tu tak payah ada pun takpe sebab tak function sangat pun. Instead of bazirkan duit bayar dia, baik kembangkan lagi watak Sarah. Rajit sebagai Pratap nampak tak meyakinkan, same goes to Gul Panag.


Mungkin sebab B-grade movie so tak ditekankan sangat lakonan tu tapi kalau jalan cerita tak kuat sangat sepatutnya topup dekat bahagian lakonan lah tapi kalau dua-dua pun gagal, apa lagi yang movie ni nak deliver kan?

Should you guys watch this movie? Better don’t.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 4.7/10

1 comment

  1. wah menarik ni cerita bollywood moden seram. Nak tengoklah. Tq share :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.