Drama Review : Romantic Doctor, Teacher Kim

Saturday 14 March 2020


Director : Yoo In-shik
Writer : Kang Eun-kyung
Cast :  Han Suk-kyu, Yoo Yeon-seok, Seo Hyun-jin, Yang Se-jong, Jin Kyung, Byun Woo-min, Kim Min-jae, Choi Jin-ho, Joo Hyun, Im Won-hee, Kim Hong-pa
Genre : Medical/Drama/Romance
Running Episodes : 20 episodes
Release Date : November 7, 2016 – January 16, 2017
Production Company : Samhwa Networks
Distributor : SBS
Teaser : 


Bertemakan ketidakadilan dalam bidang perubatan yang mengangkat pesakit kaya dan mengetepikan yang miskin, Kang Dong-joo (Yoo Yeon-seok) terima nasib yang sama bila pembedahan ayah dia ditangguhkan untuk bagi laluan pada pesakit VIP di Geosan Hospital. Gara-gara perbuatan doktor tersebut, ayah dia meninggal dunia tanpa mendapat rawatan yang sepatutnya. Dong-joo mengamuk di Emergency Room sampai Dr. Boo Yong-joo (Han Suk-kyu) datang dan tenangkan dia. 


Disebabkan anesthesia, Dong-joo tak cam muka Dr. Boo Yong-joo tapi dia berpegang dengan pesanan supaya balas dendam dengan kepakaran bukan dengan amarah. Jadi lebih baik dari manusia yang tak adil. Since then dia berazam untuk jadi general surgeon yang bagus dan diterima sebagai intern di Geosan Univrsity Medical Centre. 


Di bawah bimbingan Dr. Yoon Seo-jeong (Seo Hyun-jin) yang digelar Crazy Whale, Dong-joo berjaya dapat kerja di sana tapi kemalangan berlaku sampai 5 tahun kemudian, Seo-jeong hilang tanpa jejak. Dong-joo pula dihantar ke Doldam Hospital, di kawasan kampung disebabkan gagal dalam pembedahan seorang VIP. 


Di Doldam Hospital, dia berjumpa balik dengan Dr. Boo Yong-joo dan crush dia, Seo-jeong tapi mental health Seo-jeong tak sebagus dulu lepas terlibat dalam accident sampai korbankan nyawa tunang dia. Ego dan protokol buat Dong-joo antara punca dia berang dengan kenyataan dia dipindahkan ke sana. Tapi makin lama dia makin faham kegilaan Dr. Boo Yong-joo ataupun dikenali dengan Master Kim dan jatuh sayang dengan Doldam Hospital. 


Dalam masa yang sama Dr. Do Yoon-wan (Choi Jin-ho) yang sakit hati dengan Master Kim cuba sehabis boleh untuk jatuhkan Deoldam Hospital tambah pula bila Chairman Shin (Joo Hyun) pilih untuk buat pembedahan dengan Master Kim. Lagi tercalar ego Dr Do bila Chairman berpihak dengan Master Kim. Anak tunggal dia, Dr. Do In-beom (Yang Se-jong) yang sepatutnya jadi spy dia di Doldam pun berpihak dengan Master Kim. 


Master Kim walaupun nampak tenang tapi tetap risau dengan plan Dr. Do Yoon-wan sebab Kang Dong-Joo senang terpengaruh dengan hasutan Dr. Do. Ketua Nurse, Mrs Oh Myung-sim (Jin Kyung) dengan Manager Jang (Im Won-hee) cuba pujuk President Yeo (Kim Hong-pa) supaya nasihat Dr. Kang untuk stay since hospital diorang dah lama tak cukup doktor yang bagus. 


Takkan nak berharap semata dengan Master Kim especially bila hari Jumaat bila pengunjung dari luar datang ke kasino di kawasan tu dan accident? Bukan sikit jumlah pesakit, bak kata Mrs Oh boleh cecah sampai 30,000 orang setahun. Nasib ada Dr. Nam (Byun Woo-min) dengan nurse Eun-tak (Kim Min-jae) walaupun facilities agak terhad.


Jalan cerita drama ni menarik sangat bila ketengahkan tension dalam bidang perubatan, konflik politik antara kuasa dan wang. Drama ni ada je scene cinta tapi tak banyak walaupun tajuk Doctor Romantic. Sebenarnya tajuk tu lebih kurang macam konsep ‘dalam hati ada taman’ lah. Bukannya Master Kim tu sifat romantik dengan patient ataupun student dia pun. 


Banyak karakter dalam drama ni ada character development especially 3 watak students Master Kim - Kang Dong-joo, Yoon Seo-jeong dengan Do In-beom. Dapat tengok la macam mana ambition masing-masing untuk jadi yang terbaik dalam bidang masing-masing. Dapat tengok macam mana karakter Master Kim yang dianggap gila dan jahat berjaya ubah persepsi dan skills anak-anak murid dia.

You just care about doing a good job, without thinking the meaning of it, What's the point of being a good doctor then? - Master Kim
If we have just one percent of hope, shouldn't we do our best? - Seo-jeong
Don't try to take responsibilities regarding matter life and death . All you can do is give it to your all while utilizing what you have learned - Master Kim

Tak mudah jadi doktor bila underpaid dan bermain dengan nyawa orang lain. Masa dan skills main peranan untuk selamatkan nyawa. Otak pun kena cepat berfikir apa tindakan yang perlu doktor ambil and that’s where protocol merely doesn’t exist. 
I only care about one thing, saving the patient. Save the patient no matter what, and screw everything else - Master Kim
If there's something is worse than failure, it's regret - Master Kim
Greed is often self-justified. You are sick with greed, not with conscience - Master Kim  

Apart from a great script written by Kang Eun-kyung, dialog pun antara kekuatan drama Doctor Romantic especially dialog naratif di permulaan episod. Even the visuals are stunning. Scene dalam Operation Room nampak real sangat. Every episodes ada sketch untuk tajuk and they’re damn cute! 


Not sure about music score sebab tak pay attention sangat dengan soundtrack but the team did a great job in building up tensions and suspense dengan music. This drama is a must-watch! Congrats to Han Suk-kyu, Yoo Yeon-seok, Seo Hyun-jin dan Kim Min-jae menang award untuk lakonan terbaik tahun 2017! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. Menarik. Ada masa nanti nak layan 😊

    ReplyDelete
  2. nak tengok drama ni asyik tertangguh sampai dah keluar season kedua pun..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. Suka sangat tengok karekter Master Kim tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.